Arwah dikatakan telah membeli dua biji gula-gula gummy mata itu sebelum sesi kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth. Malangnya, selepas memakan gula-gula kenyal itu, arwah Fahmi dilaporkan tercekik sebelum rebah dan ketika menerima rawatan, arwah dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang.
Gula-Gula Gummy Bebas Dijual Di Pasaran
Ternyata kes menimpa adik Fahmi turut membuatkan ibu bapa lain berasa gusar apa yang dibeli oleh anak-anak mereka ketika sesi persekolahan. Rupanya, tak hanya gula-gula gummy mata tapi ada bebeberapa jenis makanan ringan viral lain yang boleh merisikokan anak tercekik ketika memakannya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Kanak-kanak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Bahaya Risiko Tercekik, KKM Beri Amaran KONJAK JELI Tak Sesuai Anak Bawah Umur 3 Tahun!
Anak Tercekik Secara Tiba-Tiba, Lakukan Langkah Ini,Jangan Pula Panik! Risiko Tercekik Bagi Kanak-Kanak
Sewajarnya mak ayah berkongsi dengan anak-anak apa yang sesuai dibeli dan tidak bagi mengelak risiko anak-anak tercekik gula-gula getah kenyal ini di masa depan.
Jelly berbentuk bulat yang sering dimakan dengan cara disedut terus ke dalam mulut boleh menyebabkan tersedak jika tidak dikawal dengan betul.
Sejenis jelly dalam tiub plastik yang perlu dipicit masuk ke dalam mulut. Jika dimakan terlalu cepat, ia boleh terus masuk ke tekak dan menyekat saluran pernafasan.
Melekit dan cepat mengembang apabila terkena air liur, menjadikannya sukar untuk ditelan dengan selamat.
Sejenis gummy berbentuk cincin yang kenyal dan sukar dikunyah sepenuhnya, boleh menyebabkan tercekik jika ditelan dalam saiz besar.