Cinta Dalam Hati, Kekasih Gelapku, Demi Waktu, Tercipta Untukmu dan Andai Ku Tahu—- cukup menamakan lima lagu hit kumpulan popular Ungu yang meledak bukan hanya di negara kelahiran mereka Indonesia tapi juga Malaysia. Lagu-lagu hit ini tidak akan pernah dilupakan meski telah ada yang mencapai usia lebih 10 tahun.
Sifat malar segar dan mengundang nostalgia dalam setiap lagu yang dihasilkan malah selalu disifatkan punya kisah peribadi buat semua peminatnya membuatkan Ungu masih menjadi kugiran yang kemunculan mereka di atas panggung konsert selalu dinantikan.
Untuk menyuburkan nostalgia dan kecintaan terhadap Ungu, AKE Group selaku penaja manakala Icon Entertainment selaku penganjur dengan bangga membawa kugiran yang ditubuhkan pada 1996 di Jakarta ini kembali bertemu peminat di Malaysia.
Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless : begitu konsert yang akan berlangsung di Megastar Arena KL pada 25 Februari 2024 ini.
Kugiran yang dianggotai oleh Pasha (vokalis), Enda (gitar), Oncy (gitar), Makki (Bass), Rowman (dram) akan mengisi konsert dengan 1001 nostalgia dan kenangan baharu yang bakal dicipta.
“Kami sedar Ungu dan peminat di Malaysia sangat akrab dan penggemar di sini juga memainkan banyak peranan menyokong karier mereka sejak menembus pasaran di sini lebih satu dekad lalu.
“Oleh kerana itu, walaupun dalam perjalanan karier Ungu sudah melakukan banyak konsert atau persembahan di Malaysia namun kami di AKE Group tidak gentar membawa mereka kembali ke rumah kedua ini pada 25 Februari 2024.
Ads
“Istimewa kerana Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless akan menyaksikan kugiran popular ini mempersembahkan sekitar 30 lagu hits di sepanjang karier mereka khusus buat peminat semua,” ujar Dato’ Bakhtiar dari AKE Group secara amnya dan menaungi AKE Seni khusus untuk aktiviti seni kumpulan AKE. AKE Seni merupakan rakan kerjasama untuk konsert ini.
Ini merupakan penglibatan kedua AKE Group dan AKE Seni selepas muncul dengan Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi Opick & Sakti yang meninggalkan banyak momen bermanfaat dan manis buat khalayak yang hadir di Zepp Kuala Lumpur, 11 November lalu.
Ads
Menguatkan kenyataan diberikan AKE Group, Ungu yang memiliki lapan album studio dengan yang sulung dirakamkan pada tahun 2002 iaitu Laguku, beberapa album keagamaan yang cukup hit termasuk SurgaMu (2006) serta album runut bunyi sendiri berikrar untuk tampil maksimal pada Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless.
“Sangat senang untuk kembali konsert di Malaysia yang sudah ibarat seperti rumah kedua kami.
“Hasil perbincangan dengan penganjur Ungu akhirnya mencapai kata sepakat Ungu Live In Kuala Lumpur akan menyaksikan kami dengan 30 karya paling unggul yang pernah diciptakan Ungu akan dipersembahkan kepada peminat, Insya Allah.
“Seperti apa konsertnya nanti, Ungu berharap jangan sampai ada peminat yang melewatkannya (terlepas). Semoga kelak ia akan menjadi sebuah lagi konsert Ungu yang meninggalkan memori terbaik buat semua,” ujar Pasha.
Ads
Menurut Pasha, mereka bakal memedleykan lagu-lagu hits dari Malaysia dan Indonesia sebagai salah sebuah hadiah untuk para penonton kelak.
Untuk sama-sama meraikan Ungu dan 30 karya hits mereka, jangan sampai terlepas membeli tiket-tiket dengan harga RM138 (DEMI WAKTU, SEATING 2), RM218 (KEKASIH GELAPKU, SEATING 1) dan RM338 (TERCIPTA UNTUKMU, STANDING).
Kesemua kategori tiket boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline di 012 6530 700 menerusi Whatsapp.
Para penonton disarankan memakai salah satu aksesori, busana atau kasut berwarna UNGU bertepatan dengan konsep konsert ini kelak. Ini akan menambahkan keserian suasana malam itu kelak dengan limpahan warna Ungu yang bakal bertebaran di lokasi konsert.
Para pembeli tiket melalui MAYBANK bakal menerima diskaun sebanyak 10 peratus untuk pengguna kad debit manakala 12 peratus untuk pengguna kad kredit. Malayan Banking Berhad merupakan bank rasmi untuk konsert ini.
Manakala penerbangan rasmi pula ialah Malaysia Airlines rakan rasmi digital merupakan Astro Gempak serta rakan radio rasmi pula adalah Sinar FM, ERA fm, Zayan dan Gegar. Dan setelah mendapatkan tiket kalian, mari kita raikan Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless di Megastar Arena, KL pada 25 Februari 2024. Sampai jumpa semua!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Luahan Aeril buat air mata menitis. Benarlah ayah merupakan seorang insan yang begitu bermakna dalam dunia ini. Tanpa ayah, siapalah kita. Sememangnya sungguh mulia hati seorang insan yang bergelar ayah.
Sempena sambutan hari lahir anak kedua Aeril Zafrel telah mencoretkan sebuah luahan yang cukup menusuk kalbu buat anak perempuannya. Menerusi entri di Instagram, sempena hari lahir Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang ke-6 tahun Aeril mencurahkan rasa sayang dan cinta terhadap anaknya itu.
Luahan Aeril Buat Air Mata Menitis
Hati terusik dan hampir air mata menitis, tatkala membaca keseluruhan luahan yang ditulis oleh ayah kepada tiga orang anak ini. Pesanan suami kepada Wawa Zainal buat anak tersayangnya ini cukup bermakna dan menjadi pedoman.
“Bismillah… Ditulis catatan untuk masa depan ini buatmu sang puteri cinta hati ayah : HAYLA ADZKIYA di hari ulang tahun kelahiran yang ke-6.
“Saat datangnya kamu dalam hidup ayah dan mama di sisi abang Attar lebih menyempurnakan hari-hari kebahagiaan kami. Ayah bulatkan hati dan nekad mahu jadikan keluarga kita ‘Syurga Kecil’ di dunia yang tak kekal ini.
“Semoga semuanya jadi kenang-kenangan indah yang mengindahkan perjalanan hidup Hayla sampai bilapun. Sekurangnya, menjadi bukti dan saksi yang ayah mencuba menjadi seorang walid terbaik dalam membawa amanah Tuhan sebagai ketua dalam keluarga kita ini.
Mahu Hayla Bawa Dan Jaga ‘Hak’ ALLAH Sebaiknya
“Ayah mohon maaf seawalnya, jika selepas ini hingga Hayla berusia REMAJA ; ayah akan sedikit tegas dalam menjaga dan menuntun Hayla. Segalanya demi kasih sayang murni ayah dan ‘bekalan’ pada Hayla, meraih kejayaan dan keselamatan dunia akhirat. insyaALLAH.
“Kerna ayah mengerti, selepas usia remaja, masa untuk Hayla selalu bersama ayah dan mama akan makin berkurangan. Ayah redha semua itu nanti, tapi yang ayah bimbang dan TIDAK REDHA jika Hayla kelak ‘tertipu’ dengan permainan dunia dan ‘dipanggang’ dengan jilatan api neraka (Na’uzubillah).
“Jadi, ke mana pun Hayla pergi nanti, ayah mahu Hayla bawa dan jaga ‘hak’ ALLAH sebaiknya. Mahu berbuat apa pun, selalu bayangkan ayah dan mama – jangan pecahkan hati dan perasaan kami. insyaALLAH selamanya Hayla kan ‘ terjaga’ dan dicucuri rahmat kejayaan.
Yakin Satu Hari Nanti Hayla Mengerti Pesananan Ini
“Nanti ayah akan sambung catatan ini lagi…dan ayah yakin satu hari nanti Hayla akan membaca dan mengerti pesanan ini. Mungkin waktu itu ayah sudah tiada lagi tapi tolong buatkan ayah ‘bangga’ di hadapan Tuhan, punya anak solehah seperti Hayla.
“Demi ALLAH, ayahlah lelaki pertama yang sayang dan cinta seluhurnya kepadamu duhai puteriku. Selamat ulangtahun ke-6 sayang … Hayla Adzkiya!,” luah Aeril Zafrel.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Aeril Zafrel
Mingguan Wanita : Sweet lahai Aeril Zafrel. Memang ayah yang terbaik!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon jelita Faezah Elai yang mendirikan rumah tangga dengan pengarah terkenal Heykal Hanifah pada September 2011 dan hingga kini dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna, 7, dan Auroroa Heyrinna, 4 menerusi entri Instagramnya baru-baru ini meluahkan bergelar ibu tiri mempunyai cabaran tersendiri terutamanya apabila perlu berdepan dengan pelbagai persepsi umum dengan status tersebut.
Sebelum ini suaminya pernah mendirikan rumahtangga dan mempunyai tiga cahaya mata yang turut dijaga oleh Faezah. Tiga anak tirinya, Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.
Malah Faezah juga menerangkan bergelar ibu tiri bukanlah satu tugas yang mudah.
“Very long caption for Stepparents..
Being a stepmom is not an easy job..
Misunderstood by society,the roll receives little recognition..
If something goes wrong with ur stepchildren,u are the one to be blame.. Society will say “Dok ngan mak tiri,mcm tu lah.. mana sama mcm dok ngan mak sendiri..mesti stress ngan mak tiri la tu”
But if they succeed,all the credit will be given to the biological mother..
Depa akan kata “Look!! Even though she’s a single mom but she managed to educate her children.. how impressive!! Strong women!!” Walau hakikatnya anak2 dok ngan mak tiri..
Bukan Zaman Cinderella
“What kinda mentality is this?? Ni bukan zaman cinderella mak tiri buat naya kt anak tiri.. Its 2020!! Lani anak2 tiri lg byk korey drp mak tiri,silap sikit viral..
Dont get me wrong,i’m not talking about my life stories.. I’m blessed to have 3 stepchildren who are very understanding.. Yes.. indeed I have been taking care of my stepchildren since I got married..
I have a lot of respect for their mother’s feelings and because of that I never shared any pounds about my stepchildren because I was worried that their mother would be upset with them..
Stepmoms deserve the same respect a mother would receive,they pour all of their time,energy and love into a child that they didn’t even create..
So to all moms,if ur children have a stepmom that cares for them,u are one lucky mother!!
Free ur child from loyalty.. tell them its ok to love ur stepparent..bukan cucuk anak suruh benci tp hg tk bela anak hg,mak tiri yg bela..
So STEPMOMS remember this, anyone can be a mom.. it takes a fearless warrior to be a STEPMOTHER!!
BEING A MOTHER DOESNT REQUIRE BLOOD.. IT REQUIRES BEING THERE FOR SOMEONE U LOVE..
P/s : mak tiri,jaga lah anak2 tiri tanpa mengharapkan apa2 bila ampa dh tua.. buat lah dgn ikhlas sbb klu mengharap,nanti sendiri kiciwa..” ujar Faezah seperti yang dipetik menerusi entri Instagramnya.
Akui Faezah juga segala yang dikongsi oleh dirinya ini sebenarnya tidak ada kene mengena dengan kisah dirinya yang turut membesarkan tiga orang anak tiri. Malah Faezah juga kelihatan begitu bahagia dengan kehidupannya disamping suami dan dan anak-anak tercinta.
Ellie Suriaty tidak terkejut bekas suami mahu bernikah dalam masa terdekat. Begitulah yang diberitahu oleh pengarah dan pelakon yang baru saja berpisah dengan bekas suaminya, Azri Iskandar seperti mana yang dilaporkan.
Ellie Suriaty Akui Tidak Terkejut Bekas Suami Mahu Bernikah
Ellie dan Azri yang sah berpisah pada 17 Mei lalu menerusi Kosmo Online menjelaskan dirinya tidak terkejut dengan hal tersebut. Malah hatinya juga sudah nekad untuk menarik diri dari perkahwinan yang dibina selama 19 tahun.
Masing-masing juga sedang melalui proses edah selama tiga bulan yang akan berakhir pada 28 Ogos nanti.
“Tidak terkejut malah saya sudah boleh agak akan hal ini. Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri dari perkahwinan ini.
“Saya dah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain. Waktu saya failkan cerai pun, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan,” ungkap ibu kepada tiga orag anak itu.
“Hati Dia Bukan Dengan Saya Lagi”
Ellie juga menerangkan dia tidak kisah siapa pun wanita yang bakal dikahwini Azri.
“19 tahun saya bersamanya. Selama tempoh itu, kami telah melalui segala susah senang bersama.
“Bila ada perubahan dalam rumah tangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi” kongsi Ellie yang mahu memberi sepenuh perhatian pada anak-anak dan kerjaya seni.
Sebelum ini menerusi laporan portal berita Azri berkongsi berita gembira apabila bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita berstatus anak dara bernama Dr. Azra Diera.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...