Bawang merah mengandungi antibiotik, antiseptik, dan antimikrob yang dikatakan mampu menjauhkan anda daripada jangkitan kuman.
Selain itu bawang merah turut mengandungi banyak sulfur, serat, potasium, vitamin B, dan vitamin. Dikatakan bawang merah rendah lemak, rendah kolesterol dan rendah sodium.
Bawang merah atau nama saintifiknya Allium cepa var. Aggregatum adalah bahan utama dalam masakan. Namun begitu tidak dinafikan bawang merah memiliki khasiat dari segi perubatan dan mampu digunakan untuk mengurangkan masalah kesihatan.
Bawang merah mengandungi serat yang dikatakan mampu menghilangkan racun dan kotoran keras yang melekat di usus. Dengan memakan bawang merah dikatakan mampu melancarkan pencernaan.
Memakan bawang merah dikatakan mampu merawat tekak yang sakit akibat batuk. Kisar bawang sehingga menjadi jus dan tambahkan madu ke dalam jus ini sebelum diminum.
Flavonoid dalam bawang merah dikatakan mampu merawat banyak penyakit. Salah satunya adalah diabetes. Beberapa kajian dikatakan telah menunjukkan sifat tertentu bawang dikatakan mampu membantu merangsang perembesan insulin sekaligus menurunkan tindakbalas inflamasi yang terkait dengan diabetes.
Dikatakan mengambil bawang merah dengan teratur mampu mencegah penyakit jantung koronari. Ini kerana dengan memakan bawang merah dikatakan mampu membuka arteri yang tertutup dan mengawal tekanan darah tinggi.
Dikatakan kandungan sulfur asid amino dan methylallyl sulfida dalam bawang merah bermanfaat mengurangkan tahap kolesterol jahat.
Dikatakan kandungan sulfur pada bawang diketahui mampu mencegah kanser prostat. Selain itu dengan memakan bawang merah juga dikatakan mampu melindungi dada, perut, paru-paru dan kolon.
Zat quercetin yang terdapat dalam bawang membuat bawang menjadi warna merah. Zat quercetin termasuk zat antioksidan yang berperanan penting dalam melawan kesan radikal bebas berbahaya dalam tubuh.
Dikatakan antioksidan seperti quercetin mampu memperlambatkan pertumbuhan sel kanser.
Dengan memakan bawang merah dikatakan mampu meningkatkan peredaran darah, yang juga memainkan peranan penting dalam membuang racun dari aliran darah sehingga membantu detoksifikasi.
Bawang merah ada folat yang dikatakan mampu meningkatkan fungsi otak apabila dimakan. Selain itu bawang merah turut mengandungi zat besi yang juga sangat penting untuk otak. Dikatakan bawang turut mengandungi pyrithione yang dikatakan mampu melawan peradangan otak dan meningkatkan aktiviti neurologi.
Terdapat kajian yang dilakukan pada wanita pra dan pasca menopaus menunjukkan bahawa memakan bawang merah dikatakan mampu meningkatkan kepadatan tulang. Dikatakan mereka yang memakan bawang merah sekali sehari atau lebih memiliki kepadatan tulang yang 5 peratus lebih besar daripada tidak memakan bawang merah. Selain itu dikatakan memakan bawang merah dikatakan mampu mencegah osteoporosis dan meningkatkan kesihatan gigi.
Protein dan peptida dalam bawang merah dikatakan mampu meningkatkan kekebalan tubuh. Antioksidan yang terdapat di dalam bawang merah dikatakan mampu melawan penyakit dan jangkitan umum. Ini termasuklah demam, influenza, selesema dan brokitis.