Guna Sticker Berwarna Dan Nota Untuk Coding Terjemahan Al Quran, Ibu Ini Kongsi Cara Membuatnya

Share

Sekarang ini nak mengaji al-Quran dah makin mudah. Cuma perlu sedikit usaha nak bagi rajin dan seronok mendalaminya. Puan Aisya Humaira Harun berkongsi bagaimana nak meletakkan coding pada al-Quran agar kita lebih memahami satu-satu maksud ayat.

Membuatkan membaca al-Quran jadi lebih seronok. Jika ada satu-satu kemusykilan atau persoalan, kita boleh rujuk. Doa-doa yang kita mahu cari juga rujuk saja dari coding. Semoga cara ini akan membuatkan kita lebih dekat dengan kalam Allah ini.

Idea Coding Terjemahan Al Quran

Sebelum ini sticker berbeza warna saja yang digunakan dan kini saya upgrade sedikit. Sticker berwarna dan ditanda sekali dengan ‘nota’.

Idea untuk coding terjemahan Al Quran sebegini saya peroleh daripada Puan Ayesha melalui perkongsian beliau dalam rancangan Nona di TV 3 beberapa bulan lalu.

Saya ambil sedikit masa untuk ‘transform’ terjemahan ini dan MasyaAllah hasilnya membuatkan saya rasa lebih ‘attach’ dengan ayat-ayat cinta ini. Suka tengok warna warni. Ditambah pula lebih mudah untuk dirujuk kembali. Alhamdulillah

Ini Cara Saya Coding

Sticker berwarna beserta ‘nota’ dibahagikan kepada

+ Hijau

Untuk ayat ayat yang memberi peringatan. Peringatan untuk melakukan kebaikan dan larangan melakukan keburukan serta azab pedih untuk hambaNya yang ingkar.

+ Pink

Untuk ayat ayat yang memberi motivasi, semangat, khabar gembira serta nikmat nikmat yang Allah telah janjikan.

+ Biru

Untuk ayat ayat pilihan saya iaitu ayat yang saya rasa sangat suka dibaca berulang ulang kalau boleh setiap hari.

+ Kuning

Untuk ayat ayat yang menunjukkan hukum hakam dalam Islam.

+ Oren

Untuk doa doa pilihan. Terlalu banyak doa doa yang terdapat di dalam Al Quran dan semestinya untuk kita amalkan dalam kehidupan kita.

+ Kuning gelap

Untuk ayat ayat yang menceritakan tentang sirah, kisah kisah para Nabi dan Rasul.

Dan senarai ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa, InsyaAllah.

Alhamdulillah

Kena Tahu…

Selain daripada bacaan sendiri, input yang ditanda di dalam terjemahan ini banyak diperoleh dengan hadir ke seminar atau program program ibrah Al Quran.

Sungguh, kembara mendalami Al Quran ini sangat indah. Boleh jadi tak sedar masa yang berlalu apabila kita mula membelek Al Quran beserta dengan terjemahan ini. Bila sudah mula menanda, lagi lah lemas dalam lautan ayat ayat yang sangat istimewa itu.

Kalian cubalah ya, ambil sedikit masa untuknya.

Moga kita semua terus dipilih Allah untuk merasa nikmat dalam menghayati Al Quran. Diberi peluang untuk mentadabbur setiap ayat seterusnya mengamalkanya dalam kehidupan kita, InsyaAllah.

Sumber/Foto: FB Aisya Humaira Harun – Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer