Kalau anda seorang manusia beriman, di mana pun anda berada Allah pasti yang pertama ada di dalam hati. Ini kisah Pembantu Pustakawan, Puan Ummi Soffi Ijam yang menetapkan satu peraturan di dalam perpustakaan tempatnya mencari rezeki. Iaitu setiap anak-anak yang berkunjung ada peluang lakukan giliran imam.
Anak-anak yang berkunjung ke Perpustakaan Desa Taman Muhibbah, Sabak Bernam sebaik mendengar azan, line Internet akan ditutup. Ini kerana anak-anak ini akan mengambil wuduk dan wajib solat berjemaah.
Rutin ini dilakukan secara konsisten, bagi melentur keperibadian anak-anak yang datang berkunjung ke perpustakaan tempatnya bekerja. Mak-mak boleh ambil pendekatan yang wanita ini lakukan.
“Semua ini anak-anak yang datang ke library. Saya lantik beberapa orang sebagai sahabat perpustakaan. Biasanya sahabat perpustakaan ini yang akan mengajak teman-teman jom solat jemaah. Imam saya lantik seorang dua.
“Alhamdulillah, mereka seronok bergilir-gilir jadi imam. Sebabnya perpustakaan ini dekat dengan surau. Tak best, kalau dia orang asyik leka dengan komputer. Jadi lalai menunaikan tanggungjawab. Selalu juga dok membebel.”
“Tak adalah tip yang spesifik. Sejak kena tukar ke perpustakaan desa, bila tengok anak-anak ini leka bermain komputer hingga mengabaikan waktu solat, naluri ibu… mungkin sebagai seorang ibu, pastinya saya nak yang terbaik buat anak-anak saya walaupun bukan anak sendiri.
“Tapi saya melihat, saya juga bertanggungjawab sedikit untuk mendidik anak-anak yang datang ke perpustakaan untuk menunaikan solat. Awal-awal dulu saya bagi nasihat. Alhamdulillah, anak-anak kat sini baik-baik, mahu dengar kata.
“Biasanya kat sini azan saja, saya tutup line Internet. No solat No Computer
.Yang Penting Konsisten
Biarpun usaha ini bukan sehari dua, yang penting adalah konsistensi. Contoh-contoh ini dapat dilihat daripada usaha Puan Ummi dan dikongsi dalam laman facebooknya.
Hari ini 8 anak lelaki Achik Ray solat berjemaah.
Memang diakui sangat mencabar menundukkan 8 anak lelaki untuk bersolat.
Alhamdulillah. Imam Hadif yang mengimamkan solat.
Nampak tak budak Adip paling muda berbaju kelabu biru tepi sekali. Dia ikut apa yg abg-abg buat. Terima kasih kepada Ayi selaku sahabat yang tolong beri peringatan. Achik Ray
pandang aje tadi. Kot-kot dia orang lupa. Sebagai ibu di sini, pastinya Achik Ray nak
yang terbaik buat anak-anak lelaki Achik Ray.
Hari ini diimamkan oleh Imam Hadif. My Best Sahabat untuk Solat Berjemaah.
Sedikit usaha, moga membantu Achik Ray di sana nanti . Alhamdulillah.
Hari ini khas untuk pengguna perempuan bersolat.
Jangan kata Achik Ray tak payung.
Ingat senang nak jadi ibu kpd 6 anak lelaki.
Serak suara Achik Ray tau. Ada yg lari ada yg menendang ada yg melompat ada yg main-main. Tabah Achik Ray. Solat tetap solat.
Alhamdulillah, hari ini anak-anak lelaki diimamkan oleh Imam Hud. Nampak Ibu terus solat, tak payah di suruh, terus semua pergi ambil air sembahyang.
Sangat penting seorang ibu mematuhi waktu solat. Kesannya kepada anak-anak juga.
Kisah anak lelaki ibu 7 orang hari ini.
Sayang anak ibu aka Achik Ray.
Sumber/Foto: Facebook Ummi Soffi Ijam