Gulai memang disukai ramai kerana rasa pekat lemak santannya dan pedas. Dimakan pula dengan nasi putih panas-panas. Memang terangkat habis!
Bagi penggemar gulai kuning, kali ini dikongsikan dua lagi resipi iaitu Gulai Kuning Ikan Dan Terung serta Gulai Kuning Daging Salai. Waduh. Dengar nama pun buat terliur. Ha..apa lagi, kena lah cuba ye.
Kalau nak pedas, boleh tambah lagi jumlah cili padinya. Kalau nak kurang pedas, gantikan dengan cili merah besar. Terpulang kesukaan masing-masing. Kalau nak versi lebih sihat, boleh ganti santan ori dengan santan kotak. Cuma, kalau nak betul-betul kaw, memang kena guna santan ori lah ye.
Jom kita semak apa resipinya…
GULAI KUNING IKAN DAN TERUNG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ketul ikan merah
3 biji terung bulat – potong dua atau empat
1 liter santan
3 biji cili merah
3 biji bawang merah
Ads
2 biji bawang putih
3cm kunyit hidup
1 batang serai – ketuk
3 keping asam keping/gelugur
Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Tumbuk cili merah, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup hingga lumat.
Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama separuh santan dan serai. Didihkan hingga cili masak.
Masukkan ikan, terung, asam keping dan separuh lagi santan. Didihkan lagi hingga semua bahan sebati dan masak.
Tambah garam, lada sulah dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan. Boleh ganti ikan merah dengan ikan senangin, kurau atau kembung.
Masukkan bahan-bahan tumbuk bersama serai, serbuk kunyit dan separuh santan di dalam periuk. Didihkan hingga cili masak.
Masukkan daging salai, asam gelugur dan separuh lagi santan. Didihkan hingga semua bahan sebati. Gunakan api perlahan agar tak pecah minyak. Jika suka boleh tambah belimbing buluh atau terung pipit.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan dengan nasi putih panas.
Sumber: Rasa
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nasi Dagang antara hidangan yang cukup popular bagi negeri-negeri di Pantai Timur.Nasi beras pulut beraroma dimakan bersama gulai Ikan Aya atau dikenali Ikan Tongkol disamping Acar Timun. Memang sedap. Nak dapatkan tekstur nasi elok cantik berderai, kena guna beras Basmathi campur beras pulut sikit.
Nak masak sendiri di rumah, boleh cuba resipi lengkap Nasi Dagang Terengganu yang dikongsikan oleh Puan Haadii Nadiaini.
Percubaan buat Nasi Dagang Terengganu entah kali ke berapa, kali ni nasi elok cantik (masuk bakul,angkat sendiri) cuma gulai je sedikit cair yang penting suami cakap sedap.
Cara saya buat nasi dagang (mudah je)
Bahan-Bahan:
2 pot Beras basmathi (saya guna beras basmathi Pusaking Cap Rambutan)
2 sudu Beras pulut saya guna cuma 2 sudu (saya tak suka sangat rasa berpulut jadi saya kurangkan,jadi kalau suka berpulut boleh tambah sukatan)
*bahan-bahan atas ni rendam 1-2 jam, saya rendam 1 jam.
Halia mayang halus
Bawang merah mayang halus
Santan(saya guna santan M.S setengah kotak)
garam
gula
2 sudu besar halba
Cara Membuat:
1. Kukus beras + beras pulut sampai separuh masak.
2. Letak beras + beras pulut yang dikukus separuh masak tadi dalam bekas/besen (lagi besar lagi elok),ketepikan.
3. Kemudian, dalam mangkuk masukkan santan, halia, bawang, halba, gula, garam dan kacau sampai sebati. Selepas tu masukkan ke dalam bekas/besen berisi beras+beras pulut tadi. Kemudian gaul sampai rata/sebati. Gaul perlahan-lahan untuk elakkan nasi patah.
4. Kukus lagi sekali sehingga masak, kemudian letak dalam bekas dialas daun pisang, tekan-tekan sedikit biar mampat. Tutup dengan daun pisang,sedia di hidang.
Gulai Nasi Dagang:
Bahan-Bahan:
Ika Aya/Tongkol
* Rebus ikan aya/tongkol, air tu biar tenggelam ikan bersama asam keping, garam. Rebus sampai air sedikit kering dengan api perlahan.
11 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
seinci halia
cili kering segengam (direbus)
* kisar semua
Rempah Kari Ikan adabi (plastik biru 1 paket kecil)
Rempah gulai cap bunga rose (1 paket kecil)
2 kotak santan (Saya guna M.S size kecil)
Air
Asam keping
Gula nisang/kerek/melaka
Garam
ciliapi merah dan hijau
Cara Membuat:
1. Letakkan minyak agak banyak dalam kuali untuk menumis, tunggu minyak panas baru masukkan bahan kisar, rempah kari ikan adabi dan rempah gulai cap rose, sedikit air bersama gula nisang (saya guna nisang separuh kerek).
2. Tumis sampai pecah minyak dan kering. Saya ulang step ni 3 kali. Kering, tambah air (ni kalau nak tambah air rebusan ikan pun boleh, saya tak buat sebab saya takut masam, saya tak suka gulai masam)ulang 3 kali sampai rempah kering/pecah minyak, jangan hangit pula)api sederhana ye. Ketepikan.
3.Selepas itu dalam periuk, masukkan santan 2 kotak dan sedikit air (sukatan air saya masukkan air dalam kotak santan M.S size kecik),kemudian masukkan bahan yang ditumis tadi dalam periuk berisi santan. Buka api, kacau sampai sebati, masukkan garam, asam keping, ikan yang direbus,cilipadi hijau dan merah. Masak sampai kuah pekat dengan api perlahan. Siap!
Acar Timun
Bahan-Bahan:
Timun (Potong bulat-bulat,lepas tu belah 4, buang biji. Hiris halus-halus). Saya suka halus-halus, kalau kasar tak cantik dimata saya haha.
Lobak merah pun potong bulat-bulat lepas tu hiris halus.
2 biji bawang merah (hiris halus)
1 biji Lada besar buang biji (hiris halus)
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
3 sudu besar cuka
Cara Membuat:
Gaul semua bagi sebati,siap.
Cara Rebus Telur, Kuning tak keras, cantik oren
1. Didihkan air agak-agak tenggelam telur (telur suhu bilik)
2. Selepas air mendidih, masukkan telur slow-slow tak nak bagi dia retak, set masa 6 minit.
3. Selepas 6 minit tutup api dapur. Biarkan lagi dalam periuk 3 minit.
4. Selapas tu cepat-cepat angkat alirkan bawah air paip. Kupas ketika masih panas di bawah air mengalir.
**Saya dah share resepi, harap membantu. Nanti buat la ye. Saya tak mintak banyak, cuma mintak doa dari puan-puan semua agar anak saya yang speech delay dapat sebut perkataan dengan jelas. Sekarang dah 6 tahun masih tak bercakap jelas. Terima kasih daun keladi.
MW: Menarik resipi Nasi Dagang Terengganu yang dikongsikan ini. Bagi peminat Nasi Dagang, kena cuba resipi ini. Memang sedap dan berbaloi buat sendiri. Pastikan guna beras basmathi campur beras pulut sikit, barulah nasinya elok cantik berderai.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Teringin nak makan tauhu tapi tak reti pula nak buat tauhu homemade. Masalahnya, bila nak beli di kedai, rasa kurang yakin dengan apa dengan kesahihah dan kebersihan penyediaan tauhu itu sendiri.
Nak buat tauhu homemade rasa macam leceh dan banyak cara penyediaan. Sedangkan belm cuba belum tahu. Cara ini jugalah membuatkan kita rasa yakin untuk makan. Dijamin kebersihannya.
Kali ini Mimi Ly berkonsi cara nak buat tauhu homemade di rumah. Bukan saja dijamin kebersihan tapi pelbagai jenis masakan boleh buat dengan tauhu ini.
Bila teringin nak makan tauhu, bolehlah buat sendiri.
1. Menjadi! Alhamdulillah puas hati buat sendiri. Simpan dalam peti ais di bahagian bawah dan bukan sejuk beku. Elak simpan dalam suhu bilik, nanti cepat rosak.
2. Letakkan 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu.
3. Gunakan dua helai kain napkin yang bersih atau kain putih yang belum pakai lagi.
4. Gunakan 2 bekas satu untuk bawah dan satu lagi di bahagian atas. Ini untuk memudahkan dan senangkan tauhu di tekan dan padat.
5. Ini petua yang biasa saya gunakan bagi nak hilangkan au pada bekas blander. Renam dengan serbuk kopi dan air panas. Kisar, terus hilang bau cili.
6. Rendamkan 1 kilo kacang soya semalaman. Kemudian cuci bersih dan tos kan air nya.
7. Cara nya:
Kisar kacang soya dengan air paip.
1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Kisar sekali saja.
8. Kemudian tapis dengan kain napkin tu. Bawahnya letak bekas untuk tampung air. Perah sehingga habis.
9. Masukkan dalam periuk besar air tapisan tadi. Kacau sentiasa biar sampai keluar bau dan berasap-asap. Jangan berhenti kacau untuk elak pecah. Tunggu 5 minit lagi, barulah tutup api. Biarkan ia suam.
10. Kemudain tapis untuk kali kedua. Barulah tauhu cantik dan lembut.
11. Selepas itu, masuk kan 10 sudu besar cuka makan. Kacau lagi sekejap dan tunggu hingga menjadi ketulan, dalam tempoh 15-20 minit.
Boleh gunakan GDL (serbuk tao fa untuk ganti kan cuka makan tadi.
60gm air suam
30gm GD, kacau sebati dengan air suam tadi. baru campur sekali dengan air tauhu
Info:
Pilih antara satu yang ada kat umah atau yang anda suka. Tapi jangan letak dua-dua sekali.
12. Siap kan bekas tapis tadi dan letakkan lagi kain napkin. Bawah tapis supaya senang air lebihan tahu tu menitis ke bawah.
13. Baru masuk kan bancuhan nyg dah menjadi ketul-ketul tadi..
14. Terus tutup elok-elok.
15. Kemudian lapikkan dengan bekas yang sama besar di bawah.
16. Dah siap.
Minguan Wanita ; Buat sendiri baru puas hati, dijamin kebersihan dan kita nak makan pun puas.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Buat penggemar ikan pekasam, tak perlu lauk lain, ini saja sudah mencukupi. Makan dengan nasi panas. Memang boleh bertambah-tambah nasinya.
Kalau di kampung-kampung, ikan pekasam ini salah satu hidangan yan mesti ada. Inilah pengikat dan penambah selera. Resipi warisan turun temurun daripada nenek moyang kita. Mungkin sesetengah tempat, cara nak membuatnya tidak sama.
Walau bagaimanapun, apa yang penting ikan pekasaM ini sangat sedap. Lebih-lebih lagi bila digoreng baunya saja sudah semerbak. Tambah dengan bawang dan cili potong, kecur air liru dibuatnya.
Tapi, ada juga sesetengah orang yang tidak makan, apatah lagi dengan baunya. Belum cuba belum tahu rasanya. Sekali dah rasa terus hilang apa yang bau busuk sebelum ini.
Membuat ikan pekasam, sebenarnya tidaklah susah. Sebab sebelum ini hanya orang tua-tua yang tahu cara nak buatnya; Ikan yang digunakan untuk pekasam pula tentulah ada yang guna ikan lampan, ikan puyu dan kebanyakan mestilah ikan sungai.
Jadi, buat penggemar ikan pekasam, bole cuba buat sendiri di rumah. Hanya guna 4 bahan saja, peram dan seminggu dah boleh goreng dan makan. Boleh cuba cara membuat ikan pekasam yang dikongsikan oleh Kudin Kickdafella ini.
Kalau balik kampung, memang seronok buat ikan pekasam. Siap ‘tapau’ bawa balik ke bandar lagi. Tak perlu lauk lain, makan panas-panas, goreng ikan dan masukkan bawang, lada merah atau hijau sebagai hiasan. Memang padu!
Bahan-bahan:
3kg ikan lampan (atau ikan sungai)
3 cawan beras
2 genggam garam kasar
Asam keping
Balang untuk simpan ikan.
Cara Membuat:
1. Masukkan beras ke dalam kuali.
2. Sangai atau goreng tanpa minyak sehingga bertukar keperangan.
3. Kemudian, kisar beras yang disangai tadi sehingga hancur. Jangan terlalu hancur sangat.
4. Bersihkan ikan lampan yang digunakan sebagai pekasam Buang sisik ikan supaya beras akan melekat pada badan ikan. Perapkan dengan garam kasar.
5. Peram semalaman. Tak perlu masukkan dalam peti ais. Hanya letakkan di luar dan tutup dengan penutup untuk elak lalat.
6. Keesokkannya bilas sedikit dengan air paip. Masukkan beras yang disangai. Gaul hingga sebati.
7. Pastikan semua ikan diselaputi dengan beras tersebut.
8. Sumbatkan juga beras ke dalam perut ikan.
9. Akhir sekali, masukkan ikan ke dalam balang. Selitkan 2-3 keping asam keping bagi setiap balang.
10. Pastikan balang ditututp rapat dan ketat. Simpan di tempat yang sesuai selama seminggu.
11. Selepas seminggu, boleh goreng dan rasa. Jika tidak cukup pekasamnya, biarkan lagi beberapa hari untuk sesuaikan dengan tekak kita.
12. Siap dan sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!
Mingguan Wanita : Tak perlu lauk lain dah. Menambah selera sangat ni.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...