Nak belajar, nak kerja begitulah dilema yang dialami oleh pelakon, model dan pengacara kacak Fizo Omar sewaktu mengimbas kembali zaman dia bergelar mahasiswa.
Pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar ini merupakan pelajar lepasan Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, Perlis. Sewaktu menyambung pengajian, Fizo menerangkan dia beria-ia mahu memiliki kereta idaman pada waktu itu iaitu sebuah Kereta Kancil Turbo.
Gigihnya Zaman Belajar, Fizo Omar Berusaha Cari Duit Lebih
Namun bukanlah satu perkara mudah untuk dia memiliki kenderaan idamannya pada waktu itu, dek kerana arwah ayahnya mahu dia berusaha sendiri membayar wang ansuran bulanan kenderaan tersebut.
Sikapnya yang tidak mudah mengalah dan berusaha dalam mencapai sesuatu target akhirnya berjaya memiliki kereta tersebut walaupun pada waktu itu dia tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membayar wang ansuran. Ikuti perkongsian daripada Fizo Omar yang sememangnya memberi inspirasi buat anak muda pada hari ini.
RM 180 Tu Sebulan!! Mampu Ke Nak Bayar?
“Cerita dulu-dulu zaman abe joe belajar civil engineering kat UiTM Arau 2003-2007. Kancil turbo ni kira kete idaman lah masa tu, dan feeling dia masa tu rasa mcm bawa lambo beb! Pergi la tengok berkali-kali sebelum beli, harga RM16 000 tu masa tu, second hand je ye la mana ade duit student kan.
Ads
“Arwah ayah cakap, nak beli boleh, pikir lah macam mana nak buat loan dan bulan-bulan bayar sendiri. Mood happy campur marah lah masa tu, happy sebab dia bagi beli dan marah sebab macam mana aku nak bayar, tengah belajar kot bukan dah kerja. Last-last ok aku sahut cabaran! The deal is onzz!!!
PTPTN Hero Masa Tu
“PTPTN lah jadi HERO masa tu. Mak aku belanja down payment dan balance RM180 sebulan. Jap bukan aku bayar guna duit PTPTN tau. Baca dulu OK.
“Masuk je duit PTPTN, aku pergi buka company enterprise buat modal. Macam-macam bisnes aku buat masa kat Arau dulu sebab nak bayar RM180 sebulan untuk kete ‘lambo’ aku ni.
Malam Jual Nasi Lemak
“Malam aku jual nasi lemak, untung 20 sen je sebungkus, pastu depan bilik hostel jual air tin, dapartlah skupang dua, dan guna water heater masak hot dog calit sos sikit pastu jalan.
“Balik Kelantan saja je, aku pergi cari barang-barang bundle, kasut, seluar dan baju yang tengah in masa tu dan jual kepada geng-geng student. Semua sales dan untung yang aku dapat aku masukkan ke akaun enterprise tu supaya transaction tu nampak hensem. Sekali dengan bangganya aku pergi submit loan nak beli si hijau ni. Lepas beb!! Feeling dia macam dah grad dapat degree tu! Hahahha.
Ads
Beli Sebiji Lagi Perodua Kancil
“So bila akaun aku cantik, aku lepas beli sebiji lagi Perodua Kancil ni dan aku buat sewa kereta pula kat uni. Bisnes lain continue mcm biasa. Sebenarnya aku nak cari RM180 je sebulan at first, tapi bila ko ‘ghairah’ bukan setakat tu je ko boleh dapat, more than that! Rezeki Allah luas beb, dia nak tengok sejauh mana ko nak dan ko sanggup tak berusaha, tu je!
“Dah dapat lebih tu, boleh la aku share sikit dengn mak ayah aku kat kampung, tak payah tunggu dapat kerja gaji besar baru mak ayah boleh merasa. Sebab kalau nak tunggu duit banyak, takkan cukup brader, lagi besar gaji ko lagi besar selera ko. Kan?
Arwah Ayah Pesan Mula Dari Bawah
“So apa-apa pun nak kredit to @instaptptn sebab dengan duit tu la aku buat modal dan rolling bisnes aku masa study dulu.
“Arwah ayah selalu cakap, kalau nak jadi jutawan, jangan mimpi la kalau tak pernah merasa untung bersen-sen. Mula dari bawah, biar kecil-kecil dulu,” tulis Fizo Omar.
Begitulah perkongsian dari Fizo Omar yang cukup memberi inspirasi kepada golongan muda terutamanya pelajar. Kalau berhasrat untuk berjaya, maka kita kena usaha untuk meraihnya. Segala sesuatu itu awalnya sulit sebelum menjadi mudah, bersabarlah.
Beto kemalangan, “isteri tak sedap hati”. Naluri seorang isteri sangat kuat terhadap suaminya. Jelas Beto Khusyairy ketika kemalangan dirinya tidak memberitahu isteri dek kerana berada di luar negara.
Sejurus selepas memberitahu, ketika kejadian isterinya bagaikan dapat berasakan sesuatu berlaku kerana tidak sedap hati dan termenung seorang diri dalam keadaan jantungnya yang berdegup laju.
Beto Kemalangan “Isteri Tidak Sedap Hati”
Seperti mana yang diketahui umum baru-baru ini pelakon Beto Khusyairy telah terlibat dalam kemalangan ketika menyertai konvoi motosikal Solidariti Wings Motogang Society ke Masjid Negeri Ipoh, Perak.
Namun pelakon itu sangat bersyukur kerana dirinya cuma mengalami cedera ringan. Malah dalam masa yang sama dia memanjatkan rasa kesyukuran juga apabila seorang lagi peserta konvoi yang dilaporkan kritikal sudah sedarkan diri.
“Saya dimaklumkan rakan mengalami kecederaan parah dan tidak sedarkan diri hampir seminggu. Namun, semalam dia sudah buka mata dan boleh duduk. Alhamdulillah.
“Saya pula tidak mengalami sebarang kecederaan teruk walaupun pada mulanya saya mensyaki ada bahagian anggota badan yang patah, tapi selepas menjalani ujian imbasan x-ray semuanya baik-baik saja.
“Cuma mengalami lebam di bahagian kiri badan,” ungkap Beto seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Isteri Berada Di Luar Negara
Pada waktu kejadian isterinya berada di luar negara. Beto tidak segera memaklumkan pada isterinya tentang kejadian namun selepas memastikan dirinya tidak apa-apa barulah dia menghubungi isteri. Malah Beto juga berasa sangat risau jika isterinya mengetahui berita tersebut lebih awal sebelum dirinya memaklumkan terlebih dahulu.
“Waktu kejadian isteri saya baru saja tiba di Geneva, Switzerland atas urusan kerja. Dia beritahu pada waktu itu dia tidak sedap hati sehinggakan dia duduk di hentian bas selama dua jam dan termenung seorang diri dalam keadaan jantungnya berdegup laju.
“Masa itu saya memang tak beritahu dia sebab nak pastikan saya tiada apa-apa. Selepas saya maklumkan saja, dia terus nak balik Malaysia, tapi saya tenangkan dia dan beritahu saya okey.
“Pada awalnya saya agak bimbang dan takut jika berita ini sampai lebih awal daripada saya. Tapi Alhamdulillah saya dah yakinkan dia, saya baik-baik saja,” sambungnya.
Isteri Hafidz, Shuhada Cedera Dipercayai Jadi Mangsa Pukul. Kemelut rumahtangga yang berlaku pada pelakon Hafidz Roshdi belum berakhir dan masih menjadi isu hangat.
Terbaru isteri kepada pelakon tersebut, Nurul Shuhada Mat Shukri mendapatkan rawatan di hospital dipercayai kerana dipukul.
Perkara tersebut diketahui apabila Shuhada sendiri memuat naik gambar dirinya dipercayai berkaitan kecederaan dialaminya.
Isteri Hafidz, Shuhada Cedera Dipercayai Jadi Mangsa Pukul
Menerusi beberapa hantaran berasingan dimuat naik dalam Instagram Stories, Shuhada memberitahu dia sedang menerima rawatan di hospital. Malah dia juga turut memuat naik gambar kecederaan pada wajah kiri yang didapati berbalut.
Menurut laporan Harian Metro, seorang ahli keluarga Shuhada yang enggan nama disiarkan mengesahkan Shuhada menjadi mangsa pukul.
“Ya, itu adalah Shuhada. Kejadian berlaku pada awal pagi. Mulanya berlaku pertengkaran dan dia ditumbuk tiga kali di muka.
“Selepas kejadian kami buat laporan polis dan bawa Shuhada ke hospital. Dia terpaksa menerima jahitan akibat luka pada muka.
“Kami juga melakukan pemeriksaan CT scan bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman.
“Shuhada juga sudah dibenarkan pulang dan tidak ditahan wad,” sambung sumber tersebut.
Shuhada Perlu Masa Untuk Berehat
Sumber berkenaan juga memaklumkan ibu kepada dua orang cahaya mata itu masih trauma.
“Shuhada masih terkesan dengan apa yang berlaku dan dia perlu masa berehat.
“Syukur keadaan kini stabil,” sambungnya.
Seperti yang diketahui umum ahli keluarga Shuhada mendakwa Hafidz melafazkan cerai menerusi panggilan telefon pada 22 Februari lalu.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pertama kali tengok little cottage dalam kebun ini, terus teruja nak kongsikan dengan pembaca. Awesome dan cantik sungguh. Paling unik bila, pondok kecil berkeluasan 22 x 10 kaki persegi ini dibina dalam kebun yang jauh dari bandar. Dekorasi hiasan dalaman pondok kecil dalam kebun ini memang menarik untuk dijadikan inspirasi.
Little Cottage dalam kebun ini tak mempunyai bilik tidur. Ruang dalamannya boleh memuatkan keluarga pemiliknya, Puan Yann Ariff dengan jumlah ahli keluarga seramai 7 beranak. Akuinya, sepanjang menyiapkan rumah ini mereka selamat daripada sebarang gangguan. Tentulah haiwan liar dalam hutan itu kan?
“Inilah little cottage kami bila balik berkebun. Walaupun kecil ada juga tempat berehat. Rangka binaan asas kami upah tukang untuk dirikan seperti dalam gambar.
Kebun ini jauh dari rumah kami di Kuala Lumpur. Jarang-jarang dapat berkebun. Ada masa nanti nak sambung bilik.
Pelantar depan rumah untuk lepak-lepak dan nak buat pagar kayu putih keliling rumah. In Sha Allah.
Pengalaman pertama menyiapkan rumah duduk dalam kebun yang gelap. Jiran-jiran pun jauh. Terpaksa bermalam di sini dengan pintu dan tingkap tak berpasang lengkap. Lagi scary.. Tapi Alhamdulillah kami selamat tanpa gangguan kenangan bersama anak-anak tersayang.
Wall paper, cat little cottage, pasang tingkap semua kami buat sendiri.Wiring dalam litte cottage ini pun suami buat sendiri menggunakankuasa generator selama setahun.
Pasang paip air dalam pondok kecil ini semua dibuat oleh ‘my hero.
Sentuhan Akhir Little Cottage Dalam Kebun Yang Awesome
Cantikkan hasil little cottage yang dah siap ini. Kreatif sungguh pemiliknya. Walaupun cuma little cottage dalam kebuh yang jauh dari bandar, dekorasi dan hiasan dalaman pondok kecil ini cukup menarik perhatian. Sekali gus menyuntik inspirasi buat mak-mak yang tengah tercari-cari idea menghias kediaman itu.
Sumber/Foto : Yann Ariff via Kelab Deco Deco Rumah (KDDR)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!