Musim buah cempedak ni, ramai yang mengambil kesempatan untuk makan dan menikmati buah cempedak, baik di goreng mahupun dimakan mentah begitu sahaja.Namun hati-hati iya, buah cempedak dikatakan ada ‘angin’ yang boleh bertindak balas dengan tubuh badan, sekaligus membahayakan kesihatan.
Tak sangka gara-gara makan buah cempedak, pelakon Datin Seri Umie Aida,45 dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesukaran untuk bernafas. Umie berkata dia bernasib baik ketika itu suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan,47 pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan terus membawanya ke hospital.
Umie berkongsi pengalaman tersebut didalam posting terbarunya yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.Video dia didukung oleh suaminya turun dari tangga untuk dibawa ke hospital mendapat lebih 296,000 tontonan.
“Tak sampai seulas me (saya) makan cempedak. Boleh kena serang angin sampai ke ulu hati. SubhanaAllah… Sakitnya sampai tak boleh bernafas.
“Kebetulan suami balik nak makan tengah hari, terus hantar me pergi hospital,”
Bagaimanapun, kesakitan yang dialami pelakon filem Dukun itu hilang sebaik sahaja doktor periksa dan jururawat mahu memberikan suntikan.Menurut Umie, dia pernah mengalami kejadian yang sama ketika berada di Penang pada 2002.
“Yang peliknya sampai hospital, doktor periksa dan jururawat baru nak bagi suntikan, sakit me terus hilang. Me cakap tak perlu suntikan doktor.
“Saya dah sihat. Sakit ni pernah terjadi kat Penang pada tahun 2002. Sakit beria-ria. Sampai hospital terus baik. Angin kus kus kot,” katanya.
Dalam pada itu, Umie memberitahu keadaannya sudah pulih dan sudah pulang ke rumah sejurus selesai bertemu doktor pada Jumaat. Kata adik kepada pengarah Erma Fatimah ini lagi, dia mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan kesihatannya dan nekad tidak akan makan buah itu lagi.
“Apa-apa pun, alhamdulillah… Dah sihat… Dah balik rumah. Sumpah tak nak makan cempedak lagi! Bye cempedak bye!!!
“Terima kasih mendoakan kesihatan saya,” katanya. Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut berkongsi pengalaman yang sama seperti dilaluinya itu.
Sementara itu, para peminat dan pengikut instagram pelakon ini turut ada berkongsi pengalaman yang sama seperti yang dialami oleh Umie.
norfarhanaahat Saya pernah kena macam kak umie..setengah jam rasa sakit sampai ulu hati & rasa tak boleh bernafas, perasan macam nak mati pun ada semua ada la time tu, lepas tu husband saya bagi gaviscon..alhamdulillah after 5min release dah, until now trauma lagi.
myadini1010 Saya pernah kena masa mngandung 36w..ingat nak bersalin sebab sakit-sakit..pergi hospital kena warded ingat nak bersalin last-last tak bersalin disuruh balik.38w baru bersalin..sampai sekarang tak makan cempedak..takut kak
nurulnurshidarosnan Pernah terjadi kat saya. Cempedak goreng. Memang sedap. Tak lama tu rasa MCM urat belikat ditarik-tarik. nafas Mula Rasa sakit. Dada MCM kena hempap Batu. last-last telan ubat tahan sakit.
sitiramnahramli Akak dah biasa kena sebab makan cempedak ni.. Sampai nak bernafas pun tak boleh.. Sebelah tubuh kebas tak berasa apa.. Pi hospital dokter check jantung.. Nak kena tahan wad.. Sampai sekarang takut nak makan cempedak.. Ambik Bau saja.
Mingguan Wanita mendoakan semoga Umie Aida cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala. Sebagai peringatan buat kita, hati-hati bila nak makan buah cempedak, makanlah berpada-pada dan periksa tahap kesihatan diri dahulu.
Sumber: Umie Aida