Gayat, mungkin inilah perkataan pertama yang akan keluar bila seseorang itu berada di tempat yang tinggi. Tapi tidak bagi wanita besi ini. Malah, tempat yang tinggi inilah tempat dia mencari rezeki.
Sebelum ini tular di media sosial tentang seorang wanita yang melakukan kerja di atas bangunan KLCC yang dikongsikan oleh seorang jurugambar, Siva Kumar. Rasa kagum bila melihat kerja yang sepatutnya di lakukan oleh seorang lelaki telah digalas oleh wanita yang masih muda lagi.
Kecil-kecil cili padi. Tentu semua tertanya-tanya kelibat wanita begitu fokus sebagai juruteknik akses tali yang biasanya didominasi oleh golongan lelaki.
Bukan calang-calang orang, Normalia Sidek, 30 tahun, atau dikenali dengan panggilan Maya bekerja sebagai Rope access NDT Technician.
Berkesempatan bertanyakan lebih lanjut tentang video tular yang beliau berada di puncak pencakar langit KLCC dengan ketinggian 452 meter itu dan keberaniannya dalam melawan gayat untuk laksanakan tugasnya.
“Bangunan pertama saya bekerja adalah 30 tingkat apartment untuk kerja-kerja maintenance. Pada awal kerjaya saya memang terasa gayat. Tapi sekarang dah biasa dan saya lebih fokus pada ‘task’ kerja yang diberikan.
Ditanya tentang keselamatan semasa merlakukan kerja tersebut, Maya turut menegaskan setiap kali bekerja dia perlu menggunakan 2 tali, satu working line dan satu lagi safety line.
Pilih Kerjaya Lelaki
Di sebalik rasa kagum, pasti ada juga suara-suara yang mengkritik. Kenapa perlu ceburi pekerjaan lelaki? Semua ini ditangkis oleh Maya. Baginya, dia memandang pada sudut positif, ketepikan apa yang orang kata.
Ads
“Zaman sekarang ini, lelaki pun ambil kerja chef di hotel-hotel. Jadi, tak perlulah nak nak mainkan isu jantina sebagai kayu pengukur.
“Bagi saya, jantina bukanlah isunya. Alhamdulillah setakat ini ketua atau Incas sangat berpuas hati dengan hasil kerja yan diberikan. Malah, kami bekerja dalam satu tim dan saling membantu antara satu sama lain,” katanya yang mengambil masa setengah jam untuk naik ke bangunan tinggi bagi menyiapkan tugasan diberi.
Rasa gembira, puas hati, malah sangat teruja bila dapat selesaikan tugas yang diberikan.
Suami Kerja Bidang Yang Sama
Bersama suami ketika bertugas.
Kalau dah jodoh. Maya turut bertemu jodoh dengan suami, Abdul Hazim Abdul Rashid, 27 tahun dan mendirikan rumahtangga pada 21 Oktober 2021 dan kini dikurniakan seorang anak, Muhammad Al Fateh berusia 3 bulan.
Ads
Anak sulung, Muhammad Al Fateh, 3 bulan.
Memandangkan pasangan ini dalam bidang yang sama,. Ada masanya mereka ditugaskan dalam satu ‘site’ dan ada juga mereka terpaksa ‘PJJ’ dengan tempat yang berbeza.
“Apa yang selalu suami pesan adalah utamakan keselamatan dan bekerjalah dengan selamat,” katanya sambil tersenyum.
Walaupun sibuk dengan kerjaya lasak ini, mereka akan memastikan hujung minggu adalah untuk mereka sekeluarga.
Ahli keluarga Maya
Ads
“Kadang-kadang, kami kena pastikan waktu bekerja sendiri untuk pastikan ada masa bersama anak dan berjalan-jalan. Oleh kerana kerjaya saya sebagai rope access freelance, jadi ia lebih fleksibel dengan waktu kerja saya.
Bagi Maya, sesiapa saja boleh ceburi bidang seperti ini tapi pastikan ambil lesen supaya kita certified dan lebih yakin untuk buat kerja.
“Bekerja di tempat tinggi perlukan bekerja ditempat tinggi perlu cekap, sesaat kita cuai dah tak boleh ‘reverse’, “nasihatnya yang bercita-cita untuk takluk Burj Khalifa di Dubai pula.
Namun, di sebalik kerjaya lasak, Maya turut menjalankan bisnes kek. Semua ini bermula masa PKP 1.0 dan sehingga sekarang masih ada pelanggan tetap.
“Buat kek ini lebih kepada sampingan dan suka-suka,” katanya.
Sofea Jane teruja nak jadi nenek, anak sulung dijangka bersalin akhir bulan ini. Pelakon terkenal, Datin Sofia Jane, 53, meluahkan keterujaannya bakal menimang cucu apabila anak sulungnya, Arissa yang kini berusia 29 tahun, dijangka melahirkan cahaya mata sulung pada penghujung bulan ini.
Sofea Jane Teruja Nak Jadi Nenek, Anak Sulung Dijangka Bersalin Akhir Bulan Ini
Menurut Sofia, fasa kehidupan ini sangat bermakna – dari zaman bujang, kemudian jadi ibu, dan sekarang bakal bergelar nenek. Katanya, “Insya-Allah, doakan semuanya berjalan lancar dan selamat untuk Arissa dan bayi nanti.”
Menariknya, Sofia sekeluarga akan sambut Hari Raya tahun ini di Eropah. Bukan saja untuk beraya, tapi juga menanti kelahiran cucu sulung mereka di sana.
“Kami beraya di sana sebab Arissa dan suaminya, Maximilian Lotz, tinggal dan bekerja di Jerman,” kongsi Sofia.
Apa yang lebih istimewa, Sofia sendiri akan uruskan tempoh berpantang anaknya. Katanya, walaupun zaman sekarang serba moden, dia tetap suka gabungkan elemen tradisional dengan moden untuk penjagaan selepas bersalin.
“Sekarang ni lebih mudah sebab banyak produk tempatan yang bantu ibu baru. Saya akan jadi macam ‘mak bidan’ – tolong jagakan cucu, pakaikan bengkung dan macam-macam lagi,” katanya sambil tersenyum.
Sofia mendirikan rumah tangga dengan Datuk Meor Zain Azman Mohamad Taib pada 9 September 1995, dan mereka dikurniakan empat orang anak: Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.
Atas permintaan ibu Acap, Siti Maznah Khamis, 58 malam ini mak ayah sekalian, sedekahkanlah ayat Kursi untuk anaknya yang hilang di Gua Tempurung sejak 23 March lalu.
“Saya minta sangat rakyat Malaysia tolong sedekahkan ayat Kursi untuk Mohammad Ashraf malam ini, sekali pun cukuplah.” Itulah permintaan ibu Acap yang redha dengan dugaan kehilangan anak kelima dari tujuh beradik itu,
Setelah 25 hari pelbagai usaha dilakukan dalam mencari anaknya itu. Namun masih belum ditemui jejaknya, dan akhirnya ibu ini aku dengan ketentuanNya.
“Apa-apapun terserah kepada Allah SWT selepas kita berusaha berhempas pulas, meredah hutan belantara, menuruni sungai, melalui bukit, gua semua sekali.”
“Cukup dah, kami rasa usaha itu sangat-sangat besar untuk mencari anak saya. Di mana nokhtahnya itu hanya Allah yang tahu. Kita memang tiada daya dan tidak tahu nokhtahnya di mana dan kita akan terus berdoa.”
“Acap tidak pernah hilang. Dia sentiasa ada cerita-cerita menarik dan cerita yang baik-baik selama dia mengikuti semua sekali aktiviti.”
“Baik di Lombok, Indonesia atau Sabah dan dekat mana-mana sekalipun, dia memang baik dan memang suka cerita dan gembira. Bila balik (mendaki) tiada yang cerita sedih.”
Biar Benarkan Orang Kampung Yang Cari
Sebagaimana yang dikongsikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudiin, penduduk kampung meminta agar mereka dibenarkan mencari Acap dengan cara mereka sendiri.
“Kita diberitahu kes yang sama pernah berlaku sebelum ini. Penduduk kampung berjaya mencari orang yang hilang menggunakan cara mereka.”
“Penduduk di sini meminta orang awam yang bukan penduduk keluar seketika dari kawasan berkenaan.”
“Pada prinsipnya, pihak PDRM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat bersetuju untuk tangguhkan, cuma kena bincang bila dan berapa hari nak ditangguhkan. Dan yang penting bincang dengan persatuan penduduk di sini untuk fahamkan operasi pencarian mereka.”
“Kita kena bersiap sedia sekiranya apa-apa terjadi dan sudah sedia berikan pertolongan sokongan.”
Terima Kasih Sukarelawan..
Kata ibu Acap lagi, keluarganya tidak melupakan usaha sukarelawan di setiap pelosok negara yang terlibat dalam misi pencarian anaknya itu.
“Untuk pejuang dan sukarelawan yang mencari yang kata tidak didendang, saya doakan untuk terus tabah dan bertahan dalam usaha mencari Acap.”
“Saya juga mengucapkan terima kasih, tidak terbalas saya dan keluarga atas jasa kepada semua yang susah payah turun melihat dan menyelesaikan keadaan dan meneruskan usaha ini,”
Setiap pesakit Covid-19 mempunyai cerita tersendiri sepanjang diwadkan di hospital. Pelakon Ashraf Muslim juga tak terkecuali. Terasing di dalam wad isolasi, yang cuma dikelilingi pesakit Covid-19.
Petugas kesihatan cuma masuk mengikut aturan jam kerja yang ditetapkan saja, pintu pagar wad pun ditutup rapi. Berbeza sungguh daripada wad-wad biasa yang mana ahli keluarga boleh datang melihat bertanya khabar.
Kesunyian semakin terasa apabila satu demi satu pesakit mulai sembuh dan mereka dibenarkan pulang. Pesakit yang tinggal inilah perlu kuat dan cekal melawan penyakitnya. Bak kata Ashraf Muslim, beberapa orang pesakit yang ada diwadnya sudah boleh keluar bertemu ahlu keluarga.
Seorang demi seorang meninggalkan aku di sini. Syukur pada mereka ramai yang telah sihat dan dapat berjumpa dengan ahli keluarga. Kenanganku bersama mereka takkan aku lupakan, segala ilmu yang dikongsi takkanku sia-siakan.
Perasaan sayang bersama mereka telah timbul dengan perwatakkan dan akhlak yang ditunjukkan pada aku. InsyAllah setiap pesanan yang diberikan akan ku amalkan. Terima kasih sahabatku Firdaus, Abdullah, En Shamsul dan ramai lagi.
Dan paling ku tidak lupakan lelaki yang berjubah yang meninggalkn senyuman padaku ini ialah lebih dikenali Hj Usman banyak kata-katanya membuatku tersedar dari tidur.. terima kasih semua di wad 31. Hanya Allah yang mampu membalas kamu semua.
Pada 12 April lalu, Ashraf Muslim disahkan positif Covid-19. Ashraf antara pelakon yang terlibat dengan pengambaran drama Demi di Scotland bersama beberapa kru produksi. Ada di antaranya turut disahkan positif Covid-19.
Semalam, pelakon Puteri Aishah telah pun disahkan negatif Covid-19.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...