Gigihnya Zaman Belajar, Fizo Omar Berniaga Sebab Nak Tampung Bayar Kancil Turbo RM180 Sebulan!

Share

Nak belajar, nak kerja begitulah dilema yang dialami oleh pelakon, model dan pengacara kacak Fizo Omar sewaktu mengimbas kembali zaman dia bergelar mahasiswa.

Pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar ini merupakan pelajar lepasan Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, Perlis. Sewaktu menyambung pengajian, Fizo menerangkan dia beria-ia mahu memiliki kereta idaman pada waktu itu iaitu sebuah Kereta Kancil Turbo.

Gigihnya Zaman Belajar, Fizo Omar Berusaha Cari Duit Lebih

Namun bukanlah satu perkara mudah untuk dia memiliki kenderaan idamannya pada waktu itu, dek kerana arwah ayahnya mahu dia berusaha sendiri membayar wang ansuran bulanan kenderaan tersebut.

Sikapnya yang tidak mudah mengalah dan berusaha dalam mencapai sesuatu target akhirnya berjaya memiliki kereta tersebut walaupun pada waktu itu dia tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membayar wang ansuran. Ikuti perkongsian daripada Fizo Omar yang sememangnya memberi inspirasi buat anak muda pada hari ini.

RM 180 Tu Sebulan!! Mampu Ke Nak Bayar?

“Cerita dulu-dulu zaman abe joe belajar civil engineering kat UiTM Arau 2003-2007. Kancil turbo ni kira kete idaman lah masa tu, dan feeling dia masa tu rasa mcm bawa lambo beb! Pergi la tengok berkali-kali sebelum beli, harga RM16 000 tu masa tu, second hand je ye la mana ade duit student kan.

“Arwah ayah cakap, nak beli boleh, pikir lah macam mana nak buat loan dan bulan-bulan bayar sendiri. Mood happy campur marah lah masa tu, happy sebab dia bagi beli dan marah sebab macam mana aku nak bayar, tengah belajar kot bukan dah kerja. Last-last ok aku sahut cabaran! The deal is onzz!!!

PTPTN Hero Masa Tu

“PTPTN lah jadi HERO masa tu. Mak aku belanja down payment dan balance RM180 sebulan. Jap bukan aku bayar guna duit PTPTN tau. Baca dulu OK.

“Masuk je duit PTPTN, aku pergi buka company enterprise buat modal. Macam-macam bisnes aku buat masa kat Arau dulu sebab nak bayar RM180 sebulan untuk kete ‘lambo’ aku ni.

Malam Jual Nasi Lemak

“Malam aku jual nasi lemak, untung 20 sen je sebungkus, pastu depan bilik hostel jual air tin, dapartlah skupang dua, dan guna water heater masak hot dog calit sos sikit pastu jalan.

“Balik Kelantan saja je, aku pergi cari barang-barang bundle, kasut, seluar dan baju yang tengah in masa tu dan jual kepada geng-geng student. Semua sales dan untung yang aku dapat aku masukkan ke akaun enterprise tu supaya transaction tu nampak hensem. Sekali dengan bangganya aku pergi submit loan nak beli si hijau ni. Lepas beb!! Feeling dia macam dah grad dapat degree tu! Hahahha.

Beli Sebiji Lagi Perodua Kancil

“So bila akaun aku cantik, aku lepas beli sebiji lagi Perodua Kancil ni dan aku buat sewa kereta pula kat uni. Bisnes lain continue mcm biasa. Sebenarnya aku nak cari RM180 je sebulan at first, tapi bila ko ‘ghairah’ bukan setakat tu je ko boleh dapat, more than that! Rezeki Allah luas beb, dia nak tengok sejauh mana ko nak dan ko sanggup tak berusaha, tu je!

“Dah dapat lebih tu, boleh la aku share sikit dengn mak ayah aku kat kampung, tak payah tunggu dapat kerja gaji besar baru mak ayah boleh merasa. Sebab kalau nak tunggu duit banyak, takkan cukup brader, lagi besar gaji ko lagi besar selera ko. Kan?

Arwah Ayah Pesan Mula Dari Bawah

“So apa-apa pun nak kredit to @instaptptn sebab dengan duit tu la aku buat modal dan rolling bisnes aku masa study dulu.
“Arwah ayah selalu cakap, kalau nak jadi jutawan, jangan mimpi la kalau tak pernah merasa untung bersen-sen. Mula dari bawah, biar kecil-kecil dulu,” tulis Fizo Omar.

Fizo bersama anak kesayangannya.

Baca Disini Juga: 

Sejuk Perut Ibu Mengandung, Fizo Omar Hadiahkan Ibu Basikal Elektrik Mudah Ke Surau

“Nikmat Sebagai Seorang AYAH, Tak Dapat Dibeli Dengan Nilai Wang Ringgit,” Fizo

Fizo Paling Takut, Bila Ambil Mariam Tak Nak Ikut, Dihantar Menangis

Begitulah perkongsian dari Fizo Omar yang cukup memberi inspirasi kepada golongan muda terutamanya pelajar. Kalau berhasrat untuk berjaya, maka kita kena usaha untuk meraihnya. Segala sesuatu itu awalnya sulit sebelum menjadi mudah, bersabarlah.

Sumber/Sumber Foto: Facebook Fizo Omar

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh