Inspirasi

Gara-Gara Khairul Aming Bantu Promosi, Gerai Tepi Jalan Jual Cendol RM1 Laris Kena Serbu

Share

Gara-gara Khairul Aming bantu promosi, gerai tepi jalan jual cendol RM1 laris kena serbu. Khairul Aming sememangnya layak bergelar pempengaruh media sosial sebenar. Ini kerana dirinya mempunyai aura tersendiri dan disukai ramai.

Sekali pun sudah punyai kesenangan, Khairul Aming tampil merendah diri termasuk menggunakan Bezza sebagai kenderaan rasminya. Baru ini, dirinya berkongsi resipi Mcming Properity Burger menggunakan omblong Ramly Burger dan imbalannya, produk keluaran muslim ini laku keras.

Gara-Gara Khairul Aming Bantu Promosi

Terkini, kesukaannya makan mee bandung dan bihun sup di gerai Nizam Cendol Goncang  yang menjual cendol pada harga RM1  terletak di Taman Melati, Setapak mengakibatkan kedai ini laku keras diserbu hari ini selepas Khairul Aming memuat video gerai berkenaan semalam. Dapat dilihat orang ramai menyerbu gerai ini dan seawal pagi lagi, mee bandung sudah pun kehabisan kerana ramai terliur melihat keenakan makanan tersebut.

Gerai Tepi Jalan Jual Cendol RM1 Laris Kena Serbu

Semalam, dalam video berdurasi seminit setengah yang dikongsinya,  Khairul Aming mengakui dirinya jarang mempromosikan kedai makan tapi kali ini dia ingin membantu Abang Nizam dan sudah pun mendapatkan keizinan dari tuan empunya kedai.


“Bahan-bahan mee bandungnya datang dari Muar, pedas, pekat, padu selain cendol yang dijual hanya RM1 saja. Memang Ikhlas nak tolong orang sebab yang datang makan pun ramai budak-budak sekolah. Santan dia fresh dan tak manis sangat. Lagi satu bihun sup. Aku biasanya akan minta lauk ekstra, sambal kicap dan telur goyang.

Dan gara-gara video itu, gerai Abang Nizam laku keras diserbu orang ramai. Antara komen netizen, Khairul Aming ialah influencer sebenar kerana pengaruh yang baik ditunjukkannya. Tak perlu gedik, tunjuk kaya dan sebagainya tetap kekal merendah diri.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Khairul Aming Idola Sharifah Amani

Khairul Aming Pilih Bebas Hutang & Simpan Duit “Pergi Kedai Tengok Mahal, Saya Letak Balik” 

Khairulaming Tunai Janji, Tutup Kilang 5 Hari Bawa 60 Staff Bercuti Di Langkawi!

Lebih 700 Botol Terjual, Wanita Tampil Mengaku Palsukan Sambal Khairulaming

Khairulaming Tunai Janji, Tutup Kilang 5 Hari Bawa 60 Staff Bercuti Di Langkawi!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Saya membesar menonton drama abang-abang dan kakak-kakak semua….”.
Sebak dengar perkongsian Zamarul Hisham yang akui membesar dengan menonton lakonan artis-artis veteran yang mana ada sebahagiannya tidak direzekikan memiliki kemewahan di usia tua.
Melancarkan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis, dirinya bersama jiran setaman seperti Syatilla Melvin dan Sam serta Zizan Razak berkongsi rezeki dengan para artis lama berbagi rezeki. Artis veteran ini turut menerima rezeki dari pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, Milla Jirin yang juga pemilik Bizmillah Catering serta lain lagi.
Program Selebriti Dengan Mufti dibuat dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros