Berita

Graduan Perempuan Orang Asli Suku Temiar Peroleh Diploma Kejuruteraan Awam

Share

Graduan perempuan orang asli suku Temiar peroleh diploma kejuruteraan awam. Seorang graduan perempuan Orang Asli dari Suku Temiar Siti Suwani Jali berjaya memperoleh Diploma Kejuruteraan Awam pada Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu.

Graduan Perempuan Orang Asli Suku Temiar Peroleh Diploma Kejuruteraan Awam

Siti Suwani, 24, berkata sebelum berjaya menamatkan pengajiannya, beliau hampir berhenti melanjutkan pelajaran di pusat pengajian itu, berikutan kerap kali terpaksa mengulang subjek.

“Semasa semester satu lagi saya mahu berhenti, kerana banyak subjek sukar untuk dipelajari, malah setiap kali saya tempuh cabaran mengulang subjek, setiap kali saya rasa mahu menyerah kalah dan berhenti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu ke-37 di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu.

Graduan dari Pos Pulat, Gua Musang itu berkata kejayaan itu dapat beliau capai, kerana ibunya yang menjadi pembakar semangat untuk beliau meneruskan pengajian.

Siti Suwani yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu berkata ibunya sentiasa meletakkan harapan tinggi untuk beliau menamatkan pengajiannya.

“Saya teruskan belajar dengan bantuan pensyarah dan rakan-rakan lain, yang sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar sehingga berjaya menamatkan pengajian ini,” katanya yang menerima biasiswa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Siti Suwani berkata beliau mengambil bidang berkenaan, kerana tidak ramai daripada kaumnya yang mengambil kejuruteraan awam untuk menyambung pengajian mereka.

“Kebiasaannya kaum kami (Orang Asli) melanjutkan pengajian dalam pendidikan, jadi saya mahu memartabatkan Orang Asli terutama wanita untuk rajin belajar, sekali gus mampu bersaing dengan kaum lain di negara ini,” katanya.

Pengarah Politeknik Kota Bharu Mohd Fikri Ismail berkata Siti Suwani antara graduan Orang Asli yang menerima diploma untuk konvokesyen kali ini.

Beliau berkata Siti Suwani mengikuti latihan industri di Majlis Daerah Gua Musang dan mendapat keputusan cemerlang.

“Kita sentiasa memberi dorangan kepada pelajar tanpa mengira kaum, malah dengan kejayaan Siti Suwani ini, kita harap ramai lagi Orang Asli terinspirasi untuk menyambung pengajian di sini dalam bidang kemahiran,” katanya.

Sumber: Bernama

Baca artikel lain juga: Anak Orang Asli PERTAMA Cemerlang Di Universiti Terkemuka Dunia, Genggam Ijazah Kelas Pertama!

Usah Perlekehkan Golongan Orang Asli, Mungkin Mereka Jauh Lebih Baik Dari Kita

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

IKLAN