“Gayat Tolak Tepi Sebab Fokus Tugasan Kerja, Rasa PUAS Bila Dapat Selesaikan,” Maya Sidek

Share

 Gayat, mungkin inilah perkataan pertama yang akan keluar bila seseorang itu berada di tempat yang tinggi. Tapi tidak bagi wanita besi ini. Malah, tempat yang tinggi inilah tempat dia mencari rezeki.

Sebelum ini tular di media sosial tentang seorang wanita yang melakukan kerja di atas bangunan KLCC yang dikongsikan oleh seorang jurugambar, Siva Kumar. Rasa kagum bila melihat kerja yang sepatutnya di lakukan oleh seorang lelaki telah digalas oleh wanita yang masih muda lagi.

Kecil-kecil cili padi. Tentu semua tertanya-tanya kelibat wanita begitu fokus sebagai juruteknik akses tali yang biasanya didominasi oleh golongan lelaki.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Saya Tak Nak Menyesal…”, Sanggup Berhenti Kerja & Balik Kampung, Jaga Ibu Lumpuh

Kerja Bukanlah KEWAJIPAN Tapi Ada Sebab Isteri ‘Tak Berani’ Berhenti Kerja, Demi Keluarga

Gayat Hanya Awal-awal Kerja

Bukan calang-calang orang, Normalia Sidek, 30 tahun, atau dikenali dengan panggilan Maya bekerja sebagai Rope access NDT Technician.

Berkesempatan bertanyakan lebih lanjut tentang video tular yang beliau berada di puncak pencakar langit KLCC dengan ketinggian 452 meter itu dan keberaniannya dalam melawan gayat untuk laksanakan tugasnya.

“Bangunan pertama saya bekerja adalah 30 tingkat apartment untuk kerja-kerja maintenance. Pada awal kerjaya saya memang terasa gayat. Tapi sekarang dah biasa dan saya lebih fokus pada ‘task’ kerja yang diberikan.

Ditanya tentang keselamatan semasa merlakukan kerja tersebut, Maya turut menegaskan setiap kali bekerja dia perlu menggunakan 2 tali, satu working line dan satu lagi safety line.

Pilih Kerjaya Lelaki

Di sebalik rasa kagum, pasti ada juga suara-suara yang mengkritik. Kenapa perlu ceburi pekerjaan lelaki? Semua ini ditangkis oleh Maya. Baginya, dia memandang pada sudut positif, ketepikan apa yang orang kata.

“Zaman sekarang ini, lelaki pun ambil kerja chef di hotel-hotel. Jadi, tak perlulah nak nak mainkan isu jantina sebagai kayu pengukur.

“Bagi saya, jantina bukanlah isunya. Alhamdulillah setakat ini ketua atau Incas sangat berpuas hati dengan hasil kerja yan diberikan. Malah, kami bekerja dalam satu tim dan saling membantu antara satu sama lain,” katanya yang mengambil masa setengah jam untuk naik ke bangunan tinggi bagi menyiapkan tugasan diberi.

Rasa gembira, puas hati, malah sangat teruja bila dapat selesaikan tugas yang diberikan.

Suami Kerja Bidang Yang Sama

Bersama suami ketika bertugas. 

Kalau dah jodoh. Maya turut bertemu jodoh dengan suami, Abdul Hazim Abdul Rashid, 27 tahun dan mendirikan rumahtangga pada 21 Oktober 2021 dan kini dikurniakan seorang anak, Muhammad Al Fateh berusia 3 bulan.

Anak sulung, Muhammad Al Fateh, 3 bulan. 

 

Memandangkan pasangan ini dalam bidang yang sama,. Ada masanya mereka ditugaskan dalam satu ‘site’ dan ada juga mereka terpaksa ‘PJJ’ dengan tempat yang berbeza.

“Apa yang selalu suami pesan adalah utamakan keselamatan dan bekerjalah dengan selamat,” katanya sambil tersenyum.

Walaupun sibuk dengan kerjaya lasak ini, mereka akan memastikan hujung minggu adalah untuk mereka sekeluarga.

Ahli keluarga Maya

“Kadang-kadang, kami kena pastikan waktu bekerja sendiri untuk pastikan ada masa bersama anak dan berjalan-jalan. Oleh kerana kerjaya saya sebagai rope access freelance, jadi ia lebih fleksibel dengan waktu kerja saya.

Bagi Maya, sesiapa saja boleh ceburi bidang seperti ini tapi pastikan ambil lesen supaya kita certified dan lebih yakin untuk buat kerja.

“Bekerja di tempat tinggi perlukan bekerja ditempat tinggi  perlu cekap, sesaat kita cuai dah tak boleh ‘reverse’, “nasihatnya yang bercita-cita untuk takluk Burj Khalifa di Dubai pula.

 

Namun, di sebalik kerjaya lasak, Maya turut menjalankan bisnes kek. Semua ini bermula masa PKP 1.0 dan sehingga sekarang masih ada pelanggan tetap.

“Buat kek ini lebih kepada sampingan dan suka-suka,” katanya.

 

Mingguan Wanita : Moga terus sukses!

 

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora