Minta izin pewarisnya dulu sebelum guna. Walaupun hanya untuk digunakan bagi kenduri arwah, tapi jangan sesekali ambil mudah.
Nampak simple tapi boleh berdosa bila kita gunakan harta si mati tanpa minta pewarisnya terlebih dahulu. Inilah ramai yang tidak tahu tentang harta pusaka milik si mati.
Walau hanya sekecil-kecil yang ada di rumah, apatah lagi yang nampak jelas, apa pun kena minta izin pewarisnya yang bakal mendapat faraid daripada pusaka yang ditinggalkan si mati.
Inilah yang jadi masalanya bila kita tidak ambil kisah tentang faraid untuk pewaris. Antara perkongsian menarik oleh Puan Umi Yusog tentang isu ini.
Garam gula pun pusaka. Bukan sekadar tudung dan baju. Apatah lagi barang berharga arwah. Jangan ambil mudah bila pakai pusaka arwah. Waris-waris faraid arwah redha ke? Ada minta izin dari mereka?
Ini tidak, bila berlaku kematian sibuklah nak buat kenduri arwah. Segala garam gula kunyit beras arwah digunakan untuk kenduri tanpa bertanya kepada waris-waris faraid yang ada.
Ala, gula garam je. Tak kan itu pun nak berkira?
Ads
Semalam semasa arwah masa hidup memang garam gula itu miliknya. Tetapi hari ini apabila beliau meninggal dunia, gula dan garam telah bertukar menjadi milik waris faraid yang berhak. Kalau ada seorang waris yang tidak redha, apa hukumnya?
Jadi sebagai orang-orang yang masih hidup, berhati-hatilah semasa mengambil barang orang yang telah mati. Minta izin, minta izin,minta izin walaupun si mati itu kakak atau adik yang paling rapat dengan kita.
Ini tidak, semasa si mati dibawa ke masjid semasa proses pengkebumian, sibuklah saudara mara ambil barang-barang arwah. Habis baju-baju arwah dalam almari dibahagi-bahagikan tanpa minta izin waris-waris faraid yang berhak.
Jangan Ambil Mudah
Inilah masalahnya kalau ada sikap tak ambil kisah.
Lepas itu, waris faraid arwah pun tak kenal. Arwah ada anak lelaki tetapi adik beradik arwah sibuk juga nak kain baju, barang kemas dengan alasan, kami dulu rapat
Dosa makan harta bathil ni bukan dosa kecil. Lagi kena berhati-hati jika simati tinggalkan anak-anak yatim.
Jadi kalau tak ada ilmu mengenai faraid, belajarlah. Sekurang-kurangnya kenal siapa waris faraid kita.
Mingguan Wanita : Nampak macam tak ada apa pun tapi rupanya boleh jatuh dosa kalau tidak minta izin dari pewaris yang berhak.
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Ads
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Kalau rasa badan melekit atau panas, mulalah kita nak mandi. Segarnya badan bila dah kena air dan rasa mengantuk pun dah hilang. Biasanya, kita tak pernah nak kisah jam berapa nak ke bilik air untuk segarkan badan.
Ada sesetengah orang, pulang lewat malam pun mesti kena basahkan badan. Kiranya, sudah jadi kemestian dan kewajipan untuk bersihkan badan.
Namun, orang tua-tua cukup marah kalau mandi pada waktu-waktu tertentu, katanya tidak elok untuk badan terutamanya bagi wanita yang baru bersalin. Kena bersihkan badan sebelum maghrib dan ada pula kata tak elok selepas jam 9 malam.
Ada sebab kenapa kita dilarang atau tidak digalakkan untuk membersihkan diri pada waktu-waktu tertentu. Ikuti perkongsian daripada Schals Knitted By Zamziyana. Mungkin ia boleh memberi pengetahuan dan panduan apa yang dikatakan itu.
1. 30 minit selepas solat Asar.
Penjelasan :
30 ini selepas solat asar adalah waktu di mana darah dalam badan panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi letih dan penat untuk bekerja.
2. Selepas Maghrib.
Jantung kita sudah mulai lemah untuk bekerja. Kajian menunjukkan bahawa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair.
3. Selepas Isyak sehingga 12 malam.
Ini masanya jantung berehat, jika mandi ketika ini akan mengakibatkan lemah jantung.
Sebaiknya mandi selepas jam 1 pagi.
Waktu-waktu Lain
Antara pukul 2~3 pagi, itu akan lebih memberikan tenaga kepada badan seperti bateri yang telah lemah dicas semula.
Kata Alim Ulamak:
1. Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah swt.
2. Yasin dapat menghilangkan dahaga dan haus di Padang Masyar.
3. Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah swt pada hari kiamat.
4. Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau kemiskinan semasa hidup di dunia.
5. Al-Mulk dapat meringankan azab kubur.
6. SAl-Kautsar dapat mendamaikan segala perbalahan dan merapatkan silaturahim.
7. Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. (Husnul Khatimah)
8. Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada jadi golongan munafik.
9. Al-Falak dapat menghapuskan perasaan hasad dengki dan irihati.
10. An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit nyanyok dan was-was.
11. Seterusnya, bagi melawan syaitan durjana.
Dikatakan juga:-
1. Ketika anda membawa Al-Qur’an, syaitan hanya tengok saja.
2. Anda duduk dan membukanya, syaitan mula curiga.
3. Semasa anda membacanya, syaitan mula gelisah.
4. Ketika anda mengalun ayat-ayat suci dengan merdu, betul tajwid, menghayati dan memahaminya, iblis & syaitan mula kejang.
Bila kita mengamalkan Al-Qur’an dalam kehidupan seharian, dia kena strok.
Teruskan membaca Al-Qur’an dan mengamalkannya agar iblis, syaitan dan anak beranak suku sakatnya terus strok.
Tahukah anda, dimanakah hospital yg menyembuhkan anak beranak suku sakat kaum iblis syaitan yg kena stroke dan luka2 terkena kerikil panas semasa azan.
Jawapannya ialah di dalam *jamban & tandas* menunggu & menanti orang Islam yg kencing berdiri. Bila mereka melihat org Islam kencing berdiri, tambah pula tidak baca doa masuk tandas, maka mereka berebut-rebut, tolak menolak, tendang menendang untuk kena air kencing.
MW: Moga ia memberi manfaat dan dan imu kepada kita semua. Penting untuk ita menjaga kesihatan.
Hilang selepas dihantar bapa ke stesen bas, selepas tiga tahun anak ditemui dalam keadaan kebingungan. Apalah yang dilalui wanita ini sepanjang kehilangannya masih menjadi tanda tanya.
Berbaloi usaha dan ikhtiar yang dilakukan keluarga dan akhirnya membuahkan hasil pabila anak yang selama ini hilang daripada pandangan mata ditemui masih bernyawa.
Selepas Tiga Tahun
Seorang wanita yang dilaporkan hilang hampir tiga tahun lalu ditemukan dalam keadaan bercelaru di sebuah rumah di Kampung Perupok, Pasir Mas, Kelantan.
Wanita berusia 26 tahun itu yang dilaporkan hilang sejak 2019 lalu, ditemukan di sebuah rumah yang turut dihuni oleh seorang lelaki dan wanita yang sudah berusia.
Difahamkan, laporan kehilangan wanita berkenaan telah dibuat oleh keluarganya di Balai Polis Ketereh, pada 2019 selepas mereka gagal mengesannya yang keluar dari rumah lalu menaiki bas ekspres dengan alasan mendapat kerja di Putrajaya.
Hilang Selepas DiHantar Bapa Ke Stesen Bas
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pada November 2019 wanita berkenaan telah dihantar oleh bapanya ke stesen bas untuk ke Putrajaya menggunakan pengangkutan awam itu.
“Selepas itu, wanita berkenaan telah gagal dikesan oleh ahli keluarga walaupun ahli keluarganya hanya berjaya menghubunginya sekali sahaja dalam tempoh tersebut,” katanya.
Menurutnya, susulan itu bapa wanita berkenaan pernah ke Putrajaya untuk mencari namun dimaklumkan dia tidak pernah datang ke premis tersebut.
Beliau berkata, bapa wanita berkenaan terus membuat laporan polis berkenaan kehilangan anaknya itu.
Jelas Mohd Suhaimi, hasil maklumat dan risikan yang dibuat, wanita terbabit berjaya dikesan sebelum menemuinya di sebuah rumah di Kampung Perupuk, Pasir Mas.
“Kami dimaklumkan wanita terbabit berkenalan dengan seorang lelaki berusia sekitar 60-an sebelum menghilangkan diri tiga tahun lalu.
“Polis kemudian telah menjemput wanita terbabit kira-kira jam 6 petang. Bagaimanapun lelaki tersebut tiada di rumah, sebaliknya seorang wanita yang dipercayai isterinya sahaja berada bersama mangsa,” katanya.
Bagi seorang suami sama ada ibu mahupun isterinya, kedua-dua wanita ini merupakan insan penting dalam hidupnya. Yang seorang melahirkan dirinya dan seorang lagi melahirkan zuriatnya.
Bagaimanapun masih ramai kaum isteri yang tak sebulu dengan ibu mentua. Puncanya pun tak akan sama. Selalu yang berasa tersempit, tetap golongan lelaki. Nak dengar sebelah ibu mentua atau isterinya?
Ibu Melahirkan, Isteri Lahirkan Zuriat
Setiap pasangan suami isteri boleh renungkan perkongsian Puan Intan Dzulkefli ini. Jangan sampai dua hati wanita kesayangan ini terluka dalam tak sedar.
Hak Ibu Mentua
Bila seorang lelaki jaga dua hati wanita, InsyaAllah hidupnya akan beroleh kejayaan dunia akhirat, insyaAllah.
Wanita itu adalah ibunya dan isterinya.
Lelaki yang bijak dan berilmu, dia akan sedaya upaya menjaga hati kedua hati ini. Tanpa menidakkan doa mustajab ibu, serta kelapangan hati isteri yang akan melancarkan segala urusannya.
Sebab itu kita lihat, ramai lelaki yang diberikan kejayaan kerana berjaya menjaga kedua hati wanita ini. Lihat sahaja bagaimana santunnya Rasulullah SAW pada ibu susuannya bila datang berziarah, baginda akan membentangkan kain untuk ibunya duduk. Lihatlah bagaimana akhlak Nabi.
Dua Wanita Ini Sama-sama Penting Buat Lelaki
Lihat juga akhlak Rasulullah SAW terhadap isteri-isteri baginda yang santun lagi memuliakan mereka. Nak berjaya, ikutlah cara Rasulullah SAW. InsyaAllah.
Walau ibu kita tidak mewariskan kemewahan, ibu kita tidak berkelulusan tinggi, namun jangan sesekali kita lupa, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu.
Kita kecilkan hati ibu, di dunia lagi Allah akan tunjukkan, mungkin masa kita masih hidup, atau semasa kita nazak. Tanpa doa dan redha ibu, susahnya kita mahu menongkah ujian hidup, ibarat melangkah di dalam selut.
Ibu melahirkan kita, tetapi isteri kita melahirkan zuriat buat kita. Kedua-dua mempunyai parut kekal di tubuhnya yang menjadi saksi bahawa mereka telah berjihad melahirkan khalifah atas muka bumi ini.
Biarpun isteri kita kadangkala mencabar kesabaran, serta pelbagai hal lagi yang membuatkan hati kita tidak senang, sentiasa tajdid niat, “inilah penghulu bidadariku di syurga.” Supaya kita ingat, betapa besarnya tugas kita untuk membimbingnya.
Ibu Mentua Bukan Pesaing
Isteri yang solehah pula takkan sesekali menganggap ibu mertuanya pesaing untuk beroleh cinta suami kerana dia mengerti, ibu itu pemegang kunci syurga suaminya. Sekiranya isteri menggalakkan suami berkhidmat kepada ibubapa, semoga rahmat Allah akan memayungi rumah tangga mereka juga, insyaAllah.
Begitupun, isteri tetap mempunyai hak dari suaminya yang perlu dipenuhi, seperti hal nafkah zahir dan batin, didikan, perlindungan, kasih sayang dan menghormatinya. Tidak boleh suami menganiaya isteri, tidak menunaikan hak nafkah, memalukan serta menyakiti emosi dan fizikal isteri semata-mata kononnya untuk meraih reda ibu.
Ibu yang solehah juga akan sentiasa mengingatkan anak lelakinya agar menyantuni isteri. Isteri lubuk pahala, isteri anugerah dan amanah. Layani isteri sebaiknya sebagaimana si suami mahu bapanya menyayangi ibunya.
Jagalah hati kedua wanita ini kerana Allah. Sesungguhnya semoga kamu akan menjadi lelaki yang beruntung, berjaya dan bermanfaat di dunia dan akhirat.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...