Bila bercakap usia, wanita cukup sensitif. Sebab ada yang tidak suka bila ditanya tentang umur. Maklum sahaja, silap teka daripada usia sebenar, boleh sentap. Berlainan pula, kalau teka usia itu lebih muda daripada wajah sebenar. Mahu tak bangga.

Dengan keadaan sekarang ini, pelbagai cara yang boleh digunakan untuk memastikan diri sentiasa kelihatan muda dan glowing. Bagi yang ‘berduit’ boleh saja ke pusat-pusat kecantikan untuk mendapatkan rawatan.

Namun, kena perlu membazir sebab masih ada cara yang murah untuk kulit wajah berseri dan tidak berkedut. Bahan asas di dapur sudah cukup untuk membantu. Jimat tapi kenalah tahu bahan apa yang digunakan.

Perkongsian daripada Ana Mahabu ini boleh anda mencuba. Tidak perlu berbelanja beratus ringgit mahupun beribu ringgit untuk mendapatkan kulit wajah cantik berseri dan tidak berkedut. Guna saja dua bahan asas ini.

Baca Artikel Menarik Di Sini: Pakai Inai Sapu MINYAK ANGIN. Tak Payah Tumbuk, Merah Dan Cantik Lagi

Cubalah Ambil 8 Makanan Terbaik Ini, Pasti Kulit Cantik & Sihat!

IKLAN

Info Lebih Menarik DI SINI

Jadikan Kulit Wajah Glowing

Akhirnya ada cara murah untuk jadikan wajah glowing hingga anti kedutan, cukup ramuan baking soda campur minyak kelapa.

Manfaat minyak kelapa untuk kulit

Minyak kelapa adalah minyak asli yang sangat baik untuk melembabkan semua jenis kulit, termasuk kulit kering. Tidak ada kemungkinan memiliki efek samping pada kulit dari penggunaan minyak kelapa.

Oleh kerana itu, ia dianggap sebagai solusi yang sangat baik untuk mencegah kulit kering dan terkelupas. Minyak kelapa juga membantu untuk menunda munculnya keriutan dan kulit yang kendur, yang biasanya disertai penuaan.

IKLAN

Kegunaan baking soda untuk kulit

Baking soda secara mengejutkan merupakan bahan pengelupas yang sangat baik yang dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati. Baking soda juga dapat menyeimbangkan tingkat pH kulit.

Campuran baking soda dan minyak kelapa untuk kulit

Cukup campur soda kuih dan minyak kedalam air, sapukan pasta tersebut kekulit. Bahan ini adalah amalan yang sangat berguna bahkan pada kulit sensitif. Setelah ditempelkan pada kulit, anda boleh gosok wajah secara lembut, kemudian bilas dengan air suam kuku. Perhatikan, jangan biarkan pasta baking soda dan minyak kelapa ini ada di wajah lebih dari lima minit.

Menggunakan pasta baking soda dan minyak kelapa boleh menghilangkah bekas luka, jerawat, kotoran minyak berlebih dan kulit mati. Kebaikan menggunakan, ramuan ini, selesai mencuci wajah anda tak perlu lagi menggunakan pelembab kerana minyak kelapa sudah memberikan kelembapan semulajadi.

IKLAN

Baking soda dan madu

Sebelumnya mencampurkan baking soda dengan madu untuk memiliki manfaat yang lebih baik.

Madu membantu meremajakan dan melembapkan kulit. Sifat antibakteri dari madu diketahui boleh membantu mengubati jerawat juga mencerahkan kulit.

Caranya mudah, anda tinggal membuat pasta dengan mencampur soda kue dan madu tersebut. Sapukan ke seluruh wajah anda yang dibersihkan dan biarkan selama 5 minit. Anda boleh membilasnya setelah 5 minit dengan air biasa.

MW: Moga ia boleh membantu anda di luar sana. Selamat mencuba.

Sumber: Ana Mahabu

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI