Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi trending dengan ‘Gulai Ikan Mat Sabu’ selepas video bual bicaranya bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjadi viral. Begitu juga dengan video YB masuk dapur yang ramai dikongsi netizen.
Rupanya wanita ini, Zalina Yahaya terdetik dalam hati alangkah seronok kalau dia dapat original resepi dari Menteri Pertahanan tu. Barangkali sudah menjadi rezekinya, apa yang disebut dalam hati itu menjadi kenyataan. Dan dikongsikan agar orang lain pun boleh dapat merasa sama. Bezanya bukan air tangan YB lah, tapi air tangan sendiri dengan resepi YB Mat Sabu.
“Yahooo… dapat juga resepi gulai ikan YB Mat Sabu. Lepas tengok video Lim Guan Eng kata dia suka gulai ikan Mat Sabu hari tu, saya kata dalam hati, best ni kalau dapat resepi.”
“YB Mat Sabu pula orang Penang, sure sedap gila gulai dia. Saya post kat sini (di facebooknya) kelmarin tanya ada sesiapa yang rapat dengan YB. Saya nak resepi kari tu.”
“Alhamdulillah, sehari lepas tu Mamazieza Azizah Hassan wasap saya resepi tulisan tangan Menteri Pertahanan kita tu
.”Fuhhh… hari ni saya try. Lebih kurang sama dengan resepi yang biasa saya buat. Tak guna santan. Cuma air asam jawa. Bezanya, YB letakkan hirisan bawang besar selepas rempah garing. Ini akan menjadikan kuah lebih pekat dan sedap.
Okeh ini resepi kari YB yang saya buat balik. Saya guna ikan kerapu.
1. Tumis:
Hirisan bawang putih dan bawang merah.
Halba campur
Daun kari.
2. Masukkan rempah kari ikan Babas 2 bungkus (bancuh dengan air sedikit). Biar pecah minyak anggaran 5 minit.
3. Masukkan hirisan 2 biji bawang besar dan terung@bendi. Biar lembut anggaran 5 minit.
4. Masukkan air asam jawa (saya guna 3/4 sudu the asam jawsa Adabi + 1 mangkuk kecik air. Jika suka kari lebih cair tambah air dan asam)
5. Masukkan ikan. Biar gelegak. Masukkan Garam dan perasa ikan bilis Norr..Siappp.
Kata Puan Zalina, sambil memasak dia akan ditemani si bulus. “Budak tu adalah peneman saya setiap hari bila saya di dapur. hari-hari biasa pun macam tu. Kalau nak sapu dan mop lantai kena angkat dia.”
Sumber/Foto : Zalina Yahaya