Terhibur admin melihat keletah Nur Fatima Aisya menemani kedua ibu bapanya, Fattah Amin dan Nur Fazura di majlis pertunjukan fesyen koleksi Fazbulous Raya 2024 yang diadakan sabtu lalu.
Mana tidaknya, pada usia tiga tahun, Fatima jelas mewarisi bakat seni yang mengalir dalam dirinya apabila tular video Fatima berjalan di pentas peragaan dan bergaya comel di pentas runway memperkenalkan lebih 30 koleksi Raya milik ibunya, Fazura.
Menurut Fazura yang ditemui selepas pertunjukkan fesyen berkenaan berkata sebagai ibu, dia menyokong minat anak tunggalnya itu sekiranya Fatima mahu menceburkan diri dalam bidang seni suatu hari nanti.
Ads
Sedia Beri Bimbingan
Walau bagaimanapun, sebagai ibu Fazura melahirkan kebimbangan sekiranya Fatima dilanda kontroversi sebagai rencah dalam industri hiburan. Tambah Fazura lagi, bidang seni sememangnya mempunyai cabaran tersendiri dan pelbagai onak dan duri terpaksa ditempuhi.
“Alhamdulillah saya dapat lihat personaliti Fatima seorang yang kuat dan boleh menghadapi apa jua cabaran. Sebagai ibu, saya terbuka dan menyokong apa jua minatnya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Darah seni yang mengalir dalam tubuh Fatima sememangnya membuktikan bahawa si kecil berusia 3 tahun ini juga mampu menyerlah dalam bidang seni apatah lagi Fatima sudah mula berjinak-jinak sebagai model iklan. Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, kan!
Ads
Namun begitu, baik Fattah mahupun Fazura akan memberi sokongan dan bimbingan sebaiknya untuk anak kesayangan mereka menceburkan diri dalam apa jua bidang yang digemarinya kelak.
Sibuk mengusahakan perniagaannya, Fazura berkata koleksi Fazbulous Raya 2024 kali ini mengetengahkan koleksi Tudung Fazura iaitu Citra Zahraa, Kesuma Warna yang berinspirasikan flora. Manakala rekaan Rona Peterana pula menggabungkan corak abstrak dan geometri moden.
Menyentuh mengenai koleksi ini, Fazura selesa mengetengahkan konsep pakaian yang selesa digayakan di Aidilfitri bersesuaian dengan permintaan peminat yang menggemari rekaan yang ringkas dan selesa di musim perayaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bukan mudah memikul tanggungjawab menjaga anak yang mempunyai masalah kesihatan dari kecil. Apatah lagi mempunyai kekurangan deria penglihatan yang membuatkan dirinya ‘kelihatan’ berbeza berbanding kanak-kanak lain.
“Nanti Ayra kat syurga, nak minta dengan Allah… mata warna pink (merah jambu),”itu permintaan Nur Adriana Ayra Kamarudin atau mesra disapa Ayra yang dilahirkan dengan masalah penglihatan pada mata kirinya.
Ibunya, Norazah Launah, 45, berkata Ayra, 4, adalah anak bongsu daripada enam beradik dan satu-satu cahaya matanya yang mempunyai masalah penglihatan.
Masalah Diabetes Sewaktu Hamil
Menurutnya, dia diberitahu keadaan dialami Ayra itu mungkin berpunca daripada masalah diabetes dihadapinya ketika hamil.
Katanya, meskipun begitu, dia dan suami, Kamarudin Ahmad, 45, amat menyayangi Ayra yang dianggap amat istimewa kerana petah berkata-kata sehingga adakalanya dia terkedu dengan pertanyaan terutama berkaitan mata.
“Pernah sekali, Ayra pulang dari sekolah (tadika), dia terus pergi ke cermin melihat wajahnya lalu bertanya kepada saya mengapa dia tiada mata.
“Memang sedih dengar pertanyaannya itu, tetapi untuk tenangkannya, saya beritahu Ayra yang matanya istimewa dan Allah kurniakan begitu kerana sayangkannya.
“Saya beritahu lagi di dunia tiada (mata), tetapi di syurga boleh minta apa saja dengan Allah,” katanya
“Seorang guru menghubungi saya dan memberitahu ada doktor datang untuk memeriksa mata di tadika. Saya pun jumpa doktor berkenaan dan dimaklumkan mata Ayra boleh dirawat.
“Doktor bagaimanapun tidak beri ubat, tetapi saran untuk menyapukan balm dengan bawang putih kemudian berselawat dan urut di belakang telinga Ayra kerana di situ ada urat matanya.
“Ada satu masa, saya tak buat namun Ayra datang ke bilik dengan bawa balm dan minta urut hingga membuatkan saya rasa serba-salah jika beri harapan kepadanya kerana nampak dia benar-benar mahukan mata seperti orang lain,” katanya.
Katanya, keluarganya mahupun suami menerima Ayra seadanya.
“Keluarga faham, malah tidak pernah lagi orang keliling ejek Ayra ketika saya bawanya keluar berjalan. Bagaimanapun, Ayra pernah mengadu ada yang kata matanya buta di tadika.
“Seperti biasa, saya pujuknya dengan mengatakan dia tidak buta, tetapi Allah ‘ambil’ matanya sekejap dan akan bagi balik.
“Jujurnya, saya sudah reda. Alhamdulillah, dia tiada penyakit,” katanya.
Waktu kecil anak yang memiliki berat badan berlebihan mungkin nampak comel. Namun apabila semakin membesar, kesannya tidak mampu mengawal berat badan lagi. Anak-anak perlulah dikawal pemakanan mereka sejak dari kecil. Sebagai mak ayah, jangan terlalu ‘layankan’ tekak anak, memanjakan mereka dengan memberi makanan yang tidak sihat selalu.
Namun demikian, jika memiliki anak yang obesiti ini, sokongan harus terus diberikan buat mereka. Beri galakkan untuk menurunkan berat badan dan mengawal pemakanan mereka. Dapatkan nasihat doktor jika memerlukan melakukan pembedahan pintasan atau gastrik bypass, jika sampai tahap membahayakan kesihatan serta menyukarkan pergerakan seharian.
Berjaya Hilang 100kg
Pernah digelar budak paling gemuk di dunia, Arya Permana, 13, berasal dari Kampung Cipurwasari di Jawa Barat Jawa Barat, Indonesia kini mampu tersenyum selepas berat badannya berjaya hilang lebih 100 kilogram (kg).
Arya, merupakan anak kedua hasil perkahwinan Rokayah dan Ade Somantri lahir dengan berat 3.17kg.Tiga tahun lalu, pada usia 10 tahun,berat Arya mencecah 192kg. Kehidupannya tidak seperti kanak-kanak lain di mana dia sukar berjalan selain terpaksa bersekolah di rumah.
Manjakan Anak
Pada mulanya Rokayah dan suaminya melihat peningkatan Arya sebagai ‘sihat’ dan mereka tidak risau langsung.Bapanya, Ade Somantri,48 mengakui dia dan isteri memanjakan Arya sejak berusia lima tahun.Ketika itu Arya suka makan mee segera, air gas berkabonat dan ayam goreng.
“Dulu kami gembira melihat dia semakin sihat dan beranggapan dia gembira dan anak yang sihat.Jika dia mahu minum atau makan makanan manis, kami beri sahaja. Jika dia mahu makan mi segera, kami masakkan untuknya.
“Tetapi beberapa tahun kemudian, selepas dia semakin besar dan beratnya tidak dapat dikawal, kami mula sedar dia sebenarnya sakit dan memerlukan rawatan.”
“Arya selalu lapar dan biasanya akan makan dua kali ganda dari orang dewasa makan pada satu-satu masa. Dia selalu penat dan mengadu semput.
“Dia hanya makan dan tidur dan bila tiada apa lagi yang boleh dibuat, dia akan masuk ke dalam kolam mandi dan duduk disitu beberapa jam.”
Pembedahan Pintasan Gastrik
Disebabkan berat berlebihan mampu memberi risiko kepada nyawanya, kedua ibu bapa Arya memutuskan untuk membuat pembedahan pintasan gastrik. Sekaligus dilaporkan menjadi kanak-kanak termuda yang pernah melalui pembedahan pintasan gastrik ini.
Menurut Ade, pada awalnya dia tidak mahu anaknya dibedah namun selepas doktor menerangkan dan menunjukkan prosedur pembedahan, dia akhirnya setuju.
“Jika dulu dia makan dua pinggan besar lima kali sehari, tetapi sekarang dia akan muntah jika makan berlebihan,
“Semenjak melakukan pembedahan pintasan gastrik tersebut, hanya 7 sudu makanan sudah cukup buat Arya kenyang,” katanya.
Kehidupan Lebih Gembira
Disamping prosedur itu, Arya juga menjalani diet yang ketat dan sihat iaitu ikan bakar, sup, buah dan sayur-sayuran sekaligus membantu penurunan berat badannya.Selepas beberapa inisiatif dilakukan beratnya turun kepada hampir 86kg.
Bagi Arya, dia kini lebih gembira kerana boleh berjalan kaki ke sekolah sejauh 1 km, bermain dan berenang bersama kawan-kawannya. Berbanding dahulu, tidak mampu melakukan apa-apa.Bukan itu sahaja, keyakinan dirinya juga semakin meningkat dengan saiz fizikal berat badannya kini.
Arya juga berharap dapat melakukan pembedahan bagi membuang kulit berlebihan setelah kehilangan hampir separuh berat badan asalnya, selepas menjalani peperiksaan nanti.
MW: Semoga perkongsian ini menjadi peringatan buat mak ayah agar memantau serta menjaga pemakanan anak-anak sejak dari kecil. Jangan terlalu memanjakan mereka dengan makanan yang tidak sihat dan minuman manis yang boleh menjadikan anak-anak berlebihan berat badan atau obesiti. Sekaligus boleh menyebabkan pelbagai penyakit buat mereka.
Tahniah diucapkan buat Ummi Nazeera yang telah selamat melahirkan puteri kedua pada 2 Jun yang lalu. Paling menggembirakan hati ibu kepada dua cahaya mata ini, dia berpeluang bersalin secara normal.
Ummi Selamat Bersalin Secara Normal
Menerusi entri di laman Instagram milik pelakon yang pernah membintangi filem Bisik Pada Langit berkongsi tentang bayinya yang dilahirkan dengan berat 3.32kg. Walaupun pada waktu melahirkan puteri kesayangan, Ummi kurang sihat namun dia bersyukur segalanya selamat.
“Alhamdulillah Ummi dah selamat bersalin secara normal pada 2 Jun yang lalu di @andorrahospitalofficial. Kami telah dikurniakan seorang puteri yang beratnya 3.32kg dan Alhamdulillah baby sihat walafiat.
“Walaupun Ummi demam panas sekejap dengan suhu 38.3 Celsius semasa in labor. Syukur sangat semuanya selamat. Doakan agar anak-anak kami membesar dengan sihat dan menjadi seorang yang solehah. Doa-doakkan ya,” tulis Ummi.
Alami Pendarahan Sejak Usia Kandungan Empat Bulan
Pemilik nama sebenar Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin dan juga isteri kepada Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani ini juga turut memberitahu sewaktu usia kandungan puteri keduanya empat bulan dia sudah mengalami pendarahan. Namun bersyukur segalanya selamat.
“Berbuat baik lah pada ibu, Ibu dan ibu .. Kemudian bapamu”.
“Childbirth is not easy and the journey doesn’t stop after u give birth .. Syukur Alhamdulillah for everything … I would firstly like to say thanks to my Doctor MissDalia for being so positive thruout my pregnancy .. Tidak pernah lekang menyebut Alhamdulillah dari mulutnya.
“Sebenarnya masa kandungan saya berusia 4 bulan , saya mengalami pendarahan … Kes sama seperti Ayra .. low lying placenta. Cuma terlalu awal untuk dikatakan begitu .. Bila masa dengan Ayra saya mula bleeding 6 bulan ke atas .. Adik Ayra pula agak awal… 4 bulan.
Kuasa Allah & Nasihat Doktor
“Dengan kuasa Allah & nasihat doctor .. Saya rest dan mengambil cuti dari berlakon.. Alhamdulillah … Placenta naik. Dan saya diberi peluang merasa bersalin normal.. syukur.
“Dan membaca doa yg disediakan dalam app Qalbyapp “Supplications for healing” + Doa Nabi Yunus.
Bayi Cukup Bulan
“Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah . Dengan doa keluarga & sahabat sahabat. Dapat saya merasa bersalin secara normal dan baby lahir cukup bulan 38 minggu 4 hari..
“Masa dengan Ayra , dia dilahirkan pada minggu ke 34 kerana pendarahan saya yg terlalu banyak .. Sebab Itu kali ni saya bersungguh berehat masa mengandung..
Thank you also to everyone for all your beautiful doas.. in shaa Allah hari ketujuh Ummi share nama baby ya. Lastly, to my husband, thank you @izzar,” kongsi Ummi.
“Terima Kasih Isteriku Yang Tercinta” Dr Izzar
Manakala suami Ummi Dr Izzar juga sangat bersyukur dengan kehadiran puteri kedua dalam hidup mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah. Isteri saya telah selamat melahirkan puteri kedua kami dengan jayanya. Terima kasih isteriku yang tercinta. Dah dua anak dia dah lahirkan. Saya kasi A++ atas usaha yang ditunjukkan olehnya.
“Alhamdulillah kedua-dua ibu dan anak selamat dan sihat sekarang di rumah. Doakan puteri-puteri kami ini akan membesar menjadi anak-anak yang solehah serta berjaya di dunia & di akhirat,” kongsi Dr Izzar menerusi entri di Instagramnya.
Dihujani Ucapan Tahniah
Sumber/Sumber Foto: Instagram Ummi Nazeera & Instagram Dr Izzar
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...