Gosok Kertas Pasir Dengan Axion, Mangkuk Tandas Bercapuk Bersih Berkilat Macam Baru! Bersihkan mangkuk tandas pun ada caranya dan perlu gunakan peralatan yang betul. Jika tidak hasilnya makin kotor, hitam bercapuk-capuk.
Dalam perkongsian di grup #kemasrumahwithhani, Puan Rosnai Ali ada kongsikan masalah mangkuk tandas yang jadi kotor dan hitam bercapuk-capuk. Ia gara-gara cucu yang membantu mencuci tandas menggunakan berus dawai ketika mencuci. Wanita ini meminta cadangan bagi menyelesaikan masalah yang dialami.
“Boleh tak puan-puan bagi cadangan, macamana saya nak buat dengan keadaan gini, sebab cucu tak guna span. Ada tak pencuci yang boleh bersihkan.”
Menerusi perkongsian di ruangan komen, ada yang memberikan pelbagai tip bagi menyelasaikan masalah mangkuk tandas kotor ini.
Antara cara berkesan dan mudah yang digunakan ialah dengan menggosok permukaan mangkuk tandas tersebut menggunakan kertas pasir dan pencuci pinggan Axion.
Alhamdulillah, tak sampai 12 jam problem settle, ramai yang bagi solution. Terima kasih semua. Saya ambil yang mudah dan barang ada di rumah iaitu Kertas pasir halus dan axion. Terima kasih yang bagi idea, saya dah tag nama penyumbang idea. Hasilnya … Taraaa.
Ternyata menggunakan kertas pasir dan pencuci pinggan Axion memang berkesan. Ia mampu menghilangkan kotoran kesan hitam bercapuk dan menjadikan mangkuk tandas putih bersih licin berkilat macam baru!
Semoga bermanfaat!
Mesti Baca:Cuci TUALA Putih Bersih Berseri, Guna NILA Jangan Letak Pelembut Kain!
Baca Lagi Di Sini:‘Make Up’ Tandas Guna Epoxy Paint,Kurangkan Licin,Tutup Lubang Mozek & Cantik!
Artikel Menarik:Air Tandas Perlahan, Tukar Kepala Paip Tembaga Air Laju Puas Hati!
Mingguan Wanita: Jadi jika mengalami mangkuk tandas hitam bercapuk-capuk macam ni, boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Gosok guna kertas pasir dan Axion sahaja, memang berkesan hasilnya, nampak putih bersih licin berkilat macam baru.
Sumber: Rosnai Ali
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.