Gara-gara muat naik babak panas, Zul Ariffin didenda RM30,000. Pelakon kacak bertubuh sado, Zul Ariffin mengaku bersalah berdasarkan pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang bersifat sumbang dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.
Sebelum ini, nama Zul Ariffin menjadi trending di laman Twitter gara-gara berkongsi satu klip video ‘panas’ sebuah drama terbaharunya.
Gara-Gara Muat Naik Babak Panas
Seperti mana dipetik menerusi Sinar Harian, Zul Ariffin didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang.
Hakim Noorhisham Mohd Jaafar turut memerintahkan Zul Ariffin menjalani hukuman penjara sembilan bulan penjara tambahan sekiranya gagal membayar denda itu.
Bagaimanapun, pelakon itu membayar denda tersebut.
Ketika prosiding, aktor Tarik Aku Ke Syurga itu yang memakai sut kelabu kelihatan tenang ketika berada di kandang pesalah.
“Iya. Saya mengaku bersalah,” katanya.
Akui Secara Sedar Membuat & Memulakan Penghantaran Komunikasi Video
Berdasarkan pertuduhan, Zul mengaku secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang bersifat sumbang dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.
Hantaran video itu dilihat di Tower 1 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cyberjaya pada 21 Mac. Kesalahan itu dilakukan Zul Ariffin pada 18 Mac 2022.
Ads
Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya SKMM Fazril Sani Mohamed Fadzil mengikut Seksyen 223(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Mohon Mahkamah Ringankan Hukuman
Zul Ariffin yang diwakili peguam Sivaram Prasad memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan anak guamnya telah memadamkan kandungan tersebut serta tidak mengulangi perbuatan itu selepas kejadian.
Sementara itu, Fazril dalam hujahan pemberatan hukuman mencadangkan hukuman berbentuk pengajaran dikenakan terhadap Zul Ariffin.
“Suatu hukuman yang mencerminkan ketegasan kerajaan berhubung kandungan internet ini perlu diambil kira mahkamah dalam membuat keputusan agar menjadi pengajaran bukan sahaja terhadap tertuduh malah masyarakat di luar sana,” katanya.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pilu hati seorang ibu apabila melihat rakaman CCTV anaknya ditendang, ditampar dan rambut ditarik. Ia merupakan tindakan kejam yang dilakukan oleh pengasuh wanita terhadap seorang kanak-kanak di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Jalan Kampung Seronok Nosoob, Penampang.
Ditampar & Pukul Guna Pembaris
Lebih memilukan, rakaman kamera rakaman litar tertutup (CCTV) menunjukkan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditampar dan dipukul menggunakan pembaris di bahagian muka dan kepala berkali-kali ketika hendak makan.
Rakaman CCTV mengenai kejadian itu tular di media sosial sejak petang tadi.Bapa kepada kanak-kanak terbabit yang enggan dikenali berkata, dia sendiri tidak sanggup melihat rakaman video daripada CCTV memaparkan anaknya didera.
“Saya sendiri tidak sanggup lihat rakaman video daripada CCTV anak saya ditendang dan ditampar di bahagian muka dan kepala. Ibu bapa mana tidak sedih anak diperlakukan sedemikian.
“Malah lebih memilukan saya, ketika hendak makan, anak saya turut ditampar dan dipukul guna pembaris berkali-kali,” katanya dalam nada sebak ketika dihubungi, hari ini.
2 Kali Anak Jadi Mangsa Dera
Bapa kepada kanak-kanak itu turut mendakwa sudah dua kali anaknya menjadi mangsa dera di taska berkenaan sejak Mac lalu.
Katanya, kejadian pertama dua minggu lalu selepas isterinya mendapati ada kesan lebam di bahagian tangan anaknya sebaik diambil daripada taska berkenaan.
“Pada mulanya anak saya mengatakan dipukul oleh guru (pengasuh) namun mengubah mengatakan dipukul rakannya.
“Tetapi seminggu kemudian isteri melihat kesan lebam lain di bahagian dada anak kami sebelum bertanya kepada pihak taska.
“Pihak taska hanya memberikan jawapan bahawa itu perkara biasa kerana kemungkinan anak kami bergaduh dengan rakan di taska terbabit,” katanya.
Kesan Luka Pada Ubun-Ubun Anak
Menurutnya, semalam, sebaik menjemput anaknya di taska itu, isterinya mengusap ubun-ubun anaknya dan terkejut melihat ada kesan luka di kepala anaknya itu.
Katanya, dia bertanya kepada pihak taska namun mereka tiada jawapan mengenai kesan luka itu dan meminta untuk memeriksa CCTV di taska berkenaan sebelum melihat rakaman anaknya didera.
Bapa kepada kanak-kanak itu sudah membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Aru untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, anaknya kini mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi mengenal pasti kecederaan yang dialami kanak-kanak itu.
Mingguan Wanita: Melampau sungguh, sanggup memukul anak kecil sehingga begini. Menjadi pengasuh, memegang amanah mak ayah menjaga anaknya dengan baik. Jika tak cukup bersikap penyabar, jangan bekerja dalam bidang ini.
Nooryana Najwa janji jaga ibu & adik, doakan ayahnya sentiasa dalam lindungan Allah. Bekas Perdana Menteri Malaysia ke- 6, Datuk Seri Najib hari ini didapati bersalah dalam kes menyeleweng dana SRC apabila wang RM42 juta dimasukkan ke akaun peribadinya. Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama barisan panel hakim menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Difahamkan, Datuk Sri Najib atau mesra disapa Bossku di kalangan pengikutnya akan transit ke Penjara Kajang petang ini sebelum dibawa menuju ke Penjara Sungai Buloh untuk menjalani hukuman atas kesalahan dilakukannya.
Dalam pada itu, pastinya anak sulung beliau, Nooryana Najwa menjadi tumpuan apabila turut mengiringi ayahnya di mahkamah. Pastinya apabila dijatuhkan hukuman, dirinya amat sedih.
Menurut laporan Malaysia Gazatte, Nooryana Najwa Najib mendoakan ayahnya, Datuk Seri Najib Razak yang akan menjalani hukuman penjara petang ini terus kuat dan sentiasa dilindungi Allah.
Dalam luahan hatinya, Nooryana berkata, dia bangga dengan kekuatan ayahnya yang berjuang dalam perbicaraan di mahkamah.
”Mungkin kita tidak cukup berjuang. Mungkin kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada sistem keadilan kita. Mungkin kita terlalu percaya dengan sepenuh hati dalam sebab dan tujuan kita sehingga kita menentangnya selama empat tahun ini.
”Namun anda tidak mendapat hari keadilan hari ini, kami juga tidak berpeluang bertempur,” luahnya yang percaya perjuangan Najib tidak berakhir di sini.
Dalam luahan itu, Nooryana turut berjanji akan menjaga ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor, adiknya, Ashman dan ‘Abang Jaja’.
Dia juga berjanji akan terus berjuang bersama keluarga dan penyokong-penyokong ayahnya sehingga Najib kembali ke pangkuan keluarga dan menegakkan keadilan.
”Saya akan berpegang pada kata-kata perpisahan ayah dengan saya setiap hari, “mereka boleh mengawal segala-galanya tetapi mereka tidak dapat mengawal emosi dan kekuatan fikiran kita.
”Tetap kuat, Allah bersamamu ayah. Sentiasa bersama anda, pada masa ini dan selamanya,” katanya.- MalaysiaGazette / Foto :- HAZROL ZAINAL
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Taksa dari neraka, tular video pengasuh tampar & tekup muka bayi dengan bantal kerana menangis. Isu pengasuh yang mengasari anak asuhan sering dilaporkan di media sosial. Video-video dirakam secara tersembunyi mendapati ada pengasuh yang bertindak kurang akal.
Memetik portal MyNewshub, kejadian malang ini terjadi di sebuah taska di Batu Caves, Selagor. Tidak dapat dipastikan sama ada inya kejadian baru berlaku atau ditularkan semula.
Namun tindakan pengasuh yang menampar dan menekup muka bayi itu dengan bantal, adalah sangat tidak wajar kerana ia boleh melemaskan sekaligus mendatangkan kematian jika kecuaian terjadi.
Lagi video penderaan kanak-kanak viral…..
Entah berapa kali budak tu kena tampar….kena tekup….
Mengapa orang macam ni berkerja dengan kanak-kanak kalau tidak ada erti sabar dalam diri?
Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah taska di Batu Caves, Selangor.
Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah taska di Batu Caves, Selangor. Ibubapa budak malang ini diberitahu kononnya anak mereka mengalami lebam-lebam sebab dicederakan oleh budak-budak lain. Mohon pihak polis segera bertindak. Sumber Video: WhatsApp Group.
Apa pun jika tiada kesabaran sebagai pengasuh, adalah lebih baik memilih pekerjaan lain kerana ibu bapa meletakkan harapan menggunung anak mereka selamat di tempat asuhan.
Dah kahwin, mak mentua pulak tak sebulu, serba tak kena dengan menantu. Apa nak buat bila dah macam ni? Ini jawapan yang dikongsikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, Pendakwah Bebas dan perkongsian daripada Puan Yanti Yushilla.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...