Kontroversi yang membabitkan isteri Da’i Farhan, Noorainul Naqim Radzi, 40 nampaknya masih menjadi perhatian netizen. Hari ini, isteri juara program Da’i musim kedua, Nik Farhan Nik Muhammad ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Atas tuduhan menipu seorang wanita.
Bagaimanapun, Noorainul mengaku tidak bersalah. Dari kertas pertuduhan, beliau dikatakan telah menyerahkan wang sejumlah RM10,050 kepada Norsiha Aala untuk urusan Sijil Halal dan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk produk milik Norsiha.
Mangsa membuat bayaran sejumlah itu sehingga mengalami kerugian. Mangsa pula takkan berbuat demikian jika tak diperdaya tertuduh.
Urusan antara mereka tu berlangsung di 9-2-1 Kelompok Nuri B, Taman Keramat, Wangsa Maju dari 21 Disember hingga 26 Februari 2018. Malangnya, sehingga ke tarikh terakhir itu, urusan sijil halal yang diharapkan tak juga menampakkan hasil. Dari sinilah, mangsa berasa tertipu.
Semasa prosiding di mahkamah itu, kelihatan Da’i Farhan turut menemani isterinya sebagai penjamin. Sebelum itu, Timbalan pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar tawarkan jaminan sebanyak RM10,000 kepada mahkamah.
Dalam rayuan peguam bela, Sheik Abdullah Abdul Malik memohon agar jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya itu penanggung tunggal lapan anak berusia lima hingga 19 tahun.
Majistret kemudian mengarahkan bayaran jaminan sebanyak RM4000 dan sebutan kes pada 3 April depan.
Pertuduhan yang dibacakan itu, adalah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama kurang setahun dan tak lebih 10 tahun dengan sebar serta denda.
Sebelumnya, sekitar tahun lalu, netizen turut mendakwa isteri Da’i Farhan yang menggunakan panggilan Dr. Erin ini bukanlah doktor sebenar sebaliknya ‘doktor palsu’ kerana namanya tidak wujud dalam Medical Medical Council (MMC).
Malah pengguna Facebook Penolong Pegawai Perubatan turut berkongsi nama Dr Erin tiada dalam data sedangkan semua doktor perubatan bertauliah dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Sumber/Foto : Harian Metro , Sinar Harian , beautifulnara