Buat pengundi yang baru pertama kali membuang undi, mencelup jari telunjuk kanan atau kiri pada dakwat SPR kekal adalah satu pengalaman baru untuknya. Memandangkan inilah pengalaman kali pertama dan cuma akan lakukannya lagi selepas 5 tahun, rasa sayang pula nak buang warna dakwat kekal dekat jari telunjuk tu.
Puas jugalah mengambil gambar dengan jari telunjuk yang berjasa untuk hari ini. Sampaikan jari telunjuk masing-masing tu boleh jadi trending sangat di media sosial. Dari setinggi-tinggi pangkat sampailah orang kebanyakan, tak lepaskan peluang bergambar dengan jari telunjuk masing-masing.
Kelakar pun iya, tapi itulah hakikatnya kan. Maka, kita pun berjalan-jalanlah dengan bangga kerana dah menjalankan tanggungjawab pada negara. Tapi selepas jam 5 petang, dah selesai pun masa untuk membuang undi anda akan rasa satu perasaan tak selesa dekat jari telunjuk tu.
Dia mulai kering dan mengecut. Sangatlah tak selesanya. Jadi bila dah malam mulalah mencari-cari cara nak menghilangkan warna biru gelap itu dekat jari tu. Cara ini boleh dipraktikkan sekiranya anda mempunyai kulit jenis tak sensitif ya.
Sebab ia akan melibatkan penggunaan peluntur pakaian. Bimbang kulit bermasalah jadi lagi bermasalah. Bermakna cara ini terpakai untuk kulit jenis yang tahan lasak saja. Hihi..
Caranya Boleh Buat Macam Ini
Sedikit Peluntur Pakaian – ada kata guna klorox tapi bila dekat rumah tak ada cuma ada Kao Bleach. Boleh juga try (sukatannya, agak-agak boleh rendam jari telunjuk tu)
Sediakan mangkuk
Sedikit losyen tangan – ini pakai apa brand pun boleh, yang sesuai untuk jari andalah.
Sehelai tisu basah/guna kain pun boleh
Masukkan sedikit peluntur dekat mangkuk. Rendam sekejap, lepas tu gosoklah sampai rasa warna tu dah berkurang. Nak bagi sampai hilang 100% memang mustahillah (mungkin ikut jenis peluntur). Guna yang dicadangkan ini dapat hilangkan dalam 90%. Tak mau gonyoh lebih, takut jari sakit.
Lepas itu cuci sampai bersih. Sebab tangan akan jadi lekit-lekit nanti. Saya guna juga sabun mandi biasa nak bagi kurang rasa lekit-lekit tu.
PS : Jari tu memang ada kesan luka lama ya. Hihi..
Bila dah rasa selesa, keringkan jari. Letakkan sikit losyen dekat tisu basah dan gosok dekat jari tadi. Tujuannya nak bagi kulit jari kita kembali lembap. Sebab, penggunaan dakwat kekal SPR dan peluntur tadi membuatkan hujung jari telunjuk jadi kering.
Nanti bila rasa tak selesa, boleh sapu lagi losyen dekat jari telunjuk itu sampai selesa balik.
Okay, selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI