Kalau kita mempunyai kebun yang mempunyai pelbagai jenis tanaman, perkara yang sukar untuk dielakkan adalah rumput dan lalang yang cepat tumbuh. Itu jika dibiarkan dalam beberapa minggu. Satu kerja pula untuk menebas semua ini. Ada juga sesetengah orang menggunakan racun tapi risau pula takut terkena tanaman kita.
Bukan hanya di kebun tapi di bahagian tepi rumah kita yang sekangkang kera pun boleh membuatkan rumput dan lalang tumbuh dengan cepat. Ini belum lagi kalau dibiarkan terlalu lama. Boleh jadi belukar gamaknya.
Jadi, tak perlu risau ada cara yang boleh membantu kita untuk nak elakkan perkara ini terjadi. Perkongsian daripada Akmal Al yahya ini adalah penggunaan kota dan kertas terpakai di kebunnya bagi mengelakkan masalah lalang tumbuh.
Tapi, mak-mak boleh juga praktikkan di kawasan rumah yang mempunyai tanah kosong atau kawasan tempat mak bercucuk tanam.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Pokok Layu Kembali Segar, Tak Perlu Curah Air, Rendam Sejam Dalam Besen
Tip Tebuk Dinding, Tak Payah Nak Sapu Atau Bersihkan Lantai Lepas Drill!
Info Lebih Menarik DI SINI
Salah satu cara mengawal rumput dan lalang. Ia menggunakan 100% daripada bahan buangan.
1. Sejak mula berkebun, kami mendapati banyak masa dan tenaga yang digunakan hanya untuk mengawal rumput dan lalang di sekitar Kebun Lokal. Ini telah mengganggu rutin kerja-kerja kebun yang lain seperti membaja, penyediaan kompos dan lain-lain.
Pada awal berkebun, kami telah menggunakan racun untuk mengawal pertumbuhan rumput dan lalang. Namun, lalang masih tumbuh dengan lebih galaknya. Seterusnya, kami membeli sebuah mesin rumput untuk menghentikan penggunaan sebarang racun kimia di dalam Kebun Lokal, memandangkan tujuan asal kami adalah untuk membina satu bank makanan untuk keluarga kami.
2. Penggunaan kotak dan kertas yang telah dirincih adalah inspirasi dari amalan Permaculture yang kami dapati lebih jauh menjimatkan serta lebih praktikal. Dua bahan ini, kami dapatkan secara percuma tanpa mengeluarkan apa-apa modal, kecuali kami hanya laburkan pada tenaga dan masa
Untuk lapisan kotak yang pertama.
Tanah sebelum itu, digemburkan sedikit dan diratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun dan rapat ke tanah. Setelah lapisan kotak dibentang ke atas tanah, kami siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak tadi, disiram sehingga lencun dan dimampatkan lagi ke tanah. Proses itu diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas yang telah dirincih seperti di gambar. Kertas rincih ini diratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapiskan oleh lapisan kotak tadi. Kemudian disiram sehingga lencun dan juga dimampatkan ke tanah.
3. Proses ini juga dipanggil sebagai Mulching / Sungkup. Mulching di Kebun Lokal telah mencapai 3 inci tebalnya. Saya pernah melakukan sedikit eksperimen pada awal tahun lepas, di mana kami taburkan benih-benih selasih, tanpa perlu kami siram, ia tumbuh dengan jayanya dan terpaksa pula kami alihkan ke dalam plot tayar terpakai kami.
4. Setelah lapisan kertas rincih tadi diletakkan dan dimampatkan, barulah lapisan paling atas kami letakkan iaitu dedaun kering separa kompos. Lapisan sungkup ini akan membantu kami di Kebun Lokal untuk memegang kelembapan agar tidak hilang dari tanah jika hari terlalu panas dan melindungi tanah dari terhakis jika pada hari hujan yang terlalu lebat.
5. Kami mendapati jika kami menggunakan dedaun buluh lebih baik dan lebih cepat untuk ianya kompos. Dalam diam-diam sudah ada baja kendiri bagi tanaman-tanaman di Kebun Lokal. Jimat duit, tenaga dan masa.
6. Jika dilihat semula tiada rumput atau lalang mampu tumbuh sehingga menembusi lapisan sungkupan ini. Secara tak langsung dapat tumpukan pula perhatian pada kerja-kerja kebun yang lain.
7. Hasil dari lapisan sungkupan ini akan membantu kami menyediakan kediaman bagi satu bakteria yang bernama MYCHORIZZA. Bakteria ini boleh di dapati di sekitar akar yang mana mereka menjadi penghubung kepada nutrient yang ada di tanah dengan akar. Lebih banyak MYCHORIZZA, maka lebih baik penyerapan nutrients mampu tanaman manfaatkan.
Selain dari itu , tumbuhan sebenarnya bertindak balas melalui jaringan ini jika ada di antara mereka yang diserang oleh serangga perosak mahupun kulat. Jika salah satu dari mereka terkena serangan, maka satu isyarat akan di hantar pada tanaman yang lain. Maka pokok yang masih sihat akan mempertingkatkan imun mereka.
8. Selain dijadikan sungkupan, kami juga menggunakan kertas rincih untuk dijadikan kompos. Jika ada yang membela cacing, kertas rincih ataupun kotak juga digunakan sebagai salah satu bahan makanan cacing. Lazimnya dedaun kering di letakkan di bawah lapisan kertas rincih ini.
Setiap minggu timbunan kompos ini akan di bolak balikkan bagi tujuan pengudaraan.
9. Hati pun senang, tanaman pun seronok sahaja.
MW: Boleh bagi idea yang ada tanah kosong kat rumah tapi jarang digunakan sehingga tumbuh lalang. Mungkin boleh membantu dengan cara ini.
Sumber: Akmal Al Yahya
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita