Guna CARA Ini Setiap Kali Bersihkan Microwave, Bau Segar & Wangi!Jika mak-mak ada microwave di rumah dan selalu digunakan, bab yang paling renyah adalah nak bersihkan kotoran yang melekat. Kena sental kerak-kerak dan sisa minyak tu yang bukannya mudah. Malah ada bau yang kurang menyenangkan juga.
Rupanya hanya menggunakan beberapa bahan dapur yang mudah, merupakan cara mudah untuk membersihkan microwave ini. Malah bau microwave pun harum segar semerbak lemon.
This is how I deep clean the microwave. Please excuse the inside my microwave okay.
I still guna cara ni everytime nak bersihkan microwave. Suka! sebab nanti bau segar and fresh je. I tak de sukatan,main letak je.
Sebiji Lemon
Cuka Makan
Sabun Cuci Pinggan
Air Secukupnya
Kain Lap
1.Potong lemon dan perah jusnya. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk kaca.
2. Masukkan pula air dan cuka secukupnya.
3. Titiskan sedikit sabun pencuci pinggan.
4. Kemudian panaskan dalam microwave untuk 3 minit.
5. Bila dah tamat 3 minit jangan terus buka. Tunggu sekejap bagi wap dia merebak, kemudian baru boleh buka dan lap!
Siap! Selamat Mencuba.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Mesti Baca:Panaskan Makanan Dalam Microwave BUKAN Penyebab Kanser!
Baca Lagi Di Sini:Microwave Berasap, Meletup Keluar ‘Spark’, Tukar “MICA SHEET” Modal Tak Sampai RM10!
Artikel Menarik:Cara Mudah Bersihkan & Wangikan Microwave Hanya Guna 2 Bahan!
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang nak bersihkan microwave dengan cara yang mudah boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Microwave bukan sahaja bersih malah semerbak harum segar bau lemon.
Sumber:Instagram ainasyafiqka
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.