Guru Kreatif Cipta Watak Dalam Kelas Online, Begini Buat Murid Fokus

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ada guru yang meneruskan pembelajaran dalam kelas online. Tak mudah sebenarnya nak tarik pelajar untuk fokus dalam kelas, lagi-lagi untuk subjek yang agak berat.

Guru perlu jadi lebih kreatif. Agar murid dapat hadam pelajaran dalam masa yang sama seronok belajar. Kelas yang membahagiakan akan buat pelajar lebih cepat hadam dan ingat satu-satu ilmu dalam jangka panjang.

Guru Bimbingan & Kaunseling ini, Ashutz Amor mencipta watak yang berbeza untuk dua kelas online yang dikendalikan. Dengan mengenakan solekan khas bagi memahamkan dan menarik perhatian murid sama.

Kongsinya,

A.W.A.S
Hanya mereka yang bergelar guru sahaja boleh meniru aksi ini.

Sebenarnya saya terinspirasi daripada rakan guru kita yang pernah viral cantik memakai pakaian tradisional sabah/sarawak ketika mengajar online. Ada juga yang melukis muka rupa skeleton semasa mengajar sains atau biologi. Seronok tengok kreativiti rakan guru musim PKPB.

Ads

Oleh itu, saya guru bimbingan & kaunseling juga ingin sama-sama sahut cabaran ini ketika membuat perkongsian dengan anak-anak murid sekolah jemputan.”

Cara Ini Buat Murid Fokus, Terhibur Dalam Kelas Online

Ternyata, kelainan itu sedikit sebanyak mampu menarik perhatian murid untuk kekal fokus dan terhibur hingga akhir program. Tambah-tambah dah hujung-hujung ni.

Alhamdulillah mendapat feedback positif daripada murid-murid.

Ads

Watak Pertama, Ketika Sesi Dengan Murid Sekolah Menengah

Gambar pertama semasa sesi ceramah berkaitan stress, anxiety & kemurungan untuk murid sekolah menengah.

Princess Jasmine Dekati Murid Sekolah Rendah

Gambar kedua program Dunia Baharu untuk murid sekolah rendah. (melangkah ke alam sekolah menengah) Tajuk program ilham dari cerita Aladdin, tajuk lagu ‘a whole new world’. Maka terjadilah princess Jasmine yang tak berapa nak jadi.

Alhamdulillah. Selesai program bersama anak-anak murid tahun 6 SK Jalan Kuantan 2. Terima kasih tak terhingga kerana ini tahun kedua diberi kepercayaan berkongsi topik antaranya mengenai persediaan diri, isu & cabaran (setiap isu, kita ajar juga murid apa perlu mereka lakukan) serta tips menjadi murid berprestasi apabila berada di sekolah menengah nanti.
Tajuk Dunia Baharu diberi (ilham lagu cerita Aladdin ‘a whole new world’) kerana apabila murid tahun 6 masuk ke sekolah menengah, boleh dikatakan semuanya baharu. Perasaan, pengalaman, pembelajaran dan banyak perkara baharu yang akan dilalui oleh murid nanti.
Jadi memandangkan hari ini hari terakhir sebagai penceramah jemputan, saya berangan sedikit menjadi Jasmine watak kartun heroin cerita aladdin untuk menghiburkan murid-murid. Program santai dan kita rendahkan penyampaian mengikut tahap murid.
Terima kasih kepada wakil PRS cikgu yang menjadi fasilitator sebentar tadi. Berkongsi pengalaman dan tips semasa berada di tingkatan 1 dahulu kepada adik-adik. Sesungguhnya cikgu ingin melatih anak murid cikgu juga. Tahniah dan syabas. Mana yang kurang boleh perbaiki lagi. Ini semua proses belajar ya. Cikgu pun belajar dari kesilapan dan kelemahan yang ada. Masih dalam proses belajar juga. Kita sama-sama belajar.
P/s: barang make up tak cukup. Harap ada rupa princess Jasmine.”

Kelas Online, Demi Anak Murid, Guru-guru Bersatu Hati

Terima kasih diucapkan kepada semua rakan guru yang telah banyak berkongsi di ruangan (grup TcherCollection – TC) ini, memberi idea, tunjuk ajar dan menjadi inspirasi sesama kita. Terlalu banyak.

Ads

Semoga semuanya dibalas dengan kebaikan, walaupun kita mungkin tidak kenal antara satu sama lain. Tetapi atas nama seorang GURU dan untuk ANAK MURID telah menyatukan kita. Cewah…

Sekian terima kasih, sudi baca post panjang ni.

MW : Tahniah! Cikgu kerana menyuntik inspirasi untuk guru-guru yang lain.

Sumber/Foto : Ashutz Amor

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI