Gembiranya hati bila dapat pulang beraya bersama orang tua tersayang di kampung. Itu raya yang sebelum ini. Tapi, sedihnya bila kali ini tidak mampu berbuat demikian. Hanya kiriman doa dan kemaafan melalui telefon sahaja.
Sebelum ini, bukan sahaja kita dan keluar dapat berkumpul, bertabah meriah dengan masing-asing bersama-sama berganding bahu menyediakan juadah raya bersama adik beradik.
Ini antara perkongsian daripada Effy Sueffy tentang bagaimana kebahagian seorang anak dalam menyambut hari raya di perantauan dan menggembirakan orang tua dari jauh.
Kebahagiaan seorang anak di rantauan adalah apabila dapat membahagiakan ibu bapanya walaupun dari jauh. Sekalipun tidak dapat pulang beraya, masih ada beberapa cara untuk gembirakan ibu bapa di kampung.
1.Kerap menelefon (atau video call jika ibu bapa pun guna smartphone) untuk bertanya khabar mereka. Layan bercerita dalam 15 – 30 minit pun dah cukup membahagiakan.
2.Sesekali tempahkan juadah berbuka untuk ibu bapa. Boleh buat melalui aplikasi foodpanda, grabfood atau mana-mana penjual yang ada buat servis penghantaran.
3.Kirimkan kuih raya 1-2 jenis. Dapatlah mak berehat, tak perlu buat kuih raya banyak-banyak. Macam-macam pilihan kuih raya yang ada. Boleh pilih nak pos atau dihantar terus ke pagar rumah ibu bapa kita. Kirim kerepek, kekacang pun okay juga. Buat kudap-kudapan di hari raya nanti.
4.Belikan baju raya untuk ibu bapa. Ramai yang jual baju dah siap jahit. Sedondon pula. Mesti seronok mereka terima kiriman baju raya dari anak tercinta.
5.Kirimkan doa banyak-banyak untuk kesejahteraan mereka. Mintalah semoga Allah berikan kesihatan yang baik, hati yang bahagia serta ketenangan berpanjangan buat ibu bapa kita yang tersayang.
Ibu bapa kita, mereka jarang meminta. Selagi boleh mereka akan cuba untuk tidak ‘susahkan’ anak-anak.
Jadi sebagai anak, kita usahalah untuk memberi walau mereka tak pernah minta. Apa lagi yang boleh kita lakukan sebagai tanda kasih sayang kita kepada mereka, kan?
Cubalah, insya-Allah kita juga akan rasa sangat bahagia mendengar betapa gembiranya mereka menerima kiriman dari jauh.
MW: Di mana saja anak-anak berada, sentiasa doakan kesejahteraan mereka. Tanpa mereka siapalah kita.
Sumber: Effy Sueffy