‘Gunakan Secara PERCUMA Untuk Majlis Kahwin..’ Lelaki Ini Tawar Rumahnya Pada Bakal Pengantin

Share

Lelaki ini, Azmeer Yusof merupakan bekas pemain skuad Lang Merah. Miliki sekeping hati yang pemurah. Tak berkira, malah rela hati memberikan rumahnya untuk digunakan oleh bakal pengantin secara PERCUMA untuk majlis perkahwinan mereka.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Azmeer di laman facebooknya hari ini. Kongsinya,

Bakal Pengantin, Gunakan Rumah Saya Secara PERCUMA..

Rumah saya tak sebesar BANGLO yang membolehkan hari-hari buat makan BBQ. Tak secantik BANGLO yang menjadi idaman setiap orang untuk menghadiri setiap ajakan dari tuan rumah.

Tapi saya ingin TAWARKAN KEPADA SEMUA ORANG YANG NAK BERKAHWIN, GUNAKAN RUMAH SAYA SECARA PERCUMA UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN ANDA. TAPAK RUMAH SAYA MEMUATKAN 4 biji KHEMAH.

Rumah saya mempunyai 4 bilik, 1 bilik air, 1 tandas, 6 aircond. BERALAMAT di No 9, Lorong Bunga Raya 4, Tongkang Yard, 05050 Alor Setar, Kedah.

Majlis kahwin 3 hari 2 malam, bertukar-tukar 24 baju kalah anak raja.

Mak Ayah Pengantin, Tolong Jimatkan Duit Anda

Kepada BAKAL PENGANTIN & MAK AYAH PENGANTIN, TOLONG JIMATKAN DUIT ANDA dari SEWA DEWAN atau HOTEL atau apa-apa sahaja.

I have my an experience, KEHIDUPAN selepas BERKAHWIN lebih PENTING dari SEBELUM BERKAHWIN.

Ambil dan gunakan apa yang saya tawarkan ini. PERCUMA SAHAJA. Jika nak hulurkan juga saguhati, just beri sahaja kepada Pusat Pengajian Azmeer Yusof ( PPAY ). Saya tidak akan ambil 1 sen pun.

KATA GURU SAYA, ALLAH AKAN TANYA SETIAP HARTA YANG KITA ADA DI DALAM DUNIA INI. APA KITA BUAT DENGAN HARTA TERSEBUT? KE MANA DUIT YANG KITA BELANJAKAN? DAN SEBAGAINYA MILIK KITA, ALLAH AKAN TANYA.

Untuk pertanyaan boleh whatsApp :

Ketika ini, Azmeer sudah bergelar usahawan muda yang memiliki beberapa perniagaan. Antaranya rangkaian kedai gunting rambut AY Barbershop di sekitar utara selain buku mengenai kisah hidupnya. Beliau juga giat membangunkan pusat tahfiz dan pengajian Al-Quran.

MW : Semoga usaha Azmeer memberi kesenangan kepada keluarga dan bakal pengantin dan semakin dilimpahi rezekiNya di atas kemurahan hatinya itu.

Sumber/Foto : Azmeer Yusof

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer