Sebaiknya bila suami meluahkan hasrat untuk berpoligami, minta si dia gunakan saluran yang betul, isytiharkan harta serta nafkah untuk elakkan hal-hal berbangkit selepas berpoligami.
Ramai wanita di luar sana terlepas perkara ini dan akhirnya merana hidup berpoligami gara-gara percaya dengan janji manis suami.
Ikuti perkongsian Rabiatul Adawiyah Ramli ini dan hadam baik-baik iya.
Jika ada di kalangan suami anda berkata, “Sayang jangan bimbang, abang tetap akan adil dan saksama dalam tunaikan hak dan tanggungjawab”.  Atau “Sayang jangan risau, madu sayang tak nak apa-apa harta pun dari abang, dia hanya nak menumpang kasih sahaja”.
Jangan percaya bulat-bulat melainkan kalian benar-benar tak kisah untuk bermadu. Gunakanlah saluran yang tepat dengan cara mengisytiharkan harta dan nafkah apa yang selayaknya untuk kalian dan anak-anak bagi mengelakkan hal-hal berbangkit di masa mendatang.
Artikel Berkaitan:
Info lebih menarik, klik saja di sini. 

Minta Suami Guna Saluran Betul

Dalam hal ini, anda sebagai isteri perlu bijak. Dan jika anda suami, dari sinilah sikap anda akan dihidu oleh isteri sedia ada jika anda sedang “cuba” untuk menipu.
Kebiasaannya malang tidak berbau, dan habis madu sepah dibuang. Jadi, wanita perlu bijak.
Pada yang berhajat untuk berpoligami, ikutlah landasan yang ditetapkan syarak, jangan dek kerana sunnah yang satu itu, habis kewajipan yang lain dizalimi dan diingkari.
Sudahlah tidak cukup, dikurangkan pula apa yang sudah sedia diberi.
Jangan begitu ye tuan-tuan. Jika anda tidak bertaubat. Nantikan saja saat kejatuhan pasti kunjung tiba. Gunakan Saluran BETUL, Isytihar Harta, NAFKAH. Elak Hal Berbangkit Selepas POLIGAMI
MW: Poligami tidak salah sebenarnya, namun lelaki hari ini mengambil mudah soal berpoligami. Poligami bukan sekadar menambah isteri tetapi ia disertai dengan tanggungjawab, dan setiap kekurangan terhadap isteri-isteri akan disoal kelak. Jadi fikir dahulu, ukur kemampuan diri dan jangan fikirkan keseronokan semata-mata. 
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI