Biasanya nasi lebihan makan malam kita buang sahaja lebih-lebih lagi sekiranya sudah basi. Menurut Puan Ida Hamzah, nasi tersebut seeloknya di jemur hingga kering atau dijadikan sebahagian bahan baja kompos.
Manakala suaminya memberi cadangan apa yang boleh dibuat dengan lebihan nasi tersebut yang telah dikeringkan. Nasi yang telah dijemur kering boleh menjadi kudapan petang yang selalu dimakan sewaktu kecil dahulu.
Sekali pandang seperti bepang, mungkin lebih kurang tetapi cengkaruk ini ditambah gula melaka dan kelapa. Sudah tentu rasanya lebih sedap apabila dijadikan kudapan petang.
Puan Ida akan berkongsi resepi yang boleh dibuat dengan mudah oleh ibu-ibu terutama waktu PKP ini, anak-anak juga memang menggemari makanan ini. Jom kita lihat gambar cara-cara membuatnya.
BAHAN-BAHAN:
Nasi lebihan lebih kurang 3 cawan
Gula melaka setengah ketul atau 5 sudu gula perang
Kelapa muda parut
Secubit garam
Cara Membuat:
Nasi dijemur sehingga kering. Jika sedikit nasi lebihan yang ada selepas kering boleh disimpan supaya dapat nasi kering sekurang-kuragnya secawan untuk satu hidangan’
*jika cuaca panas seharian dijemur nasi boleh kering.
Ads
Nasi kering tersebut disangai (tanpa minyak) dengan api yang kecil hingga kekuningan atau coklat, jangan sampai hangit pula ya. Nasi kering mesti sentiasa dikacau rata.
.
*jika ada ketulan besar nasi kering sebelum digoreng elok di tumbuk agar terlerai supaya semasa digoreng rata garingnya.
3. Setelah siap digoreng, masukkan ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus. Jika suka boleh juga sedikit kasar supaya semasa makan terasa nasi kering apabila dikunyah.
4. Sediakan bahan untuk campuran cengkaruk iaitu kelapa muda yang diparut.
Ads
*jika tiada kelapa muda, pastikan kelapa yang diparut bahagian putih sahaja supaya kejadiannya cantik. Setengah ketul gula melaka diracik nipis atau halus.
* Gula perang atau gula pasir juga boleh digunakan ik ut kemanisan yang disukai.
5. Gaulkan kelapa parut bersama gula melaka atau gula perang bersama gorengan nasi kering yang telah dikisar. Masuk secubit garam untuk rasa lemak.
Cengkaruk sedap dihidang bersama kopi panas sebagai kudapan petang bersama family terutama musim hujan.
Secara tidak langsung amalan pembaziran dapat dielakkan selain dari mengembalikan semula resepi berzaman yang kian dilupakan.
Selain itu nasi kering ini boleh digoreng dengan minyak jadi kembang dan boleh dibuat makanan yang dipanggil rengginang apabila disira dengan gula dan masuk kedalam acuan. Jika suka yang pedas, boleh disira dengan sambal seperti buat kerepek ubi. Selamat mencuba resepi murah dan mudah ini!
MW: Tak baik membazir, oleh itu kalau ada lebihan nasi di dapur buatlah cengkaruk ini. Penyediaannya pun mudah. Lebih mudah jika anda menggunakan gajet dapur yang bersesuaian. Beli sahaja di sini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kebiasaannya apabila membuat rendang kita menggunakan bahan seperti ayam mahupun daging. Namun sebenarnya, nangka muda pun boleh dibuat rendang, selain masak lemak mahupun gulai. Memang menarik resipi yang dikongsikan oleh Puan Hanieliza Kamarudin ini. Inginkan kelainan, boleh cuba buat sendiri resipi rendang yang dikongsikan ini.
Beberapa hari lalu ada kawan kliza bagi nangka muda dan semalam Brother in law kliza tolong buang kulit, potong kecil dan rebuskan.
Lama betul kliza tak buat rendang nangka so akhirnya terjadilah saperti yang dirancangkan.
RENDANG NANGKA
Bahan A
1 biji nangka muda (anggaran 2 kg)
1 kg santan pekat
1 cawan minyak masak
1 keping gula melaka
Garam secukup rasa
1 cawan kerisek
2 helai daun kunyit (Dihiris)
7 helai daun limau purut (Dikoyak)
Bahan B (Dikisar halus)
1 cawan ikan bilis
15 tangkai cili kering
10 tangkai cili api merah
2 inci kunyit segar
1 inci lengkuas
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara Membuat:
1. Nangka dibuangkan kulit dan dipotong kecil. Rebuskan dengan garam sehingga lembut. Toskan.
2. Masukkan nangka, santan, minyak masak, dan bahan kisar ke dalam kuali besar.
3. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak sambil kacau sekali sekala.
4. Masukkan gula melaka, garam, kerisek, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau lagi.
5. Apabila nampak naik minyak dan pekat boleh tutup api dan hidangkan.
Rupanya hanya menggunakan tiga bahan iaitu kacang soya, air dan cuka makan mak-mak boleh buat tauhu sendiri di rumah. Bukan apa bila buat sendiri ia lebih bersih daripada beli yang ada di pasaran tak tahu status halalnya.
Bahan-bahannya tak banyak, malah nak buat pun senang sangat!Boleh cuba resipi perkongsian Puan Jumee Afuan ini sebagai rujukan.
“Mood akak baik malam ni, akak nak share resepi tauhu homemade simple je”
Bahan-Bahan:
1 kg Kacang soya (Rendam 1 malam)
Air (Sukatan air untuk kisar kacang 1 cawan kacang : 2 cawan air)
10 sudu besar Cuka makan
2 Bakul yang sama saiz
Kain kasa
Cara Membuat:
1.Lepas cuci kacang rendam 1 malam esoknya cuci lagi toskan/tapiskan.
2.Kisar kacang dengan sukatan air kat atas tu pastu tapis .
(Kisar sekali sahaja)
3.Tapis guna kain kasa.Guna cheese cloth tapi kalau nak guna napkin / kain tudung chiffon pun boleh.
4.Masak air kacang soya sehingga mendidiih dan hilang bau mentah.
5. Masukkan cuka .
6.Biar hingga berketul.
7.Letak dalam bakul alas kain kasa.
8.Tindih bakul dengan benda berat. Akak guna lesung batu.
9.Biar sejuk .
10.Buka kain .Potong-potong tauhu ikut saiz disukai.
MW: Mak-mak yang suka makan tauhu, boleh lah cuba buat sendiri di rumah. Lebih diyakini status halalnya, lebih jimat dan pasti lebih bersih cara pembuatannya bila buat sendiri berbanding beli yang sedia ada di pasaran.
Kepak atau sayap ayam bakar madu memang digemari ramai, tak kira mak ayah mahu pun anak-anak. Ini kerana kombinasi rasa manis dan masinnya yang sangat membangkitkan selera.
Kali ini, Nana Sabrina https://www.facebook.com/MrsKhai86 berkongsi resipi dan cara-cara nak masak kepak ayam bakar madu. Dia memang sarankan guna kepak ayam kerana jika guna paha ayam, akan lambat masak kerana isinya tebal.
Yang menariknya, Nana Sabrina membakarnya di dalam kuali saja dan bahan perencahnya pun tak banyak. HANYA GUNA LIMA BAHAN PERASA SAJA!Kira resipi bajet jugak lah ni. Selain guna kuali, boleh bakar dalam oven atau air fryer. Walau pun hanya guna lima bahan perasa, namun rasanya tetap sedap meletup kebabom tau!
Jom Tengok Apa Bahan Untuk Kepak Ayam Bakar Madu Guna Lima Bahan
Bahan-bahan:
12-15 keping kepak ayam – bersihkan
4-5 ulas bawang putih – racik
1 sudu makan madu (nak lebih manis guna 2 sudu)
5 sudu makan kicap Mahsuri Pedas
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan minyak masak /minyak zaitun
*Kalau tak ada kicap Mahsuri pedas, gunakan kicap manis. Tapi tambahkan cili padi hiris. Letak sikit je, jangan banyak nanti pedas pula anak-anak makan. Tapi kalau lebih rasa manis dan tidak pedas, guna saja kicap manis ye. Boleh ubah suai ikut selera masing-masing.
Cara Membuat:
Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bawang putih. Setelah naik wangi dan bertukar keperangan, masukkan kepak ayam. Masak sehingga ayam bertukar warna jadi keperangan. Pastikan guna kuali yang tak melekat (Non stick pan). Masak menggunakan api kecil.
Kemudian masukkan kicap, sos tiram dan madu. Gaul rata dan masak sehingga kering ataupun likat. Tutup api, sedia dinikmati panas-panas! Mantap!!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...