Gurauan Melampau Kawan Main Api, Remaja 16 Tahun RENTUNG Dalam Tandas Terbiar!

Share

Bergurau ada batasannya, jangan sehingga boleh meragut nyawa. Niat dua remaja bergurau ketika bermain api di sebuah tandas awam terbiar di Bandar Puncak Alam Fasa 3, di sini, membawa padah apabila tindakan tragis itu meragut nyawa rakan mereka petang tadi.

Rentung Dalam Tandas

Mangsa yang berusia 16 tahun ditemukan rentung selepas kebakaran tandas terbiar itu dipadamkan pihak bomba.

Kejadian berlaku ketika tiga remaja terbabit dikatakan sedang melepak sambil bermain permainan video di dalam telefon bimbit di dalam tandas terbabit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata berdasarkan maklumat, mangsa dikatakan sedang tidur di atas sofa di hadapan pintu tandas, sebelum rakannya menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau.

“Selepas asap tebal dan api makin besar, dua rakan mangsa lari ke luar tandas.

“Mangsa yang tersedar dari tidur dan keadaannya separa sedar bagaimanapun melarikan diri ke dalam tandas,” katanya.

Meninggal Dunia

Mengulas kebakaran berkenaan, katanya pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 2.35 petang, sebelum sepasukan 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, anggota bomba segera melakukan pemadaman selama kira-kira lima minit dengan anggaran kemusnahan kira-kira 20 peratus.

“Hasil pemeriksaan menemukan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun lengkap berpakaian dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi,” katanya ketika dihubungi.

Norazam berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran masih disiasat,” katanya.

Mesti Baca:Bapa Rayu Padam Video Anak 5 Tahun Jatuh Flat, Jiran Sangka Orang Buang Sampah Dari Atas
Baca Lagi Di Sini:Mak Ayah Bergurau Depan Anak Ada BATASNYA, Elak Ditiru, Ajar Mereka Perasaan Malu
Artikel Menarik:Tak Salah Suami Nak Bergurau Tapi JANGAN MELAMPAU, Jaga Maruah Isteri!

Mingguan Wanita: Bergurau pun ada batasannya. Berfikir panjang terlebih dahulu sebelum melakukannya. Salam takziah buat keluarga mangsa.

Sumber: Bharian

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab