Memang sedap makan ikan keli goreng garing dengan nasi panas-panas. Namun nak goreng ikan keli ni memang mencabar dan tak mudah kalau tak tahu caranya. Ikan ni mudah meletop, melekat dalam kuali, malah jadi tak cantik dan tak sedap, bila badannya bengkok dan tak rangup.
Mak-mak yang suka masak dan makan ikan keli, boleh cuba tip dan petua goreng ikan keli yang dikongsikan oleh Tukang Masak, Ayue Jalal ni.
Berikut perkongsian tersebut;
“Semalam ada ternampak post “bagaimana nak elak goreng ikan keli badan nya tak bengkok?” soalan yang bagus sebenarnya.
“Nak share sikit sebab hakak ni supply ikan keli goreng cili dekat cafe hampir setiap hari, masak sambil pejam mata aje tau.”
Tipsnya:
1. Pilih Saiz Sederhana
Pilih saiz ikan keli yang sederhana sebab kalau goreng bila makan krap krup krap rangup! kalau yang besar sangat kureng sikit.
Ads
2. Letak Asam Keping
Tips nak ikan keli rangup dan tak melekat sesama sendiri bila goreng
**sebelum masuk kan ikan goreng kan dulu asam keping dalam 2,3 keping, ia juga boleh mengelak kan dari MINYAK MELETUP, kalau takut juga pakai lah HELMET.
** lumurkan ikan dengan garam, serbuk kunyit dan TEPUNG JAGUNG, bahan tepung jagung lah yang menyedap/merangupkan ikan.
3. Kuali Besar & Minyak Banyak
Guna kuali yang besar dan minyak yang banyak serta minyak kena betul-betul panas.
4. Jangan Letak Banyak
Semasa goreng jangan terlalu banyak sangat letak keli tu, nanti lambat ikan nak masak sebab depa banyak “membawang” dalam tu, satu kuali dalam 4-5 ekor cukup susun bagi badan masing-masing tegak lepas tu jerit kuat-kuat.
“kowang duduk diam2 kat situ!!”
5. Guna Gunting
Jika ikan tu ada yang melekat sikit jangan lah ditarik terus acik oi , nanti isi-isi ikan terkoyak sekali, guna lah gunting untuk memisahkan nya, baru cantik.
Ads
Punca Ikan Jadi Bengkok
Yang membuat kan ikan tu goreng jadi bengkok adalah sebab
❌Ikan masih half beku lagi dah goreng.
❌Kuali kecik nau.
❌Minyak tak panas, dah tak menyabo nak letak ikan, macam lah ikan tu nak lari!
❌Atau ikan tu memang dilahirkan semulajadi oku mempunyai masalah tulang bengkok, siann tak dapatlah nak nolong.
Ikut je tips ni pasti berjaya. Kau jangan asyik nak bangkang. Jangan durhaka, goreng ikan je pun!
Sekian.
Info Ekstra!
Kalau ikan banyak lendir, cuci ikan bersih-bersih lumur kan ikan dengan tepung jagung untuk hilangkan lendir. Lepas tu bilas sikit baru lah letak garam kunyit dan tepung jagung.
Ikan kelar atau tak terpulang..kalau ikan saiz medium/kecil tak perlu kelar sangat, kecuali kalau saiz besar memang kena kelar untuk jadikan isi dalam rangup.
Resipi Ikan Keli Goreng Cili
Cili kampung hijau + cili merah + bawang putih semua blend kasar
+ hirisan bawang.
Tumis sampai naik minyak gula garam perasa, siap!
Ads
** kalau nak kurangkan pedas ganti cili merah tu kepada cili kering.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang suka masak ikan keli boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Tak perlu lagi risau ikan berlendir susah nak cuci, melekat dan meletop dalam dalam kuali, paling penting badannya tak bengkok dan kekal rangup!
Khas buat golongan mak-mak, antara air dan elektrik, mana satu anda rasa paling sengsara kalau bekalannya terputus??? Cer jawab, mungkin segelintir mak-mak lebih rela tak ada air daripada tiada elektrik. Saya pula memilih adalah lebih baik kedua-duanya tidak pernah terputus sesaat pun. Hahaha…
Sehari, dua ini mak-mak di sesetengah kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda resah apabila bekalan air terputus. Bekalan air yang pada awalnya dijangka hanya terganggu selama tiga hari menjadi episod ngeri apabila menjadi enam hari. Golongan ibu terutamabnya memiliki anak yang ramai dan masih kecil antara individu paling cemas ketika ini.
Terpandang sahaja air, ibarat nak berlari maklumlah di rumah masing-masing bekalan air hanya bergantun g kepada tangki dan juga air tadahan yang sedang menyusut.
Saya sendiri tidak terkecuali, walaupun sejak telah mempersiapkan diri menadah air sama ada untuk mandi dan air tapis untuk diminum dan masak, tetapi akhirnya tidak cukup juga untuk bekalan dua dewasa dan empat kanak-kanak kecil di rumah.
Walaupun sedari awal, aktiviti memasak dihentikan serta-merta bimbang air tadahan habis, itu belum dicatu bilangan gayung untuk mandi dan meminta suami mandi di pejabatnya sebelum pulang ke rumah. Hari pertama hingga ke tiga, segalanya berjalan lancar.
Tetapi menjelang hari ke empat apabila air tangki habis langsung, dan tatkala membuka pili, hanya bisikan angin sahaja kedengaran. Aku selaku ibu rumah terus cemas secemasnya. Paling bimbang bila air untuk cebukkan anak habis langsung dan air minum untuk buat susu anak pula habis. Ini antara stok wajib air simpanan.
Dalam berfikir-fikir panjang, akhirnya kami suami, isteri sepakat untuk mandi di masjid bersama anak-anak. Jadi air tadahan yang sedikit itu boleh disimpan untuk buang air dan sebagainya. Hari ini mungkin saya akan mandi dahulu sebelum balik rumah petang nanti. Jadi kuranglah bahagian seorang, kikiki.
Antara tip yang perlu anda lakukan apabila tak ada air di rumah.
1. Hentikan acara memasak di dapur, beli sahaja untuk jimatkan air.
2. Basuh baju di dobi sahaja, jangan mengada-ngada cuci di rumah.
3. Simpan air secukupnya termasuklah dalam tong besar untuk mandi dan buang air.
4. Simpan jua air dalam botol mineral untuk mudahkan anak anda membawanya ke sekolah.
5. Gunakan pinggan, mangkuk pakai buang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biasanya kalau kita baca resipi meskipun ada dinyatakan suhu tertentu namun tetap ditulis ‘suhu bergantung pada kesesuaian oven sendiri’. Ini kerana meskipun mempunyai ketetapan suhu tertentu namun setiap oven tak sama dan mempunyai tahap kepanasan berbeza. Kita sendiri kena tahu ‘rentak’ oven sendiri, barulah resipi tersebut menjadi!
Baca perkongsian tip daripada Puan Siti Zaleha Omar untuk mendapatkan suhu oven yang tepat.
“Saya nak share tips sikit untuk yang baru beli oven baru atau yang tak dapat lagi rentak oven sendiri. Sebelum ni oven saya susah nak dapat suhu yang sesuai. Kalau mana-mana resepi yang ada, mesti tak boleh follow suhu di resepi..kena ikot rentak suhu sendiri.”
Haritu try oven thermometer..and yes.. Suhu oven saya memang tinggi.Dah ada benda ni, Alhamdulillah..dah boleh ejas suhu sendiri. Oven brand CORNEL.
Saya setkan Oven 150°, tapi temperature dalam oven 180° dah. Yang tak dapat lagi suhu oven tu, try beli oven thermometer ni..saya beli rm6.90 ja dekat shopee.
Step:
Masukkan oven temperature.
Setkan masa 15 minit dan suhu 150°
Siap nanti,try tgk suhu di oven thermoter.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang ada beli oven baru dan masih belum dapat ‘rentak’ suhu oven sendiri bolehlah cari oven thermometer ni untuk dapatkan suhu yang tetap.
Memang sedih dah risau bila barang hilang. Lebih-lebih lagi jika barang berharga dan ada nilai sentimental tersendiri. Namun jika dah rezeki tidak kemana. Berkat membaca ayat pertama surah Yassin sebanyak 41 kali, cincin yang terjatuh dan tercicir di tempat letak kenderaan dapat dijumpai semula.
Ini yang dikongsikan di Instagram Maryamanatiyang merupakan sahabat baik kepada Datin Anne Ngasri yang juga pemilik Mamy Scarves By Bawal Exclusive.
Dalam perkongsian video tersebut, Datin Anne Ngasri terjatuh di kawasan ‘parking’ area kedai pemilik butik lebih 2 minggu. Sewaktu di kawasan parking tersebut, tergerak hati untuk mencari semula cincin yang tercicir tersebut sambil membaca ayat pertama surah Yassin sebanyak 41 kali. Berkat amalan ayat tersebut, cincin emas yang tercicir akhirnya dapat dijumpai semula.
Ada petua yang boleh diamalkan dalam mencari barang yang hilang ini boleh dijadikan panduan.
PETUA : CARI BARANG HILANG!!!
Sebenarnya dah banyak kali Mamy cuba petua ni memang jumpa balik. Ada jugak beberapa kali Mamy baca tak jumpa, pastu Mamy mintak Mak bacakan pastu doa untuk Mamy.
Ya Allah makbul ye makbul! Doa Mak sama kan. Pernah sekali tu handphone dah hilang sebulan lebih. Lepas beberapa hari Mak baca Yaaasin 41 kali ni lepas solat tengok-tengok HP tu ada depan pintu rumah. Selama ni tak perasan pon.
Kuasa Allah. Tapi kalau tak dapat jugak anggaplah bukan lagi rezeki kita at least kita dah usaha dan doa kan. Jangan lupa save and share petua ni dengan sedara mara ke kawan-kawan!
Semoga Allah sentiasa limpahkan rezeki yang baik yang berkat buat sahabatku yang baik ni @annengasri_official .
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...