Guru Meninggal Kemalangan Jatuh Gaung Dalam Perjalanan Mengajar, Baru Menikah 10 Hari Lalu

Share

Baru 10 hari lalu bernikah, namun apakan daya ajal, maut di tangan Tuhan. Guru yang maut dalam kemalangan jatuh gaung di Kampung Kijang berhampiran Jambatan Merotai, Tawau, awal pagi tadi baru saja melangsungkan pernikahan pada 27 Julai lalu.

Dayana Damsah, 27, yang maut di lokasi kejadian selepas kereta dinaiki bersama tiga rakan sekerjanya terbabas sebelum terjunam ke gaung.

Dayana-Nurhan Baru Bernikah 10 Hari

Dalam pada itu, menurut ibu mentua mangsa, Pujiah Narusin, 56, ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tawau, dia dimaklumkan oleh anaknya, Nurhan Ayub, 27, iaitu suami kepada Dayana yang memintanya segera ke hospital kerana menantunya itu terbabit kemalangan kira-kira 7.50 pagi.

“Ketika itu kami cuma dimaklumkan ada mangsa yang terkorban, namun identiti belum dapat dikenal pasti sehinggalah pengecaman dibuat ahli keluarga,” katanya.

Pernikahan Berlangsung 10 Hari Lalu

Tambah Pujiah, Dayana dan anaknya melangsungkan pernikahan pada 27 Julai lalu dan majlis kenduri dibuat di kediaman sebelah pihak perempuan di Kampung Pasir Putih pada hari yang sama.

“Pihak kami pula baru sahaja selesai mengadakan kenduri pada Sabtu iaitu 1 Ogos lalu di Kampung Muhibbah, sebelum Nurhan pulang bertugas di Kemaman, Terengganu petang semalam,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian menimpa menantunya itu.

Selain Dayana, kemalangan ini mengorbankan seorang lagi rakan mangsa, Nurizyani Kafli@Masri

, 24, yang meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tawau sementara dua lagi rakannya Hasnaini Paiori dan Nur Zairah Aladin cedera parah serta mendapat rawatan di hospital yang sama.

Semua mangsa mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Umas dan dalam perjalanan dari Jalan Merotai menuju ke sekolah ketika kejadian berlaku.

Artikel Berkaitan:

Tiada Lagi Gurauan. Suami Meninggal Kemalangan Traktor Terbalik Ke Tebing Sungai

Isteri Meninggal Dalam Kemalangan, Suami Hanya Mampu Pangku Buat Kali Terakhir

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Baru Bergelar Suami, Isteri 10 Hari

Sementara itu, suami mangsa yang bekerja sebagai jurutera dengan syarikat minyak dijangka tiba dari Terengganu jam 7 malam ini. Menurut perkongsian sahabat baiknya, Haniff Istiqamah di akaun facebooknya.

Inna Lillah Wa Inna Ilaihirojiun
Pohon DOA buat rakan Facebook saya.
Sahabat kita Dayana Damsah, isteri kepada Nurhan Ayub terlibat dalam kemalangan bersama 3 rakan guru di jalan Merotai, Tawau Sabah.
Pernikahan sahabat kami ini, baru berusia 10 hari. Nikah 27 Julai lepas.
Nurhan juga baru saja balik ke Semenanjung atas faktor kerja semalam. Berpisah sementara dengan Isterinya juga kerja sebagai seorang guru di SK Umas-Umas.
Sempat call Nurhan tadi, sekarang dia berada di KLIA dan bergegas balik ke Tawau, Sabah.
Sama-sama kita doakan, agar Allah berikan kekuatan buat keluarga dan dipermudahkan urusan mereka.
Maaf sahabat, tidak dapat bersama. Berat ujian sahabatku
AL FATIHAH
MW: MW merakamkan ucapan takziah buat keluarga Dayana dan suaminya, Nurhan. Semoga suaminya tabah dan redha dengan ujian yang maha berat. Kehilangan isteri tersayang apatah lagi di saat baru saja melafazkan ijab dan kabul bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima.
Published by
Syazwani Mehat