Guna Sudu Penyukat, Cara Cepat Gentel Jem Nenas Tak Melekat Tangan!

Share

Rupanya dengan menggunakan sudu penyukat antara tip cara cepat untuk gentel jem nenas supaya tak melekat-lekat di tangan.Malah ikut tip ni, sukatan elok semua sama, tart pun cantik nanti tak terkurang atau terlebih inti.

Bukan apa, setiap kali tibanya musim raya kuih tart nenas memang menjadi pilihan ramai. Buat sendiri tart nenas ni lebih jimat, puas hati dan berbaloi. Tapi bab renyahnya bila nak gentel jem nenas satu persatu sebelum diletakkan pada doh. Memang makan masa nak menggentelnya.

Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh puan Qhaira Afiah ini sebagai rujukan;

Saya kongsikan sedikit cara cepat untuk gentel jem nenas tanpa melekat pada tangan.

Artikel Menarik:Wanita Ini Turunkan Resipi 25 Tahun, Royal Pineapple Cheese Tart Gebu & Cair Dalam Mulut Yang Dibuat Niaga

Bahan Diperlukan:

Sedikit Minyak
Inti Nenas

Boleh guna sudu penyukat :
½ tsp anggaran berat 3-4g
1tsp anggaran berat 5-6g

Cara Membuat:

1.Sediakan sedikit minyak.


2.Sudukan inti jam nenas guna sudu penyukat, asingkan tepi dan buat sehingga habis.


3.Kemudian, sapu minyak pada tapak tangan dan boleh gentel bulat-bulatkan seperti biasa.Memang mudah, sekejap je siap menggentel.

Info Ekstra:

Saya tak boleh nak agak-agak, kalau inti terlebih tart saya tak cantik. Sebab saya bukan buat tart gulung, saya buat tart bentuk rose.

Saya guna acuan yang buat coklat.

Semoga bermanfaat.

Mesti Baca: Guna Piping Bag, Tak Payah Gentel Inti Tart Nenas Satu Persatu

Baca juga di sini: ‘BISKUT DATIN’ Rasa Macam Kuih Tart, Buat Lebih Senang Cepat Siap!

Baca Lagi Di Sini: Cara Buat PAJERI NENAS Sedap, Kuah Pekat Likat Kesukaan Arwah Abah!

Mingguan Wanita:Begini rupanya cara cepat untuk gentel jem nenas tak melekat kat tangan. Guna sudu penyukat dan sedikit minyak je. Boleh cuba nanti.

Sumber: Qhaira Afiah

Macam ni rupanya nak anyam ketupat nasi.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Jangan sampai macam ni iya.

Published by
Suhaidah Abd Wahab