Setiap isteri yang mengandung akan rasa ingin makan sesuatu atau mengidam yang mungkin di luar jangkaan. Peliknya, sebelum ini tidak pernah dimakan tapi bila mengandung terus teringin nak makan.
Jangan buat main dengan isteri yang mengidam ni. Walaupun mungkin hanya makanan yang biasa-biasa pun, kalau tak dapat mahu meleleh air mata. Perasaan ibu mengandung.
Tak kurang juga suami atau orang terdekat akan cuba realisasikan apa yang ibu mengandung mengidam itu. Takutnya bila anak lahir akan meleleh pula air liur, kononnya tak dapat apa yang ingin dimakan semasa mengandung.
Untungnya dalam perkongsian video ini, seorang perempuan yang sangat mengidam untuk makan ‘roti buaya’, tapi bila dibeli oleh suami tidak sama dengan apa yang dia nak.
Ads
.
Menangis isteri bila langsung tidak dapat roti berbentuk buaya itu. Akhirnya, mentua sendiri sanggup buatkan roti buaya dengan hasil air tangannya sendiri.
.
Walaupun bentuk tidaklah sama 100% seperti buaya tapi ibu hamil itu sangat gembira kerana dapat menunaikan keinginannya.
Ads
.
Mingguan Wanita : Rezeki dapat mentua yang baik dan sanggup buatkan demi menantu yang bakal melahirkan cucunya nanti.
Mak-mak tidak disarankan untuk pakai korset lama-lama. Dikatakan korset yang sendat, ketat lebih bahaya kepada tubuh jika dipakai dalam tempoh yang panjang.
Korset bukanlah lagi sesuatu yang asing dalam kehidupan seorang wanita atau mak-mak. Korset yang dipakai untuk membentuk tubuh badan yang cantik.
Korset ini bukan sesuatu yang baru, tetapi telah digunakan sejak zaman berzaman lagi dalam masyarakat melayu di mana ianya seringkali digunakan dalam proses berpantang selepas bersalin.
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengembalikan bentuk badan yang asal dan mengempiskan perut.
Lebih Ketat Untuk Rampingkan Tubuh
Di samping itu, selain digunakan dalam proses berpantang, korset juga dipakai untuk membentuk tubuh yang menarik ketika memakai pakaian yang ketat seperti baju kebaya untuk memberikan kesan bentuk tubuh yang menarik dan seksi dalam jangka masa yang singkat. Betul tak mak-mak?
Disebabkan itu, sehingga hari ni pemakaian korset masih lagi kekal di digunakan dalam bidang kecantikan.
Malah, semakin hari semakin banyak penjualan korset-korset di pasaran kerana permintaan yang tinggi. Ini kerana semua wanita ingin memiliki tubuh badan yang cantik dan seterusnya kelihatan lebih menarik.
Mak-mak perlu lupakan saja fakta yang mengatakan, pemakaian korset adalah satu proses untuk menurunkan berat badan. Sebaliknya jika memakainya dengan kerap mampu mengawal selera makan.
Ini kerana ketika memakai korset perut dan pinggang di ikat menyebabkan seseorang itu hanya mampu makan dalam kuantiti yang sedikit.
Tahukah anda bahawa jika kita memakai korset dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan kesan yang tidak sihat pada tubuh badan.
Mungkin juga akan meninggalkan kesan alahan pada kulit kerana kulit tidak dapat bernafas dengan baik dan meninggalkan ruam ataupun gatal-gatal.
Lebih ketat, lebih bahaya
Ramai yang sangka dengan pemakaian korset akan memperbaiki postur anda, hakikatnya pemakaian korset ketat untuk jangka masa panjang akan akibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah sakit pinggang. (Melainkan dengan nasihat doktor untuk pesakit tulang belakang)
Pemakaian korset juga akibatkan tulang rusuk dihimpit dan kapasiti paru-paru berkurangan sebanyak 30 hingga 60 peratus! Untuk jangka masa panjang akan berlaku radang di dalam paru paru yang menyebabkan masalah pernafasan kronik.
Sistem penghadaman akan terhimpit menyebabkan asid dari perut naik ke esofagus menyebabkan gejala GERD. Bayangkan, jika terlalu ketat, saluran darah ke organ penting akan terganggu. Apa akan terjadi pada buah pinggang dan hati?
Anda mungkin memakai korset untuk kegunaan majlis-majlis tertentu dan untuk jangka masa pendek sahaja.
Untuk memakainya dalam masa yang panjang, ia adalah satu penderaan dan penginayaan kepada tubuh yang sangat menyedihkan.
MW: Mak-mak kalau nak pakai korset tu beringatlah, jangan pakai dalam jangka waktu yang panjang kerana lebih banyak kesan negatif dan positif. Jangan mendera tubuh ya mak-mak.
Sudah sampai waktunya, selepas 45 hari bertarung Covid-19, isteri Badrol Shah pergi jua akhirnya. Menurutnya, “Kami sudah bersedia segala kemungkinan.”
Sebelum ini sudah tular tentang berita kematian arwah isterinya kerana salah faham. Namun jika begitu asbabnya yang sudah tertulis, akhirnya allahyarham pergi jua setelah 45 hari disahkan positif Covid-19.
Sudah Bersedia Segala Kemungkinan
“Kami semua sudah reda dan bersedia dengan segala kemungkinan,” kata pelakon Badrol Shah atau Bad mengulas pemergian isterinya, Farah Shila Mazlan yang disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, pada jam 8.15 pagi, hari ini.
Bad, 39, yang popular menerusi filem Busut Bonang turut berkongsi berita kematian isterinya menerusi hantaran di Instagram @badrolshahmanan yang setakat ini sudah menerima lebih seribu tanda suka dan ucapan takziah daripada rakan-rakan artis.
Isteri Badrol Shah Pergi Selepas 45 Hari Bertarung Covid-19
“Isteri saya baru menghembuskan nafas terakhir di HKL selepas 45 hari bertarung Covid-19,” katanya.
Bad berkata, dia masih berada di HKL untuk proses pengecaman jenazah dan belum pasti masa dan lokasi jenazah isterinya akan dikebumikan.
Terdahulu, berita kematian Farah Shila mencetuskan kekecohan apabila Bad menerusi media sosialnya memaklumkan isterinya disahkan meninggal dunia pada 10 Ogos.
Bagaimanapun, pada hari sama dia tampil membetulkan keadaan apabila memberitahu berlaku salah faham dalam perkara ini.
Tular Berita Kematian
Bad menerusi kenyataan di Harian Metro berkata, dia dimaklumkan bahawa isterinya sudah meninggal dunia sebelum berkongsi berita itu di media sosial kerana itu cara untuk memaklumkan kepada kenalan-kenalannya.
“Jadi, andai kata ada sesiapa yang mengenalinya atau ada hutang piutang yang belum dilunaskan, mereka akan dapat tahu berita ini.
“Tapi, apabila malam semalam seorang doktor menghubungi dan maklumkan isteri saya sedang nazak, saya sendiri jadi keliru dan sudah berlaku salah faham,” katanya.
“Ada yang cakap saya menipu dan meraih simpati. Bukan itu niat saya. Saya jadi takut sampai sekarang pun saya masih menggeletar.
“Saya hanya sampaikan apa yang dimaklumkan oleh pihak hospital kepada saya. Setiap kali dihubungi, doktor juga berbeza-beza,” katanya.
Allahyarham Farah yang juga guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat meninggal dunia selepas 45 hari bertarung dengan Covid-19.
Bad sekeluarga termasuk empat anak-anaknya sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan sudah selesai menjalani kuarantin di rumah pada 1 Ogos lalu.
Mingguan Wanita : Al-Fatihah. Semoga arwah Tuhan mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan arwah di kalangan orang beriman. Buat Badrol Shah dan keluarga semoga terus tabah dengan ujian ini.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Nonny dakwa dirinya disihir sejak 3 tahun lalu. Pelakon dan penyanyi yang lahir dari rancangan realiti TV Akademi Fantasia yang juga pemilik nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin mendakwa dirinya telah menjadi mangsa sihir seseorang sejak tiga tahun lalu.
Malah dek kerana itu juga dirinya tidak lagi mampu menanggung kesakitan. Paling ketara wajahnya turut mengalami perubahan.
Nonny Dakwa Dirinya Disihir Sejak 3 Tahun Lalu
“Maaflah muka sudah senget disebabkan sihir ‘syaitan’ ini.
“Tiga tahun sampai dah tak larat nak menangis.
“Saya kena bangkit sendiri. Sangat menghargai sekiranya anda semua boleh memberi sokongan kepada saya.
“Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua.
“Kalau solat tolong doakan saya sekali tau,” kongsi Nonny menerusi Insta Storiesnya.
Terus Lawan & Tidak Simpan Dendam
Walau menanggung kesakitan selama bertahun-tahun namun Nonny tetap terus tabah melawan kesakitan yang dialami.
“Mari kita lawan sampai mati.
“Tunduk hanya pada yang satu dan tetap berpegang pada kalimah tauhid.
“Aku maafkan mereka semua di dunia dan di akhirat. Menyerah? Tidak sama sekali.
“Aku tidak berdendam tapi hanya ingin berkongsi rasa. Kau tahu apa yang aku rasa?,” luahnya lagi.