Memang sedap makan ikan keli goreng garing dengan nasi panas-panas. Namun nak goreng ikan keli ni memang mencabar dan tak mudah kalau tak tahu caranya. Ikan ni mudah meletop, melekat dalam kuali, malah jadi tak cantik dan tak sedap, bila badannya bengkok dan tak rangup.

Mak-mak yang suka masak dan makan ikan keli, boleh cuba tip dan petua goreng ikan keli yang dikongsikan oleh Tukang Masak, Ayue Jalal ni.

Berikut perkongsian tersebut;

“Semalam ada ternampak post “bagaimana nak elak goreng ikan keli badan nya tak bengkok?” soalan yang bagus sebenarnya.

“Nak share sikit sebab hakak ni supply ikan keli goreng cili dekat cafe hampir setiap hari, masak sambil pejam mata aje tau.”

Goreng IKAN KELI Tak Meletup, Badannya Tak Bengkok, Rangup Krup Krap!

Tipsnya:

1. Pilih Saiz Sederhana

Pilih saiz ikan keli yang sederhana sebab kalau goreng bila makan krap krup krap rangup! kalau yang besar sangat kureng sikit.

2. Letak Asam Keping

Tips nak ikan keli rangup dan tak melekat sesama sendiri bila goreng
**sebelum masuk kan ikan goreng kan dulu asam keping dalam 2,3 keping, ia juga boleh mengelak kan dari MINYAK MELETUP, kalau takut juga pakai lah HELMET.
** lumurkan ikan dengan garam, serbuk kunyit dan TEPUNG JAGUNG, bahan tepung jagung lah yang menyedap/merangupkan ikan.

IKLAN

3. Kuali Besar & Minyak Banyak

Guna kuali yang besar dan minyak yang banyak serta minyak kena betul-betul panas.

4. Jangan Letak Banyak

Semasa goreng jangan terlalu banyak sangat letak keli tu, nanti lambat ikan nak masak sebab depa banyak “membawang” dalam tu, satu kuali dalam 4-5 ekor cukup susun bagi badan masing-masing tegak lepas tu jerit kuat-kuat.
“kowang duduk diam2 kat situ!!”

5. Guna Gunting

Jika ikan tu ada yang melekat sikit jangan lah ditarik terus acik oi , nanti isi-isi ikan terkoyak sekali, guna lah gunting untuk memisahkan nya, baru cantik.

Goreng IKAN KELI Tak Meletup, Badannya Tak Bengkok, Rangup Krup Krap!

IKLAN

Punca Ikan Jadi Bengkok

Yang membuat kan ikan tu goreng jadi bengkok adalah sebab

❌Ikan masih half beku lagi dah goreng.
❌Kuali kecik nau.
❌Minyak tak panas, dah tak menyabo nak letak ikan, macam lah ikan tu nak lari!
❌Atau ikan tu memang dilahirkan semulajadi oku mempunyai masalah tulang bengkok, siann tak dapatlah nak nolong.

Ikut je tips ni pasti berjaya. Kau jangan asyik nak bangkang. Jangan durhaka, goreng ikan je pun!
Sekian.

Info Ekstra!

  • Kalau ikan banyak lendir, cuci ikan bersih-bersih lumur kan ikan dengan tepung jagung untuk hilangkan lendir. Lepas tu bilas sikit baru lah letak garam kunyit dan tepung jagung.
  • Ikan kelar atau tak terpulang..kalau ikan saiz medium/kecil tak perlu kelar sangat, kecuali kalau saiz besar memang kena kelar untuk jadikan isi dalam rangup.

Resipi Ikan Keli Goreng Cili

Cili kampung hijau + cili merah + bawang putih semua blend kasar
+ hirisan bawang.
Tumis sampai naik minyak gula garam perasa, siap!

IKLAN

** kalau nak kurangkan pedas ganti cili merah tu kepada cili kering.

Sukatan semua agak-agak aje.

Goreng IKAN KELI Tak Meletup, Badannya Tak Bengkok, Rangup Krup Krap!

Baca Lagi Di Sini: Cara Sebenar Siang Ikan Keli, Kena Buang Darah Beku Barulah Tak Hanyir & Berbau Selepas Dimasak

MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang suka masak ikan keli boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Tak perlu lagi risau ikan berlendir susah nak cuci, melekat dan meletop dalam dalam kuali, paling penting badannya tak bengkok dan kekal rangup!

Sumber: Ayue Jalal

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI