Bersalin dalam kereta. Tak dapat bayangkan bagaimana keadaan seorang ibu melalui saat-saat genting bersalin dalam kereta tanpa ada doktor atau jururawat di sisi. Hanya ditemani oleh suami yang berusaha cepat mungkin untuk sampai ke hospital.
Namun, semuanya telah tertulis dengan bersalin dalam kereta. Inilah dilalui oleh isteri Mohd Safiq, ditambah pula jalan terlalu sesak hingga melambatkan dia dan isteri sampai ke hospital.
Selain kenangan yang tak dapat dilupakan dengan bersalin dalam kereta, si suami juga bersyukur anak dan isteri selamat dan paling penting hajat suami tecapai untuk sambut kelahiran anak keempat kerana sebelum ini dia tidak dapat bersama isterinya dalam bilik bersalin.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Harry Khalifah Menangis Teman Isteri Di Dewan Bersalin Lahirkan Anak Ke-9 “Tidak Pernah Malu Miliki Anak Ramai”
Ibu Muda Tak Mahu Nampak ‘Comot’, Sanggup Tempah Jurusolek Untuk Mekap SEBELUM Bersalin
Kejadian berlaku malam 24 Apr 23 (Raya ketiga). Jarak dari rumah (Kg Batu, Rembau) ke Hospital Rembau dalam 8 km sahaja. Isteri mula sakit-sakit dan dapat ‘seruan’ nak beranak dalam pukul 9.40 malam dan kami bergerak jam 9.45pm.
Keluar saja ke jalan utama, jalan jem. Yela. Ramai habis cuti raya. Tol pun free masa tu. Ramai ambil peluang untuk balik ke ibu kota. Pasang lampu hazard, tak ada siapa dah nak layan. Bini dah siap ambil kedudukan menonggeng dalam kereta sebab dah nak bersalin. Mana kereta aku boleh lalu masa tu aku main lalu je. Dah semua tak nak bagi laluan. Tangan aku puas melambai. Macam-macam tanda isyarat aku buat.
Pukul 10.00 pm aku dah dengar air ketuban bini aku pecah. Aku masa tu, Ya Allah. Kereta aku mesti basah ni. Haha. Mentaliti lelaki derrr. Sape tak syg kete (bini pun kena syg. Haha). Aku suruh tahan kejap. Dia dok meneran. Lost command aku masa ni.
Pukul 10.05 pm bini aku bgtau baby dah keluar. Aikkk. Tak ada bunyi baby menangis pun. Aku berangapan bini aku pun panikla masa tu. Dia bgtau lagi baby dah keluar.
Jarak ke hospital masa tu kurang 1 km. Bini aku bgtau lagi baby dah keluar. Aku pun raba kerusi sebab dia pakai kain masa tu. Aku rasa ada benda. Aku selak, Ya Allah. Kepala budak. Anak aku dah ada atas kerusi. Auto melalak bila nampak cahaya (yela, dalam perut gelap)
.
Masa tu aku terus masuk laluan bertentangan sambil bagi lampu tinggi sebab takde sape bagi laluan untuk aku masa tu.
Hospital Rembau Cekap Uruskan Isteri
Sampai Hospital Rembau terus pak guard yg ada masa tu tanya kenapa? Bini saya dah beranak dlm kereta ni bang. Terus mereka panggil sana sini guna walkie talkie diorg. Great job kakitangan KKM Hospital Rembau masa ni.
Diorang settle dulu baby. Potong tali pusat. Baby dah masuk dalam baru diorg settlekan bini aku. Owh ye. Sepatutnya tarikh due 8 Mei 23. Jadi sebab tu perkara ni tidak dirancang.
ALLAH MAKBULKAN HAJAT AKU UNTUK SAMBUT ANAK KEEMPAT
Anak pertama (Nur Khalilah Arissa) aku tak dapat sambut sbb baby tak nak keluar cara biasa. Hampir kena operate. Last minit vacuum. Tapi masa tu aku dah diasingkan dan bini dah masuk bilik OT.
Anak kedua (Nur Khalilah Amani) lahir masa aku dalam flight ke Filipina kerana tugas untuk negara.
Anak ketiga (Muhammad Khalis Shauqi) lahir aku berada di Sri Aman, Sarawak. Sri Aman nak ke Kuching pun masa tu ambil masa 3 jam. Kuching je ada airport terdekat selain Sibu dan Pan Borneo teruk lagi masa tu.
Anak ke-4 alhamdulillah. Aku ada dan boleh kata aku sambutla kan? Aku soh bini tahan, dia pergi teran. Berlaku komunikasi kat situ. So boleh dikira bidan, kan?
Aku pakai Mitsubishi Triton sbb beli masa kat Sri Aman lagi. Jalan sana teruk. Sekarang dah ok sbb Pan Borneo dah buka secara berfasa. Sekarang ni ramai panggil anak aku tu Mat Triton. Sibuk nak keluar beraya sekali tahun ni. Sudahnya semua tak dapat keluar kutip duit raya .
Masalah pertama sekarang kereta aku berbau sbb kerusi dah serap air ketuban + darah .
Masalah kedua ramai panggil anak aku Mat Triton. Ada gak nama jadi Muhammad Triton Syawal jap lagi. Tolong bagi idea nama anak yg sesuai.
Pengajaran: Kaum hawa, bila suami ajak pergi hospital, pergi jela. Jangan dok tahan-tahan. Berat bahu memikul, berat lagi mata memandang (eh).
.
Mingguan Wanita : Rezeki dapat bersalin dengan mudah. Tak kisahlah bersalin dalam kereta pun, asalkan keduanya selamat. Tahniah buat pasangan ini.
Sumber: Mohd Safiq
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita