Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ada guru yang meneruskan pembelajaran dalam kelas online. Tak mudah sebenarnya nak tarik pelajar untuk fokus dalam kelas, lagi-lagi untuk subjek yang agak berat.
Guru perlu jadi lebih kreatif. Agar murid dapat hadam pelajaran dalam masa yang sama seronok belajar. Kelas yang membahagiakan akan buat pelajar lebih cepat hadam dan ingat satu-satu ilmu dalam jangka panjang.
Guru Bimbingan & Kaunseling ini, Ashutz Amor mencipta watak yang berbeza untuk dua kelas online yang dikendalikan. Dengan mengenakan solekan khas bagi memahamkan dan menarik perhatian murid sama.
Kongsinya,
“A.W.A.S
Hanya mereka yang bergelar guru sahaja boleh meniru aksi ini.
Sebenarnya saya terinspirasi daripada rakan guru kita yang pernah viral cantik memakai pakaian tradisional sabah/sarawak ketika mengajar online. Ada juga yang melukis muka rupa skeleton semasa mengajar sains atau biologi. Seronok tengok kreativiti rakan guru musim PKPB.
Oleh itu, saya guru bimbingan & kaunseling juga ingin sama-sama sahut cabaran ini ketika membuat perkongsian dengan anak-anak murid sekolah jemputan.”
Ternyata, kelainan itu sedikit sebanyak mampu menarik perhatian murid untuk kekal fokus dan terhibur hingga akhir program. Tambah-tambah dah hujung-hujung ni.
Alhamdulillah mendapat feedback positif daripada murid-murid.
Gambar pertama semasa sesi ceramah berkaitan stress, anxiety & kemurungan untuk murid sekolah menengah.
Gambar kedua program Dunia Baharu untuk murid sekolah rendah. (melangkah ke alam sekolah menengah) Tajuk program ilham dari cerita Aladdin, tajuk lagu ‘a whole new world’. Maka terjadilah princess Jasmine yang tak berapa nak jadi.
Terima kasih diucapkan kepada semua rakan guru yang telah banyak berkongsi di ruangan (grup TcherCollection – TC) ini, memberi idea, tunjuk ajar dan menjadi inspirasi sesama kita. Terlalu banyak.
Semoga semuanya dibalas dengan kebaikan, walaupun kita mungkin tidak kenal antara satu sama lain. Tetapi atas nama seorang GURU dan untuk ANAK MURID telah menyatukan kita. Cewah…
Sekian terima kasih, sudi baca post panjang ni.
MW : Tahniah! Cikgu kerana menyuntik inspirasi untuk guru-guru yang lain.
Sumber/Foto : Ashutz Amor
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita