
Semua gambar ini diambil oleh saya sendiri. (Kisah semalam)
Mall jadi sepi, tapi grocery store sesak sampai i nak beli biskut cap ping pong kegemaran i pun habis. Semua orang pakat beli macam nak meniaga…. Ya lah kalau semua ambil seorang 5 bungkus, sebungkus pun tak ada untuk i 😢
Jom la kita semua doakan agar situasi virus ini berakhir.
Dalam masa yang sama, Fasha turut berkongsi dirinya turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan membatalkan majlis yang bakal dianjurkan hujung bulan nanti kerana Covid-19.
Majlis saya yang sepatutnya disambut hujung bulan ni pun terpaksa ditangguhkan demi keselamatan dan menghormati keputusan Kerajaan. Memang sukar, sebab persiapan telah dibuat, jemputan semua dah dibuat, pembayaran semua dah dibuat 😢tapi keselamatan semua lebih penting dari segalanya.
Akhir sekali, pelakon ini menyeru semua pengikutnya mendoakan yang terbaik untuk negara kita dan mengikut arahan kerajaan.
Kita doa yang terbaik untuk negara kita Malaysia. Kita mendapat perintah untuk mengawal pergerakan kita, Jadi kita harus ikut demi kesejahteraan Semua. ❤️
Be Safe kesayanganku.
I love you.
Sumber: Fasha Sandha

MW: Paling penting bersederhanalah dalam apa jua tindakan. Tidak salah membuat persiapan tetapi jangan keterlaluan hingga mengabaikan keselamatan diri. Lagi pula kedai pembekal makanan, kedai serbaneka dan kedai runcit dibuka seperti biasa dan tidak diarahkan tutup. Jadi jangan panik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Eksklusif Untuk Ahli KWSP, PruBSN Tawar Pelan Berbaloi & Manfaat Terbaik Beri Perlindungan Takaful Buat Seluruh Keluarga

Isi Kandungan
ToggleSediakan payung sebelum hujan. Ibarat peribahasa ‘malang tidak berbau’, pada kebiasaannya, kejadian yang tidak diingini senantiasa berlaku tanpa diduga. Sebagai ketua keluarga sudah pasti anda perlu melindungi orang yang tersayang.
Apatah lagi jika sesuatu berlaku pada anda, pastinya anda tidak mahu orang tersayang terbeban lebih-lebih lagi selepas pemergian anda.
Hargailah mereka yang tersayang! Sekurang-kurangnya, ambillah salah satu pelan takaful Bertempoh atau Penyakit Kritikal untuk diri anda dan seisi keluarga. Dengan adanya perlindungan sebegini pastinya dapat menjamin masa depan keluarga tercinta.
Bagi anda yang belum mengetahui sebenarnya banyak faedah yang akan anda sekeluarga terima jika mendapat perlindungan takaful.
Disini kami ingin kongsikan ciri-ciri dan manfaat terbaik apabila kita menggunakan dana KWSP untuk perlindungan takaful. Sememangnya sangat berbaloi! Berikut adalah kebaikan yang perlu anda tahu:
- Penggunaan dana KWSP untuk mengambil perlindungan takaful adalah sesuatu yang tidak merugikan (perlindungan keluarga dan masa depan).
- Jumlah sumbangan bulanan tidak membebankan – ditolak terus dari dana KWSP dan tidak mengganggu komitmen gaji bulanan sedia ada.
- Pelan takaful ini merangkumi perlindungan untuk ahli keluarga tersayang – hanya dengan melalui potongan dana KWSP.
- Melalui dana KWSP, boleh miliki pelan takaful keluarga yang sangat berkualiti (PruBSN adalah pengendali takaful keluarga dengan reputasi terbaik – Jenama Takaful Keluarga Terbaik selama 10 tahun berturut-turut) dengan harga yang berpatutan tanpa rasa terbeban.
3 Kepentingan Melindungi Keluarga Dengan PruBSN Takaful
Tahukah sebenarnya Dana KWSP anda boleh melindungi anda dan keluarga? Ahli KSWP boleh melakukannya dengan cara yang ringkas dan mudah iaitu melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Bukan itu sahaja, buat ahli KWSP, anda juga boleh menggunakan dana KWSP untuk mendaftar pasangan dan anak-anak anda. Dengan ini, jika apa-apa berlaku kepada anda di kemudian hari, ahli keluarga yang lain boleh meneruskan kehidupan dan kekal dilindungi
Terdapat tiga kepentingan jika anda lindungi keluarga dengan PruBSN Takaful. Pertama, sudah pasti ianya lebih selamat dan patuh syariah. Pelan takaful menggunakan konsep bantu membantu antara satu sama lain dalam kalangan pemegang sijil dan polisi selari dengan konsep Ta’awun.
Kedua, ianya sangat mudah. Hal ini kerana pembayaran dibuat terus dari dana KWSP. Ketiga, ia memberikan jaminan perlindungan bagi anda dan orang yang tersayang.
PruBSN Lindung Famili & PruBSN Cegah Famili: Pelan Takaful Terbaik & Menyeluruh
Pelan Takaful PruBSN Lindung Famili adalah antara pelan terbaik yang melindungi keluarga dan waris anda dari belenggu kewangan jika anda sudah tiada. Bukan sahaja melindungi anda tetapi juga tanggungan anda dengan melalui perlindungan Kematian dan Kehilangan Upaya Kekal & Menyeluruh (TPD) dengan sumbangan serendah RM13.80^ setahun.
Malah anda dan orang tersayang juga berhak mendapat perlindungan tambahan sehingga tiga kali ganda apabila berlaku Kematian akibat kemalangan. Eksklusif buat ahli KWSP ianya sangat memberi kelebihan di mana Dana KWSP anda boleh melindungi anda dan keluarga.
^Untuk perempuan bukan perokok, berumur 1 hingga 35 tahun (umur pada hari lahir akan datang), dan jumlah dilindungi sebanyak RM10,000.
Selain itu, dana KWSP juga memberikan peluang untuk anda melindungi keluarga menerusi PruBSN Cegah Famili. Perlindungan takaful bagi 43 penyakit kritikal dan Kematian untuk anda dan ahli yang dilindungi dengan sumbangan serendah RM16.30^ setahun bagi setiap ahli yang dilindungi melalui i-Lindung menggunakan dana KWSP anda.
^Untuk perempuan bukan perokok, berumur 1 hingga 35 tahun (umur pada hari lahir akan datang), dan jumlah dilindungi sebanyak RM10,000.
5 Manfaat PruBSN Lindung Famili
Terdapat lima manfaat pelan takaful yang ditawarkan oleh PruBSN Lindung Famili;
- Jaminan pembaharuan tahunan sehingga umur 75 tahun.
- Pengunderaitan yang Ringkas.
- Tiada tempoh menunggu.
- Jaminan perlindungan bagi manfaat Melindungi kematian dan kehilangan upaya kekal & menyeluruh sehingga RM200,000.
- Bayaran manfaat sehingga 300% jika kematian akibat kemalangan.
4 Manfaat PruBSN Cegah Famili
- Jaminan pembaharuan tahunan sehingga umur 75 tahun
- Jumlah perlindungan sehingga RM200,000
- Melindungi 43 penyakit kritikal
- Pembayaran manfaat apabila meninggal dunia
Pelan perlindungan yang ditawarkan adalah untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan dengan penuh yakin dan menikmati ketenangan minda. Sememangnya pelan takaful yang ditawarkan ini mempunyai banyak kelebihan. Bagi anda yang sangat menyayangi keluarga jangan lupa untuk memilih pelan perlindungan takaful keluarga dengan PruBSN Takaful.
Bagaimana Untuk Mendaftar?
Sangat mudah, semuanya boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian dengan cara anda hanya perlu muat turun Aplikasi KWSP i-Akaun untuk mendaftar atau klik pada pautan ini.

Cara mudah daftar:
Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun dengan mengimbas kod QR ini dan log masuk atau daftarkan diri jika tidak mempunyainya.
Kemudian anda boleh isikan semua butiran yang diperlukan dan akhirnya buat pembayaran yang akan ditolak daripada akaun KWSP anda. Mudah bukan?
Jadi usah tunggu lagi, daftarlah hari ini untuk perlindungan di masa hadapan yang lebih terjamin. Nak tahu maklumat lebih terperinci, anda boleh layari laman sesawang PruBSN i-Lindung di sini.
Nak menang hadiah keseluruhan bernilai RM170,000? Jom sertai peraduan FAM-TASTIC BONANZA! Daftar untuk pelan PruBSN Cegah Famili dan PruBSN Lindung Famili hari ini melalui aplikasi KWSP i-Akaun dari sekarang sehingga 30 April 2024.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Untunglah Hari-hari Pandang Muka Isteri’ Suami Ini Pula Jauh, Bila Orang Rumah Keguguran

Isi Kandungan
ToggleBeruntung suami yang dapat pandang muka isteri itu hari-hari. Beza suami isteri ini yang terpisah beribu kilometer. Isteri di Ipoh, Perak suami di Matu, Sarawak.
Jarak lautan memisahkan keduanya. Ketika berdepan emosi kehilangan selepas keguguran kali kedua, isteri terpaksa melalui sendirian. Suamilah insan paling diharap tiada di sisi.
Segalanya perlu dilalui demi menggalas tugas masing-masing. Kerjaya guru di Sarawak, memungkinkan suami cuma mampu memberi kata semangat dari corong telefon.
Sungguh! biarpun nampak isterinya kuat dan tabah. Suami sentiasa sedar, bukan mudah untuk isteri sorok perasaan hibanya sendiri.
Catatan lalu untuk isteri dikongsi Sofuan Saadon, betapa tak mudah untuk menjalani sebuah hubungan PJJ, namun tak mustahil untuk berjaya. Syaratnya percaya hikmah yang tuhan mahu berikan.
Isteri Keguguran Kali Kedua, Laluinya Tanpa Suami Di sisi
Menjadi lumrah, setiap pasangan yang telah berkahwin pasti menginginkan zuriat sebagai penyeri dalam rumahtangga.
Ada pasangan yang sabar bertahun-tahun untuk ini sehinggalah hadir ketika saat tak dijangka. Ada pula yang belum dikurniakan rezeki cahaya mata walaupun telah pelbagai usaha dilakukan.
Aku dan isteri tidak terkecuali.
Alhamdulillah, minggu lepas, isteri menjalani pemeriksaan kehamilan di klinik ditemani rakan dan telah sah hamil enam minggu. Syukur pada tuhan.
Namun, sememangnya dah nama manusia, kita hanya mampu merancang tetapi tuhan jua yang menentukan segala.
Baru tadi, aku dapat perkhabaran daripada isteri sendiri berserta esak tanggisnya bahawa telah keguguran selepas pemeriksaan dijalankan untuk kali kedua. Itupun selepas berasa kurang selesa pada bahagian dalam perutnya sebelum itu.
Sejak berkahwin, isteri banyak melakukan perkara seorang diri.
Dia memang seorang yang berdikari. Malah, sebelum berkahwin pun.
Lima tahun di Kelantan tanpa saudara terdekat. Mujur ramai kawan di sana yang banyak membantu memudahkan urusan isteri apabila setiap kali ditimpa masalah.
Sekarang di Ipoh masih tinggal seorang diri. Namun, kali ini lebih baik kerana ada kakaknya di sana walaupun tidak tinggal sekali.
Beruntung Mereka Yang Dapat Pandang Muka Isteri Hari-hari
Aku pernah cakap dulu.
Perempuan ini kuat dan tabah. Tapi mereka tak pandai nak sorok perasaan sendiri.
Jika mereka gembira, tidak sekadar tunjukkan mereka gembira, tapi mereka akan beritahu orang lain perasaan bahagia itu.

Begitu jika ketika mereka sedang bersedih. Air mata menjadi peneman yang paling setia.
Isteri diberikan cuti selama dua minggu untuk proses pemulihan.
Aku? Masih di sini. Berpisah beribu kilometer. Hanya mampu menelefon dan memberi kata-kata semangat menerusi mesej.
Beruntunglah mereka yang dapat menatap wajah orang tersayang setiap hari. Kami? Insya Allah, saat itu akan hadir suatu hari nanti.
Tujuh minggu yang memberi pengharapan, makna dan bahagia. Seketika cuma. Insya Allah, ada hikmahnya.
“Tak semua sesuatu itu kita akan kita peroleh mengikut masa yang kita mahukan. Kita tak dapat hari ini, bukan bermaksud kita tak akan dapat selamanya. Allah sebaik-baik perancang. Lebih banyak rezeki lain yang dikurniakan kepada kita tanpa kita pernah sedari.”
Nota MW : Oleh itu wahai suami, janganlah pernah sekali kau kata bosan setiap kali memandang wajah isteri. Kerana bila tuhan menguji kau terpaksa berjauhan dengan isteri beribu batu.. lama pula itu. Percayalah, kata-kata ‘bosan’ itu akan makan diri.
Sumber/Foto : Sofuan Saadon
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lima Kesalahan Pakai Bra, Ambil Tahu & Ubah!

Isi Kandungan
TogglePakai bra atau baju dalam yang betul akan membantu melindungi dan menyokong payudara. Pemilihan pakaian dalam yang tepat serta pemakaian betul akan membantu wanita memelihara aset berharga ini agar kekal mantap dan pejal.
Namun begitu, hakikatnya ramai wanita di luar sana tidak pakai bra dengan cara yang betul. Akibatnya payudara cenderung menjadi kendur, tidak anjal dan berlakunya masalah benjolan lemak di sana sini. Semak lima kesilapan pakai bra ini, kot-kita buat buat tanpa sedar.
Pakai Cangkuk Bra Terakhir
Cara Tepat: Ramai wanita yang memakai cangkuk bra yang terakhir kerana mahukan keselesaan atau mengetatkan bra pada tubuh. Sebenarnya pemakaian bra mempunyai langkah khusus. Untuk pemakaian bra baru, anda disaran memulakan dengan cangkuk yang paling longar. Jika bra terletak baik pada tubuh tanpa memberi kesan ketat, itu tandanya anda sudah menemui bra yang sesuai.
Baca sini
https://www.mingguanwanita.my/tempek-kacang-hijau-suam-rahsia-aset-mantap/
https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
2. Tali Bra Belakang Terangkat
Cara Tepat: Perhatikan bahagian belakang anda, pastikan tali bra tidak terangkat. Jika ini berlaku, anda salah memilih bra. Tali bra yang dipakai sepatutnya selari dari bahagian depan sehingga ke belakang. Barulah ia melekap sempurna pada tubuh.
3. Memendekkan Tali
Cara Tepat: Ramai wanita yang mengetat atau memendekkan tali bra sehingga meninggalkan kesan pada bahagian mahu. Tali yang ketat mencengkam isi di bahagian ini dan membuatkan tubuh berasa sakit. Sepatutnya, tali bra yang sepadan tidak akan meninggalkan bekas pada tubuh. Jika anda mengetatkan tali bra kerana mahu mengemaskan payudara, itu tandanya mangkuk (cup) tidak sesuai dengan saiz payudara.
4. Terdapat Benjolan
Cara Tepat: Perhatikan dengan telus, jika terdapat benjolan terkeluar di bahagian bawa ketiak, sisi dada atau bahagian atas, itu tandanya mangkuk tersebut tidak dapat menampung saiz payudara anda. Sepatutnya saiz bra yang tepat, tidak menyebabkan benjolan terkeluar daripada mangkuk. Anda disaran memilih mangkuk yang besar bersesuaian dengan saiz payudara anda. Pastikan tiada benjolan terkeluar walaupun ketika anda mengangkat tangan.
5. Mangkuk Tidak Melekap
Cara Tepat: Mangkuk yang sesuai mestilah melekap elok pada payudara dan tubuh anda. Jika mangkuk terangkat, ertinya bra itu tidak sesuai buat anda. Mangkuk bra yang tepat akan melindungi dan menampung payudara agar terletak elok tanpa meninggalkan rasa sakit pada bahagian ini.

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI