Sampai ke malam ini, penghuni bilik asrama yang letaknya di tengah-tengah belantara banjaran Titiwangsa masih mencari jawapan; pintu bilik air yang tiba-tiba boleh tertutup sendiri.
Inilah pengalaman yang sedang dilalui Zakir Husin. Bagaimana pun hatinya kuat menyatakan pintu bilik air tertutup sendiri itu bersifat teknikal. Namun, sehingga malam ini persoalan itu terus berlegar di ruang fikiran.
Beliau turut berkongsi video kejadian di laman facebooknya :
Video 1 : Klik Sini Untuk Lihat
Video 2 : Klik Sini Untuk Lihat
Apa perasan tinggal seorang diri dalam bilik asrama. Letaknya di tengah-tengah belantara banjaran Titiwangsa. Tambahan pula, dimomokkan dengan macam-macam cerita.
Masuk bilik air, basuh tangan dan bila berpaling nak keluar.
“Eh Apasal pulak pintu ni tertutup. Rasanya tidak pula ditutup masa masuk tadi.”
Mungkin tak perasan sendiri yang tutup pintu tu tadi kot. Bersangka baik ataupun nak menyedapkan hati.
Tak lama lepas tu, bila habis minum, ada lagi urusan ke bilik air. Jadi lagi macam tadi.
Mulalah perasaan curiga menghantui diri pasal cerita hantu di sini. Nak bersangka baik ke ataupun nak menyedapkan hati? Ataupun hendak lari?
“Tak apa…. Aku bagi peluang sekali lagi.” Ini dah masuk jurus memberanikan diri.
Tiba giliran kali ketiga masuk ke bilik air. Pastikan pintu benar-benar tidak ditutup.
Sambil mengambil wuduk, tertoleh-toleh juga ke arah pintu.
Kali ini selamat. Sebab nak Solat mungkin.
Berikutnya tidak juga tertutup pintunya. Hah.. lega..
Keadaan baik dan terkawal.
Kena entah yang ke berapa kali masuk bilik air selepas itu, memang nampak pintu bilik air bergerak perlahan berkeriut tertutup sendiri. Macam dalam video yang disertakan.
Hah… Dia sudah main kasar nampaknya. Seram sejuk badan. Rasa nak mengemas baju nak lari malam pun ada.
Tenangkan hati dan bermonolog.
“Tak pe.. Kalau kau dah handal sangat, kau bukalah balik pintu ni.”
Pintu bilik air pun ditutup rapat lalu terus berbaring atas katil. Malamnya tidur pun tak berapa nak tidur. Kejap terjaga. Kejap-kejap terjaga.
Setiap kali terjaga, mata terus tertumpu pada pintu bilik air. Terbukakah ataupun masih tertutup.
Alhamdulillah…
Pintunya masih tertutup sampai ke Subuh.
Malam ini masih ada satu malam lagi bermalam di sini. Bermakna permainan masih belum tamat.
Kalau setakat pintu bilik air tertutup sendiri, sudah jemu tengok. Nak tengok pintu bilik air terbuka sendiri pula.
Jika berlaku, lari malamlah jawabnya.
Nantikan kesudahannya esok pagi.
Jika terbuka sendiri, confirm ‘dia’
Sumber/Foto : Zakir Husin