Gelagat Tok Ram bersembang dengan Izzara curi perhatian warga maya, “Daddy dengan mummy 3 patah je sehari borak.” Telatah Tok Ram melayan anak perempuannya Nur Izzara menarik perhatian warga maya. Siapa sangka di sebalik ketegasan karakter Datuk Ramli MS, rupanya wujud sisi penyayang pada lelaki ini.
Gelagat Tok Ram Bersembang Dengan Izzara Curi Perhatian Warga Maya
Hampir 11 tahun melayari bahtera rumah tangga berdua, kini hadirnya Nur Izzara menyerikan kehidupan pasangan selebriti, Datuk Ramli MS dan Datin Alyah. Bagi mereka berdua, kehadiran si kecil itu upama satu rahmat buat rumah tangga mereka.
“Daddy Dengan Mummy 3 Patah Je Sehari Borak”
Melalui hantaran Datin Alyah dilaman Instagramnya, pelantun lagu Jutaan Purnama ini berkongsi momen bila mana suaminya Tok Ram rancak bersembang dengan Izzara.
PERAMAH DUA BERANAK NI. DADDY DENGAN MUMMY 3 PATAH JE SEHARI BORAK.- TULIS ALYAH.
Perkongsian Alyah ini telah menarik perhatian ramai warga maya. Ramai yang ‘terhibur’ dengan gelagat Tok Ram dan juga Izzara termasuk juga rakan selebriti.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Ads
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Setiap pasangan suami isteri ada cara tersendiri dalam berjimat dan menguruskan hal kewangan rumahtangga. Lebih-lebih lagi jika hanya seorang yang bekerja dan mempunyai pendapatan tunggal. Isteri memainkan peranan penting melakukan apa sahaja dan pelbagai cara supaya lebih berjimat dan tidak membazir.
Seorang isteri di Amerika Syarikat mengaku sikap kedekutnya seperti membasuh pakaian dengan menggunakan salji dicairkan dan mengenakan caj kepada suaminya sekiranya lelaki itu makan banyak bagi membolehkan dia berjimat sehingga ribuan dolar, lapor laman berita Mirror UK semalam.
Becky Guiles, 41, berkata, dia akan menggunakan apa sahaja yang percuma di dunia atau mendapatkan sesuatu pada kadar 90 peratus lebih murah.
Jimat Wang Secara Ekstrim
Guiles yang tinggal bersama suaminya, Jay dan dua orang anak berusia tujuh dan empat tahun berkata, dia menjadi kedekut dan mula menjimatkan wang secara ekstrem selepas berhenti kerja dengan pendapatan £25,000 (RM144,234) setahun untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
“Selepas melahirkan anak sulung saya, George, saya meninggalkan pekerjaan kerana mahu membesarkannya.
“Oleh itu, falsafah saya ialah mejimatkan duit adalah sama seperti mendapatkannya,” katanya.
Caj Makan Banyak
Guiles juga akan mengenakan caj kepada suaminya sekiranya lelaki itu makan lebih daripadanya.
“Contohnya, sekiranya kami memesan empat batang keju dan saya makan tiga daripadanya, Guiles akan meminta saya membayar 75 peratus daripada harga hidangan,” kata Jay.
Pada tahun pertama, pasangan itu berjaya menjimatkan wang yang sama dengan jumlah ‘kehilangan’ pendapatan Guiles.
Antara cara berjimat yang dilakukan wanita itu adalah mengutip salji di luar rumah yang digunakan untuk basuhan seperti membasuh baju, pinggan dan juga memberus gigi kerana enggan membayar kos air sinki.
Mingguan Wanita : Macam-macam cara dilakukan untuk berjimat lebih-lebih lagi jika hanya seorang yang bekerja dan ada sumber pendapatan. Berjimat dan tidak membazir tu tak salah, namun berpada-padalah iya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Menteri pendidikan sahkan wang sekolah disamun ada pelanggaran SOP, tiada kompromi jika cuai. Bantuan awal persekolahan RM150 yang sepatutnya diterima oleh pelajar sekolah rendah di Beranang berakhir dengan tragedi apabila kenderaan dimiliki oleh Guru Besarnya disamun selepas berhenti membeli minuman selepas mengeluarkan wang tersebut.
Isu ini mendapat perhatian ramai termasuk dari Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek yang memaklumkan wujudnya pelanggaran pengambilan wang berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) proses pengambilan wang tunai dari bank yang dilakukan seorang guru besar sebuah sekolah di Beranang, Kajang yang menjadi mangsa samun di Pekan Semenyih, semalam.
Menteri Pendidikan Sahkan Ada Pelanggaran SOP Wang Sekolah Disamun
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelanggaran itu membabitkan ketiadaan pengiring bersama guru berkenaan sama ada dalam kalangan guru lain atau polis sewaktu mengeluarkan wang tunai berjumlah RM109,000 yang diperuntukkan bagi bantuan awal persekolahan.
“SOP kewangan telah dilanggar sedangkan kita ada SOP yang cukup ketat iaitu jika membawa wang lebih dari RM10,000 mestilah ada pengiring, inikan pula satu jumlah yang cukup besar (RM109,000 yang hilang),” katanya kepada pemberita sewaktu lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor, di sini hari ini.
Tiada Kompromi Jika Cuai
Menurutnya lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu berkenaan yang dianggap serius dan bagaimanapun, laporan penuh siasatan daripada polis serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang ditunggu bagi menentukan tindakan susulan yang bersesuaian.
Sama ada kes berkenaan boleh dianggap sebagai kelalaian, beliau berkata ketika ini masih awal untuk disimpulkan selagi laporan penuh belum diterima pihaknya.
“Kita kena tunggu laporan daripada JPN Selangor secara keseluruhannya, saya tak boleh nak simpulkan selagi tak dapat laporan penuh JPN serta polis,” katanya.
Berdasarkan SOP tatacara pengeluaran wang tunai KPM, pengeluaran wang tunai dari bank oleh guru besar atau pengetua di bawah jumlah RM10,000 mesti diiringi dua guru lain dan bagi jumlah melebihi itu, adalah dinasihatkan mengambil langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan pengiring polis jika perlu.
Ditanya mengenai sama ada pelajar yang sepatutnya menerima wang bantuan berkenaan akan kekal memperolehnya apabila wang peruntukan yang hilang itu diganti semula oleh kementerian, Fadhlina sekadar memberi jaminan bahawa hak mesti dikembalikan kepada yang berhak.
“Kita jamin akan pastikan mereka (penerima bantuan) dapat hak mereka. Kita akan lihat apa prosesnya sebab untuk SOP kewangan ini kalau hilang sebab cuai dan sebagainya akan ada proses dia (yang tertentu).
“Untuk tindakan terhadap guru besar itu, kita serah kepada JPN dan polis sebagai jaminan bahawa kes ini sedag disiasat dengan teliti,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilapor berkata, pihaknya tidak mendapat permohonan pengiring daripada guru besar berusia 50 tahun berkenaan untuk tujuan pengeluaran wang yang hilang itu malah guru besar terbabit memberi alasan sudah biasa mengambil wang bantuan awal persekolahan tanpa pengiring pihak polis sejak 10 tahun lalu.
Wang bantuan berkenaan dikatakan dilarikan oleh penjenayah, semalam apabila difahamkan ia baru saja dikeluarkan oleh guru berkenaan dan meletaknya dalam beg yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan kereta sebelum cermin kenderaannya itu dipecahkan ketika pergi membeli minuman dalam tempoh kira-kira 10 minit.
Dalam perkembangan lain, Fadhlina mengumkan peruntukan RM150,000 kepada SK Chepor untuk penyelenggaraan dan pembaikan beberapa fasiliti sekolah seperti tandas serta tembok pagar sekolah serta RM400,000 kepada SK Seri Tanjung, Tanjung Rambutan yang dilawatinya sebelum itu juga bagi tujuan menyelenggara sekolah yang disifatkan daif itu.
Dari heel ke boot phua chu kang, tinggalkan dunia glamor kini jual ayam di pasar. Ramai di antara kita mungkin masih teragak-agak dalam membuat satu keputusan besar dalam hidup. Tapi kita akan rasa bahagia bila telah membuat satu keputusan tepat dalam hidup kita.
Isunya antara makan gaji atau bekerja sendiri. Jika makan gaji, walau ada masa sakit hati dengan suasana pejabat, rakan sekeliling yang toksid, bosan dengan rutin yang sama, selalu terkejar-kejar dengan masa dan lain-lain hal lagi tapi demi gaji yang sedikit dengan hutang yang masih banyak, ramai masih bekerja dan terus bekerja walau hati sudah tiada di pejabat.
Dari Heel Ke Boot Phua Chu Kang
Tapi bila bekerja sendiri, kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan. Kalau ada duit masuk hari-hari, syukur alhamdulillah. Tapi kalau tidak, itulah risiko harus dihadap dan terus buat kerja kerana kitalah bos pada diri sendiri.
Satu perkongsian di Tik Tok @makhayam atau nama sebenarnya Arina Zakaria boleh dijadikan inspirasi kepada wanita di luar sana untuk membuat satu pilihan tepat dalam urusan kehidupan dan kerjaya mereka.
Dari perkongsiannya, Arina memaklumkan lima tahun lalu dirinya adalah pegawai pemasaran di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu.
Kerjaya disandangnya sering membuatnya bertemu ramai orang yang hebat termasuk selebriti, VVIP, para Menteri, kadangkala dengan production tv. Ada waktu bisnes travel, sertai event besar-besar, pakai cantik-cantik bila ke pejabat tetapi dirinya membuat satu keputusan berbeza apabila meletak jawatan dan memilih membantu ibu mentuanya menjual ayam di pasar.
Dari heel ke boot. Kalau dulu pakai blazer tapi sekarang sarung apron. Seperti katanya, dulu pagi-pagi buka emel tapi sekarang buka plastic. Kalau dulu tulis to do list tapi sekarang tulis bil ayam. Kalau dulu round hotel dengar lagu jazz tapi sekarang round pasar dengar lagu dikir.
Ya, satu keputusan sangat berbeza dengan keselesaan pernah dilaluinya sebelum ini.
Rutin hidupnya turut berubah 100 peratus dan ternyata lebih tenang tatkala mendengar nasihat dari makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang juga sama berjualan di pasar Berek 12 dengannya berbanding dahulu perlu terkejar-kejar dengan masa.
Paling penting habis ayam dijual, kerja sudah habis dan tiada apa perlu difikirkan lagi.
Membalas pertanyaan dari orang bertanya tentang keputusan dibuatnya kerana mereka pernah melalui hal sama di mana gaji cecah sehingga RM4 k tapi masa tiada dengan keluarga, Arina memaklumkan dia melalui hal yang sama iaitu KETIADAAN MASA. Kadang tak terurus keluarga,” katanya.
Apa yang penting dalam kehidupan yang tidaklah terlalu panjang ini, setiap dari kita berhak memilih kebahagiaan buat diri sendiri. Moga mana yang masih membuat pilihan, jangan takut untuk berubah kerana rezeki datangnya dari Allah, bukan makhluk. Kita hanya perlu berusaha, doa dan terus tawakal atas setiap keputusan kita lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!