GOSOK Kunyit Hidup Mujarab Atasi Sakit-Sakit Badan

Share

Bagi mak-mak yang sakit-sakit badan dan muka lesu boleh cuba gosok kunyit hidup. Ini petua bidan Orang Asli yang tinggal di Sungai Lembing, Pahang. Petua turun temurun yang sudah lama diamalkan masyarakat Orang Asli.

Melihat wanita Orang Asli sentiasa cergas, Pemilik Nur Jannah Spa, Rosnina Bakri, berguru dengan bidan Orang Asli. Banyak ilmu kecantikan dalaman yang diamalkan, bahan-bahan yang digunakan pun mudah sahaja.

GOSOK PADA SENDI Badan Yang Sakit

Bahan-bahannya, kunyit hidup, pucuk jambu batu dan beras. Tumbuk semua bahan ini, kemudian gaul sebati. Cara nak guna pun kena betul. Kata Rosnina, mulakan dengan bismilllah, niatkan dalam hati nak sihat zahir batin.

“Mandi dahulu sehingga badan bersih. Kemudian lumur lulur ini pada seluruh badan. Lepas tu, fokus pada sendi badan yang sakit. Urut bahagian badan yang bermasalah. Biarkan lulur hampir kering.

“Kemudian bilas badan dengan air sampai bersih. Ulang tiga hari berturut-turut, lakukan lulur pada waktu pagi. Jangan selang hari, mesti disiplin untuk dapatkan kesan yang terbaik,”ujar Rosnina.

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/lulur-magic-cerahkan-kulit-tanggalkan-daki-degil/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Badan Ringan, KULIT PUN JADI LEMBUT

Katanya lagi, dia sudah lama amalkan petua ini. Memang badan akan rasa ringan , kulit pun jadi lembut dan halus. Setiap bahan yang digunakan dalam lulur ini mempunyai khasiat untuk kecantikan dan kesihatan.

“Ini sebahagian ikhtiar kita untuk sihatkan badan dengan bahan-bahan alami. Tiada kesan sampingan. Amalkan selalu, insya-Allah anda akan rasa perubahan yang positif. Bukan orang perempuan ja, orang lelaki pun boleh amalkan lulur ini untuk atasi sakit-sakit badan. Cuma saya nak pesan, lulur ni sapu badan saja, jangan sapu muka ye. Takut ada yang kulit muka sensitif, naik jerawat pula,”ujar Rosnina.

Seperti petua orang lama, pucuk jambu dipercayai dapat membantu menghilangkan bau badan. Manakala beras pula dikatakan membantu menghaluskan kulit dan mencerahkan. Begitu juga dengan kunyit hidup yang digunakan secara meluas dalam industri spa terutama di Indonesia. Dikatakan kunyit hidup dapat membantu melambatkan penuaan, mengatasi kulit kering dan tumit pecah serta membuang sel kulit mati.

Bahan lulur ini mudah didapati, nak buat pun senang sangat. Eloklah mak-mak cuba, musim PKP ni memang badan rasa lemau semacam. Insya-Allah, amalkan lulur kunyit petua bidan Orang Asli ni. Badan akan lebih ringan dan cergas. Selamat mencuba!

Lulur Kunyit Hidup

Bahan-bahan:

4 cm kunyit hidup} ditumbuk hancur sehingga halus

½ genggam pucuk jambu batu} ditumbuk halus

1 genggam beras} ditumbuk kasar

Cara Membuat

1-Campurkan semua bahan ini, gaul sebati.

 

 

Published by
intan rohaizat