Sebak guru ini, Muhammad Yusof mengenangkan orang tua anak muridnya ini. Tak Mampu menghantar anaknya demam ke klinik. Anaknya itu adalah pelajar asrama tempatnya mengajar.
Minggu itu pelajarnya mendapat kebenaran pulang ke rumah mereka. Sebaik tiba waktu untuk pulang ke asrama anaknya tidak dapat melakukannya kerana mengalami demam.
Menurut doktor, ada prosedur yang ibu ayahnya perlu ikut memandangkan anaknya itu adalah pelajar asrama. Walau bagaimana, guru ini berasa sebak kerana orang tua muridnya itu tidak mampu menghantar anaknya ke klinik.
Katanya, duit gajinya tinggal cukup makan saja. Memandangkan gajinya barunya belum masuk.
Semakin sebak gurunya, dan inilah tindakan baik yang gurunya lakukan.
Ibu Ayahnya Tak Mampu Hantar Anak Demam Ke Klinik
Kebetulan minggu ni budak asrama saya pulang bermalam dan hari ni sepatutnya mereka kena pulang ke asrama tapi ada parent budak asrama mesej saya, ‘cikgu, anak saya demam.’ Saya balas bagitau prosedur supaya kalau boleh anaknya dapatkan rawatan dan dapatkan surat MC.
Ads
Lama dia seen mesej saya. Sejam lepas tu parent tu mesej saya semula. ‘Cikgu, boleh tak saya tulis surat rasmi je cikgu sebab gaji saya lambat lagi.. Saya cuba korek sana sini, tapi tinggal cukup nak makan je cikgu’.
Bila dapat mesej macam tu terus saya rasa bersalah. Kebetulan saya baru gaji, terus saya mesej untuk minta akaun untuk dia hantar anaknya ke klinik.
Dia balas ‘terima kasih banyak cikgu, malu sebenarnya nak cerita kat cikgu tapi sebab nak bagi anak sihat je ni. Nanti dah gaji cikgu bagi nombor akaun cikgu ya, saya bayar..’. Saya jawab takpe puan, moga anak puan cepat sembuh.
Pesanan Untuk Murid Agar Hargai Pengorbanan Mak Ayah
Itulah.. Saya selalu pesan kat budak-budak sekolah saya supaya ingatlah jasa mak ayah dorang. Belajarlah sungguh-sungguh. Janganlah buat benda pelik-pelik yang boleh malukan mak ayah dorang.
Ads
Kalaulah anak-anak ni tau macamana susahnya mak ayah dorang cari duit, rasanya takde yang akan keluarkan konten pelik-pelik contohnya dapat 9G dalam SPM pun bangga nak viral satu Malaysia.
Pada saya, kegagalan bukanlah sesuatu untuk dibanggakan. Balaslah jasa mak ayah dengan sesuatu yang betul-betul ‘membanggakan’ kedua ibubapa. Membanggakan ibubapa maksudnya kita bahagiakanlah kedua ibubapa kita dunia akhirat.
Bahagiakan perasaan mereka. Bahagiakan kehidupan mereka sebaik mungkin bila kita sebagai anak dah ada sedikit kemampuan. Saya rasa pesanan ni relevan untuk semua anak-anak kita.
Kadang dorang nampak senang je mak ayah hulur duit kat dorang setiap hari, tapi dalam sedar tak sedar dorang tak tahu macamana peritnya mak ayah kerja pagi sampai malam nak dapatkan sesuap nasi tu, hanya Tuhan yang tahu
Nota: Saya tulis ni bukanlah nak bagitau yang saya ni orang baik. Selalu tolong orang. Bukan. Saya hanya insan yang banyak dosa cuma saya ingin berkongsi pesan arwah mak saya ‘kalau kita jaga anak orang baik-baik, nanti satu hari nanti orang akan jaga anak kita baik-baik..’. Pesan mak saya ni saya ni saya pegang betul-betul.
Mingguan Wanita :Sungguh terharu dengan usaha guru ini sedia membantu keluarga pelajarnya itu.
Mayat reput ditemukan di Banting sah Yap Xin Yuan, remaja perempuan 15 Tahun yang dilapor hilang. Polis mengesahkan mayat reput yang ditemui dalam sungai di Banting pada 28 Disember lalu ialah remaja perempuan berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Mayat Reput Ditemukan Di Banting Sah Yap Xin Yuan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan keputusan analisa Asid Deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia yang diperoleh pada Khamis.
“DNA positif. Mayat akan dituntut petang ini di Hospital Banting oleh pihak keluarga,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Terdahulu polis Selangor menahan tiga lelaki termasuk teman lelaki remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada 19 Disember lalu selepas penemuan mayat reput di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting.
Remaja perempuan terbabit dilapor hilang sejak 19 Disember lalu apabila tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.
Hussein Omar Khan.
Remaja Perempuan 15 Tahun Yang Dilapor Hilang
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dilapor berkata, laporan kehilangan Xin Yuan diterima di Balai Polis Batu 9, Cheras pada jam 2.15 pagi.
Difahamkan, kali terakhir mangsa dilihat di gelanggang bola keranjang di Batu 11, dengan berpakaian baju tarian singa berwarna merah.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kesusahan waktu itu memaksa adik-beradik kandung ini dipisahkan daripada keluarga. Si adik diserahkan kepada sebuah keluarga lain ketika usianya masih 3 hari. Dari saat itu sampailah ke hari ini adik-beradik kandung ini tak pernah berjumpa.
Jumaat yang lalu, seorang kakak, Pauziah Roziberkongsi keinginan hari dalam grup Gabungan Anak Terengganu mencari adik kandung yang terpisah itu.
“Assalammualaikum.. Hari Jumaat yang mulia ini saya ingin memohon sahabat semua menolong saya mencari adik kandung yang diberi mak saya seumur 3 hari.” Inilah tuturnya kepada ahli-ahli dalam grup berkenaan.
Ternyata permintaannya itu mendapat perhatian ahli, apabila ramai yang berusaha membantu menyebarkan statusnya itu. Dengan doa suatu hari nanti adik beradik ini akan dapat bersatu kembali.
Akuinya beliau, niatnya bukan mahu mengambil kembali adiknya, Tapi lebih kepada mahu bertemu. Inilah yang dinamakan kerinduan seorang kakak, darah daging sendiri.
Kerana Kesempitan Hidup
Walau terpisah jauh mana pun, ikatan darah itulah yang kuat menarik-narik rasa hati ingin berjumpa. Katanya lagi, “Kerana kesempitan hidup, mak saya memberi anak ini kepada orang.”
“Selepas anak ini diberikan, kami tak pernah berjumpa. Gambar ini ada orang bagi kepada arwah nenek saya. Saya cuma nak kenal bukan nak balik.”
Sayu sekali permintaan kakaknya ini. Dalam perkongsiannya juga dia memaklumkan yang adiknya itu ketika ini sudah pun berusia 22 tahun.
Barangkali ada di luar sana yang mengenali adik wanita ini. Doa Mingguan Wanita, semoga kakak ini berjaya menemui adik kandungnya yang dicari-cari dan dirindui itu.
Sumber/Foto : Pauziah Rozi via Gabungan Anak Terengganu
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Syawal ini memberi berita gembira buat Ain ‘Afini Latif yang telah selamat melahirkan bayinya pada Jumaat, 7 Jun 2019 lalu. Sepanjang proses kelahiran khalifah kecil ini, Ain diuruskan oleh famili dan bekas suaminya, PU Abu Sufyan.
Malah bekas isteri PU Abu Sufyan, Ain ‘Afini juga mengambil jalan terbaik berdamai dengan takdir dirinya. Dalam perkongsiannya yang terkini di instagram, Ain mendoakan yang baik-baik untuk bayinya yang baru lahir.
“Jasad yang meniup cinta sebelum berjumpa. Denyut jantung yang menolak dari tersembam dalam. Tendangan kecil yang menjadi peneman setia.”
“Alhamdulillah, selamat datang khalifah kecil umi ayah @puabu.official. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan menjadi manusia yang memberi manfaat.”
Hidup Terlalu Singkat Untuk Mencipta Tembok Kebencian
Menerusi perkongsiannya itu juga, Ain seakan memberi gambaran dirinya sudah pun memaafkan bekas suaminya itu. Malah memilih untuk redha dengan setiap ujianNya.
“Hiduplah dengan berkasih sayang. Sayangi diri, maafkan dan hargai diri sendiri. Secara tak langsung mudah jiwa ini memaafkan orang sekeliling.”
“Hidup terlalu singkat untuk mencipta tembok kebencian, pilihlah pilihan yang menenangkan hati dan mendekatkan diri dengan redha Allah.”
MW : Semoga kelahiran cahayamata ini menjadi pendamai untuk kedua hati yang pernah bergolak itu. Sungguh, Allah cinta pada hambaNya yang saling berkasih sayang, dan menjauhi permusuhan.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...