Hiburan

Gaya Fatima Aisya Di Pentas Peragaan Curi Perhatian. Fazura Sedia Beri Bimbingan

Share

Terhibur admin melihat keletah Nur Fatima Aisya menemani kedua ibu bapanya, Fattah Amin dan Nur Fazura di majlis pertunjukan fesyen koleksi Fazbulous Raya 2024 yang diadakan sabtu lalu.

Mana tidaknya, pada usia tiga tahun, Fatima jelas mewarisi bakat seni yang mengalir dalam dirinya apabila tular video Fatima berjalan di pentas peragaan dan bergaya comel di pentas runway memperkenalkan lebih 30 koleksi Raya milik ibunya, Fazura.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/fazura-fattah-tak-rancang-tambah-cahaya-mata-dalam-masa-terdekat/

Menurut Fazura yang ditemui selepas pertunjukkan fesyen berkenaan berkata sebagai ibu, dia menyokong minat anak tunggalnya itu sekiranya Fatima mahu menceburkan diri dalam bidang seni suatu hari nanti.

Sedia Beri Bimbingan

Walau bagaimanapun, sebagai ibu Fazura melahirkan kebimbangan sekiranya Fatima dilanda kontroversi sebagai rencah dalam industri hiburan. Tambah Fazura lagi, bidang seni sememangnya mempunyai cabaran tersendiri dan pelbagai onak dan duri terpaksa ditempuhi.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Alhamdulillah saya dapat lihat personaliti Fatima seorang yang kuat dan boleh menghadapi apa jua cabaran. Sebagai ibu, saya terbuka dan menyokong apa jua minatnya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Darah seni yang mengalir dalam tubuh Fatima sememangnya membuktikan bahawa si kecil berusia 3 tahun ini juga mampu menyerlah dalam bidang seni apatah lagi Fatima sudah mula berjinak-jinak sebagai model iklan. Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, kan!

Namun begitu, baik Fattah mahupun Fazura akan memberi sokongan dan bimbingan sebaiknya untuk anak kesayangan mereka menceburkan diri dalam apa jua bidang yang digemarinya kelak.

Sibuk mengusahakan perniagaannya, Fazura berkata koleksi Fazbulous Raya 2024 kali ini mengetengahkan koleksi Tudung Fazura iaitu Citra Zahraa, Kesuma Warna yang berinspirasikan flora. Manakala rekaan Rona Peterana pula menggabungkan corak abstrak dan geometri moden.

Menyentuh mengenai koleksi ini, Fazura selesa mengetengahkan konsep pakaian yang selesa digayakan di Aidilfitri bersesuaian dengan permintaan peminat yang menggemari rekaan yang ringkas dan selesa di musim perayaan.

 

 

Published by
Rosmah Idayu