Gaul Tepung Jagung Sebelum Goreng, Baru RANGUP Ikan Bilis Tumis CILI Kering

Share

Ikan bilis ini tak kisahlah dibuat sambal, sedap dimakan dengan nasi. Kalau digoreng dibuat kudapan pun jadi ketagih, tapi syaratnya kena gaul dengan tepung jagung. Serba-serbi berkait dengan ikan bilis memang sedaplah.

Tapi paling penting dalam menentukan sedap atau tidak ikan bilis adalah bila dimasak ia kekal rangup. Mungkin mak-mak boleh cuba petua ini.

Menurut perkongsian Noraslinda Md Radzhi, ikan bilis harus digaul tepung jagung dahulu sebelum digoreng. Barulah ikan bilis jadi rangup.

Ikuti perkongsian, Noraslinda Md Radzhi ini:

Ini resipi ikan bilis goreng tumis dengan cili kering gunting, bawang putih, sos cili dan sos tiram.. Anak-anak memang makan, mereka ratah macam itu saja sebab rangup digaul tepung jagung sebelum digoreng.

Ada ke yang nak cuba buat. Simple saja caranya, paling penting sedap .. ceewaahhh.. Hehehe..

Kalau makan dengan nasi panas-panas boleh menambah…

Bahan-bahan (termasuklah tepung jagung):

Segenggam ikan bilis
Tepung jagung secukupnya ( fungsinya bila dah masak ikan bilis lebih rangupnya )
5 ulas bawang putih ( ditumbuk kasar )
3/4 tangkai cili kering di gunting halus ( rebus dan toskan )
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil gula
Sedikit air

Baca Di Sini:

RAHSIA Buat Telur Dadar Crispy, Pastikan Bancuhan Betul-Betul SEJUK Sebelum Goreng!

Rempeyek Ekspres, Guna Kulit Popia, Janji Ada Kacang & Ikan Bilis

Info menarik, boleh klik di sini. 

Langkah-langkah Buat Ikan Bilis Rangup:

1. Ikan bilis di cuci bersih, toskan. Kemudian, tabur tepung jagung, gaul hingga tepung melekat pada ikan bilis.
2. Panaskan minyak, goreng hingga garing. Ketepikan.
3. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering yang telah digunting, kacau hingga cili sedikit garing.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, gula dan air. Kacau sebati.


5. Biarkan sedikit pekat, masukkan ikan bilis. Gaul rata, siap.

MW: Rasanya yang masam, manis bukan sahaja sesuai untuk makan bersama nasi panas. Makan macam tu saja pun layan.

Sumber: Noraslinda Md Radzhi

Published by
Nur Syazwani Mehat