Guna BOTOL KOSONG, Kumpul Habuk Berterabur Semasa Tebuk Lubang Dinding!

Share

Biasanya kalau setiap kali kita tebuk dinding guna drill (gerudi) akan menyebabkan habuk berterbangan, berterabur jatuh ke lantai. Habis berhabuk satu rumah. Ada juga yang gunakan vacuum sewaktu drill, namun akibatnya vacuum mudah rosak sebab tersumbat dengan habuk-habuk. Sebenarnya kita boleh kurangkan habuk bertaburan di lantai dengan gunakan botol mineral kosong seperti yang dikongsikan oleh Encik Fizi Husain

ini.

Ikut tip ini tak payah nak sapu atau bersihkan lantai dengan habuk banyak selepas drill lagi. Lebih mudah dan jimat masa, sebab habuk semua berkumpul dan kurang berterabur.

“Saje share, cara kerja bersih sikit.Nak beli alatnya mahal, sebelum ni letak vakum bawah tu sambil tebuk.Pakat DIY je mudah. Peratus habuk tu dapatlah dikurangkan 80 peratus dari jatuh. Yang ada 20 peratus tu kat dalam lubang, atas lantai.”

Bahan Diperlukan:

Botol Mineral Kosong (saiz 500ml)
Pisau/Gunting

Cara Membuat:

1. Buang plastik minuman pada botol plastik yang kosong.
2. Potong separuh dan secara menyerong seperti dalam gambar.
3. Tebuk lubang pada bahagian atas botol dan masukkan mata gerudi.
4. Halakan pada dinding yang ingin ditebuk dan pastikan botolnya elok melekap bagi mengelakkan habuk jatuh berterabur.

Siap! Selamat Mencuba.

Baca Lagi Di Sini:

Tip Tebuk Dinding, Tak Payah Nak Sapu Atau Bersihkan Lantai Lepas Drill!

Microwave Berasap, Meletup Keluar ‘Spark’, Tukar “MICA SHEET” Modal Tak Sampai RM10!

Kipas Pusing Perlahan, Repair Sendiri Tukar Capacitor Kos RM5 Je!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ikut tip yang dikongsikan ini semoga dapat kurangkan habuk yang jatuh ke lantai. Jadi tak perlu beria kita nak sapu dan bersihkan lantai lagi. Selamat Mencuba!

Sumber: Fizi Husain

Published by
Suhaidah Abd Wahab