Guna Lada Solok Buat CILI JERUK Rangup, Makin Lama Makin Sedap!

Share

Cili jeruk memang ada peminatnya yang tersendiri sebagai pembangkit selera dalam masakan. Lagi-lagi kalau makan dengan mee sup, mee celup, char kue tiau atau masakan berkuah. Memang tersangatlah sedap.

Ada caranya nak buat cili jeruk yang rangup dan sedap ini di rumah. Memang puas hati. Sebaiknya buat guna lada solok berbanding cili hijau biasa. Iya lebih sedap. Bahkan di rebus seketika sebelum disimpan dan dijerukkan. Memang tahan lama, letak suhu bilik je tak perlu simpan dalam peti ais.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini sebagai rujukan;

Siapa suka cili jeruk yang rangup? Ni antara fav Ben. Phewww letak dalam maggi celup,mee goreng sodap. Mari Ben berikan resepi yang awesomeee. Jangan mintak stok Ben 2 balang tu.

Ben suka guna lada solok. Lidah orang Kelantan katakan. Senang je buat dia.

Bahan-Bahan:

1.2-1.5kg lada solok
1/2 sudu makan kapur
4-5 cawan air
2 cawan cuka
5-6 sudu makan gula
2 sudu teh garam

Cara Membuat:

1.Potong lah lada solok ikut nak guna banyak mana. Ben guna 1.2-1.5 lada solok. Senang buat banyak sekaligus.

2. Lepas tu rendam dengan air dan masukkan kapur. Cair camtu.

3. Rendam 1 jam. Tujuan supaya cili tak lembik nanti kekal rangup dijeruk.
4. Lepas tu tos bersih buang rasa kapur tu. Ketepikan.
5. Didihkan air dalam periuk. Dah mendidih,tutup api. Masukkan lada dan kacau sebati 30 saat. Ingat 30 saat je. Lepas tu cepat-cepat buang air dia dan alirkan air paip.
6. Masukkan dalam bekas bersih.

7. Panaskan air dengan cuka, gula serta garam. Lebih/kurangkan bergantung kuantiti dan rasa.
8. Tak perlu tnggu mendidih. Dah nampak hancur gula garam tutup api. Biarkan sejuk.
9. Dah sejuk tuang dalam bekas lada tadi dan biarkan semalaman. Dah boleh makan dah lada jeruk akak.

Makin lama makin sodappppp. Silalah mencuba. Letak luar je.

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:Resipi Kuetiau Daging Halia Paling Mudah, Sedap Makan Dengan Cili Jeruk!
Baca Lagi Di Sini:Nak CILI JERUK Rangup, Jangan Letak Air. Hari Ke 4 Dah Boleh Makan


Artikel Menarik:Cara Buat Jeruk Mangga Ranggup, Masukkan Air Soda, Simpan Semalaman Sebelum Makan

Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat cili jeruk yang sedap dan rangup. Boleh ikut tip dan resipi yang dikongsikan ini nanti.

Sumber: Ben Safwan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab