
Cadar yang dah lama pakai itu, selepas berkali-kali basuhan.. berkali-kali guna. Keadaan cadar akan alami lebihan bulu atau orang sebut biji benang.
Jadi tak cantik pula di pandangan mata. Nak buat tidur pun jadi kurang selesa. Haniem Mustaphy berkongsi tip cara membuang biji benang dekat cadar rumah.
Menariknya, selain cadar. Teknik yang sama, boleh juga dipraktikkan pada fabrik yang lain. Daripada komen yang dikongsikan di grup #kemasrumahwithhani ini, ada yang gunakan cara ini untuk buang lebihan bulu pada baju kurung.
Cuma ada tekniknya nak bagi hasilnya licin macam baru.
Kongsinya,
Tip Guna Pisau Cukur Buang Biji Benang
Cuma nak share tips best.. mana tahu ada yang belum tahu.. sis tahu dah lama tapi tak praktis pun cuma simpan sebagai ilmu.
Korang ada cadar yang berbulu atau biji benang timbul-timbul?
- Jangan buang sebab masih boleh diselamatkan jika cadar tu tidak koyak. Cara dia guna pisau cukur. Gosok lembut-lembut atas permukaan sarung bantal/cadar yang berbulu. Orang Melaka kata, jangan kasau kasau.
Kan bulu tak cabut, benang pulak yang putus .
Ok. Hasil dia licin macam yang baru la.. first time buat dan boleh diamalkan.
Cubalah..

P/s : Gambar (1) adalah sebelum shave.. sengaja buat pencahayaan macam tu supaya lebih jelas bintik/bulu benang.. Gambar (2) dah siap.. macam baru kan.
Baca sini : Kongsi Cara Lipat Cadar Fitted Yang Betul Elok Tersusun, Mak Mentua Pun Suka
Sumber/Foto : Haniem Mustaphy
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip PENTING Buat Biskut Elok Menjadi, Lebih Rangup & Tahan Lama!

Isi Kandungan
ToggleBuat biskut mahupun kek perlu ada ilmu dan caranya yang tersendiri. Kena tahu panduan asas barulah biskutnya elok menjadi, lebih rangup dan tahan lama.
Bagi mak-mak yang suka buat biskut baik untuk suka-suka makan sendiri mahupun buat bisnes jual biskut, baca perkongsian tip yang dikongsikan oleh Puan Maz Samad ini.
TIP BUAT BISKUT
1.Mentega Sejuk
Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair – akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.
2. Saiz Telur
Jangan gunakan telur saiz besar sebab kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.
3. Tempoh Pukul Telur
Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh – mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.
Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak ‘gluten’ daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.
4. ‘Rehatkan’ Doh Seketika
Selalu ‘rehatkan’ doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu ‘rehatkan’ doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.
5. Bahagikan Beberapa Bahagian
Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan ‘direhatkan’. Jangan ‘rehatkan’ kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan. Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekali harung, doh itu akan mula keluar minyak – menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.
6. Oles Mentega/ Baking Paper
Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.
Untuk biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.
7. Panaskan Ketuhar
Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.
8. Guna Fungsi Kipas Pada Ketuhar
Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar – yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.
9. Pindahkan Atas ‘Cooling Rack’
Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas ‘cooling rack’. Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas ‘cooling rack’, wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.
10. Simpan Biskut Bila Benar-Benar Sejuk
Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.

11. Simpan Peti Sejuk Biskut ‘Peanut Butter’
Untuk biskut yang mengandungi ‘peanut butter’, lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana ‘peanut butter’ itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Sebelum Nak Beli Oven, PENTING Ambil Tahu Jenis & Fungsinya Dulu!
Cara Betul Bakar Kek, Tart, Biskut, Puding Roti, Guna Pemanggang Ajaib
MW: Semoga perkongsian tip buat biskut ini bermanfaat. Jadi bila nak buat biskut, ingat tip yang dikongsikan ini iya. Barulah buat biskut elok menjadi, lebih rangup dan tahan lama.
Sumber: Maz Samad
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
TIP MASAKAN Orang Lama, 3 Bahan Utama Menyedapkan Lagi Masakan!

Isi Kandungan
ToggleMasakan orang-orang lama selalunya walaupun ringkas namun memang terasa kesedapannya. Selain ‘air tangan’ dan dimasak dengan penuh kasih sayang, ada 3 bahan utama yang digunakan untuk menyedapkan lagi rasa masakan dan hidangan yang disediakan. Malah digunakan secara berbeza mengikut jenis masakan.
Untuk tahu lebih lanjut baca perkongsian daripada Puan Nuha ini sebagai panduan;
Tips masakan daripada orang lama. Ada 3 bahan utama saya guna yang diajar oleh orang-orang lama atau yang lebih berpengalaman untuk menyedapkan masakan.
Pertama: Sos Tiram
Biasanya untuk masak sayur, sup, saya guna sos tiram. Jika masakan saya tawar (biasanya nasi/mee/bihungoreng), saya gunakan sos tiram untuk menambah rasa masin agar mudah sebati berbanding garam.
Kedua: Garam Kasar
Arwah mak ajar saya masakan menggunakan garam kasar lebih sedap berbanding garam halus. Terutama ketika menggulai atau yang berkuah.
Ketiga: Nise atau Gula Melaka
Jika masakan memerlukan rasa manis, saya gunakan nise sebagai pengganti kepada gula. Nise menghasilkan rasa manis berlemak berbanding gula. Jika masak sambal, nise juga berperanan menggelapkan warna sambal.
Baca Lagi Di Sini:
Blogger Masakan Kongsi Ilmu, Tips Buat Sambal Tumis Cantik Warnanya, Sedap & Tahan Lebih Lama!
Masakan Sedap Atau Tidak, Itulah Air Tangan Isteri Untuk Lembutkan Hati Suami, Anak
Amalan Orang Lama Eratkan Hubungan Suami Isteri, Perkahwinan Berkekalan Hingga Hujung Usia
Mingguan Wanita: Boleh cuba tip masakan orang lama yang dikongsikan ini. Barulah masakan yang disediakan rasa lebih sedap!
Sumber: Nu Ha

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cuci Mesin Basuh 3 Minggu Sekali. Pakaian Bersih, Sisa Sabun Pun Tak Melekat

Isi Kandungan
ToggleAgak-agak berapa kerap mak-mak cuci mesin basuh? Maksudnya, cuci mesin basuh itu sendiri dan bukannya guna mesin basuh untuk cuci pakaian. Atau mingkin juga tak pernah cui mesin basuh itu. Sebab itulah, jangan pelik dan hairan kalau pakaian yang kita bersihkan itu ada tompokan sabun atau kotoran halus yang masih melekat pada pakaian.
Bagi mak-mak yang kerap guna mesin basuh ini, ambillah masa sekejap bila dah siap semuanya dan cucilah mesin basuh itu. Lagi satu, nanti boleh tengok tahap kebersihan pada pakaian mahu pun dalam mesin basuh itu sendiri.
Kalau mak-mak tak tahu macm mana nak bersihkan. Perkongsian daripada SuperDaddy, Khairul Abdullah, boleh membantu dan memberi panduan untuk semua.
Saki Baki Sabun
“Saya cuci mesin basuh ini setiap 2-3 minggu sekali. Itu pun tiap kali cuci air, ia akan berwarna sedikit dan tetap berbuih walaupun tiada baju dan tak masukkan sabun pencuci. Sebabnya tiap kali basuh baju, akan ada saki baki sabun dan kotoran yang tertinggal kat dalam mesin tu.
“Lagi kerap basuh lagi banyak sisa sabun dan sisa kotoran tertinggal dalam tu. Jadi kalau rajin setiap minggu boleh cuci, aku jenis malas maka 2-3 minggu sekali.
“Boleh jer beli segala jenis pencuci khas kat Shopee tu atau aku suka guna baking soda dengan cuka jer. Beli jenama Meriah dalam RM3 lebih. Kemudian, campur cuka. Boleh guna banyak kali. Kalau ada clorox pun lagi bagus jugak.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: DIY Gel Silika, Beli Timbang Kilo. Masalah Habuk Kulat Perabot Rumah Terus Hilang
DIY: Sorok Wayar TV Dengan Bajet Murah Saja. Semudah ABC
Info Lebih Menarik DI SINI
Cara mudah sangat sesuai untuk mesin basuh top loading atau front loading.
1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam tub/drum dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Set “clean tub” kalau ada atau set pada basuhan yang paling lama sekali.
Kalau mesin yang ada setting air panas maka set air paling panas dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam tu.
Sesekali datang check tengok warna air, seram ke tidak.
Dah siap basuh buka penutup dan biarkan.
2. Kalau ada bleach klorox tu boleh buat satu round lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.
Cukup 2 round ni maka mesin basuh tu kira cun dah.
3. Tempat letak sabun, softener tu pun jangan biar berkerak. Tray tu biasanya boleh cabut dan keluarkan. So cuci bersih-bersih dan bilas dengan clorox. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci maka cucilah.
Kena rajin sikitlah kalau nak pakaian kita sentiasa bersih.
Lepas tu basuh baju lepas ni mesti wangi. Sebelum ni letak sabun paling wangi dengan softener paling best pun tak berapa nak wangi kan?
Jom, kita pakat cuci mesin basuh selalu, agar pakaian kita sekeluarga dijamin bersih suci dan bermutu.

Air tu tetap berbuih macam letak sabun, padahal tak pun. Ada nampak warna gelap sedikit air tu. Itu cuci setiap 2-3 minggu, kalaulah tak pernah cuci langsung, mau hitam kot.
Buka tray sabun tu dan cucilah bersih-bersih. Guna berus basuh botol susu anak.
Guna wet wipes, masukkan tangan dalam tu dan gosok sekeliling bahagian dalam tu. Kalau ada kesan yang tak keluar boleh guna bleach. Pakai glove, celupkan span dalam bleach dan gosok.
MW: Mana-mana mak yang tak pernah cuci mesin basuh tu, boleh cuba cuci. Nanti tengoklah hasilnya kan…
Sumber: Khairul Abdullah
SuperDaddy
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI