Guna Timun, Ini Cara Halau Kucing Tanpa Menyakiti

Share

Kadang habis cara nak halau kucing daripada berak merata di kawasan rumah, tambah pula kalau kita tak jenis kurang gemar dengan binatang.

Tetapi itu bukan tiket untuk kita berkasar dengan bintang ya, terutamanya kucing. Nah, buat anda yang masih mencari petua untuk halau kucing, cuba guna petua Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim

ini. Nampak gaya sangat berkesan!

Petua Halau Kucing

Halaman rumah saya memang menjadi tempat parkir kucing. Saya tidak meminati kucing namun tak sampai pula menyakitinya. Kesan cakar dikereta, motor, dan najisnya memang benar-benar menduga kesabaran.

Namun saya ingat ia ujian kesabaran.

Pesan saya kepada mereka yang meminati kucing, semestinya memelihara dengan haknya. Makanan dan kediamannya, najisnya serta yang bersangkutan dengannya agar tidak menyakiti jiran tetangga.

Jenuh mencari cara bagaimana harus dibuat dengan kucing. Nak dibuat yang bukan-bukan, Islam tidak benarkan.

Cuma Guna Timun

Alhamdulillah bertemu juga satu cara yang baik dan tidak menyakiti kucing. Iaitu MENTIMUN BATANG. Rupanya kucing takut dan menjauhinya.

Cuba letak dimana-mana, insyaAllah kucing tidak akan datang dekat.

Sebabnya Wallahu a’lam. Saya tak tahu.

Selamat mencuba.

Published by
Nadia