Rupa-rupanya boleh servis aircond sendiri hanya guna remote dan cuma perlu tahu caranya, sangat senang, mudah dan berkesan. Cara ini untuk menggalakkan anda servis aircond sendiri setiap kali guna, barulah lambat rosak.
Tetapi jika membabitkan masalah teknikal atau lebih berat, panggillah orang yang lebih pakai dalam membaiki aircond. Sebenarnya mudah saja, mak,ayah boleh lakukan sendiri di rumah.
Ikuti perkongsian syamzone ini dan ketahui caranya yang betul:
Cara-caranya selepas anda guna aircond waktu malam, jangan matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut.
1. Tetapkan mode daripada “Cool” ke mode “Fan”, tetapkan kelajuan kipas (fan) ke tahap paling tinggi.
2. Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
3. Kemudian barulah matikan aircond.
Baca Juga Di sini:
Kongsi Cara Bersih Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat Lagi
Kalau Nak Kurus, Jangan Tidur Dalam Aircond?
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Mengapa tetapkan ke mode “fan”?
Tujuan kita tetapkan ke mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) dan udara bertiup.
Secara tidak langsung, ia juga akan mengeringk n kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan)
PESANAN…
Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, apa salahnya mencuba sebab mudah saja caranya. Paling penting seisi keluarga selesa apabila aircond di rumah sejuk dan berada di dalam keadaan yang baik. Betul tak?
Sumber: syamzone