Guna Tiga Bahan Dapur, Buat Untuk Mandi. Petua Hilangkan Cacing Pada Anak

Share

Masalah kecacingan. Itu biasa berlaku pada anak kecil. Apabila anak sudah berusia setahun, mulalah mak-mak risau bila tengok anak tak selera makan dan perut ada sedikit buncit. Mungkin itu yang menjadi penarik untuk mak-mak perhatian tentang keadaan fizikal anak. Malah, lebih tepat lagi bila mengatakan anak ada cacing

Cara yang patut dilakukan bila anak ada masalah cacing adalah dengan memberi ubat cacing yang disediakan oleh pihak hospital atau mak-mak beli sendiri di farmasi. Mungkn sesetengah rasa ubat itu membuatkan anak tidak makan ‘habis’ dan ada juga ubat yang mempunyai perasa untuk menarik perhatian anak. Semua ini bergantung kepada usaha-mak-mak.

Tidak Dirawat

Jangan mak-mak masalah cacing yang berlaku pada anak-anak adalah perkara biasa dalam tempoh pembesarannya. Semuanya silap. Ini kerana jika ia tidak dirawat, ia boleh membawa kepada masalah penyakit lain seperti kekurangan mineral, vitamin, kelewatan tumbesaran, anemia dan kerosakan usus.

Kebiasaannya anak kecil yang mengalami masalah cacing ini terdedah kepada tabiat harian yang kurang bersih seperti:

1. Tidak mencuci tangan dengan bersih sebelum makan.
2. Tidak memakai selipar atau bermain pasir tanpa pantauan.

Manakala bayi pula cenderung dijangkiti cacing kerana suka memasukkan barang ke dalam mulutnya. Selain itu, jangkitan cacing boleh berpunca daripada haiwan peliharaan seperti kucing melalui sentuhan.

Tanda Yang Biasa Dialami Oleh Anak (Dr. Zubaidi Hj Ahmad)

1. Anak kurang bertenaga dan kelihatan mudah letih.
2. Wajah kelihatan pucat.
3. Kurang selera makan.
4. Berat badan semakin menyusut.
5. Anak mengadu rasa gatal pada lubang dubur.
6. Terdapat cacing pada najis anak.

Rawat Guna Ubat Tradisional

Bagi yang mengalami masalah ini, ubat cacing adalah cara yang paling mudah untuk mengatasinya. Dengan hanya mengambil sebiji, ia boleh membantu dan perlu diambil lagi selepas enam bulan.

Walau bagaimanapun, bagi mak-mak yang ingin cara dan petua tradisional, bolehlah cuba petua yang dikongsikan oleh Wan Norma ini.

Katanya, hanya menggunakan tiga bahan asas yang ada kat dapur sahaja.

Bahan:
1. Asam keping
2. Garam
3. Air

Caranya:
1. Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk.
2. Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut. Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa.
3. Air itu digunakan untuk mandikan anak 2 kali sehari setiap pagi dan petang.
4. Amalkan selama dua atau tiga hari. Akan ada perubahan pada anak.
Selalunya kalau anak ada masalah cacing, selera makannya kurang. Mudah-mudahan, selepas amalkan ini, anak boleh makan tanpa perlu dipaksa.

MW: Kadang-kadang nak beli ubat cacing kat farmasi pun asyik lupa, bolehlah cuba guna petua ini. Moga ia membantu.

Sumber: Wan Norma

Published by
Nora