Guna apa ye untuk mendapatkan rambut yang cantik berkilat? Salah satunya dengan menggunakan yogurt. Ia sering kali dikaitkan dengan diet dan pemakanan yang sihat. Malah ia dikatakan banyak memberi manfaat daripada sudut kesihatan.
Yogurt merupakan produk fermentasi daripada susu pasteurisasi dengan menambahkan bakteria lactobacillius bulgaricus yang dapat menghasilkan bakteria asid laktat dan asid asetat sehingga mengeluarkan cita rasa yang masam dalam proses fermentasi susu tersebut.
Antara khasiat yang terkandung di dalam yogurt ialah protein, riboflavin, magnesium, potasium, zat besi, zink, selenium, fluoride. vitamin A, C, B6, B12, E, dan K, serta asid pantotenat, niacin, thiamin, kolin, dan folat.
Tahukah anda bahawa yogurt juga bermanfaat daripada sudut kecantikan sama ada untuk kulit, rambut dan sebagainya. Dikongsi kebaikan yogurt untuk rambut yang sihat dan cantik.
Yogurt bermanfaat untuk merawat rambut yang kusam dan rosak. Yogurt memiliki kandungan anti kulat yang dapat melawan kelemumur. Bahan ini juga mengandung pelembap, yang sangat bagus digunakan sebagai perapi semula jadi untuk melembutkan rambut dan menjadikan rambut lebih mudah disikat. Di samping itu, yogurt juga dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan dan menyihatkan pertumbuhan rambut.
Yogurt akan membuat rambut tumbuh lebih kuat dan subur. Kandungan asid laktat di dalam yogurt mampu membantu membersihkan kulit kepala dan mengangkat sel-sel kulit mati daripada permukaannya, sehingga kulit kepala lebih sihat.
Berikut ini adalah beberapa manfaat yang bisa kamu peroleh daripada yogurt untuk rambut anda:
Dikongsi dua cara mudah untuk membuat masker yogurt:
2 sudu makan yogurt kosong
1 sudu makan madu
½ sudu teh minyak kelapa
1 biji telur
2 sudu makan yogurt
1/2 biji pisang masak
3 sudu teh madu
1 sudu teh perahan lemon
Jangan lupa follow kami di: